Love and Addiction: 12

51.1K 3.7K 510
                                    

"Kenalkan ini sepupu aku." Fahrin memperkenalkan sepupunya kepada Zafriel dan Ayla walaupun tidak ditanya.

"Emeris." Sepupu Fahrin menghulur tangan ke hadapan untuk bersalam. Ayla tersenyum segaris sebelum dia menyambut huluran tangan tersebut.

"Sepupu? Keluar malam-malam berdua?" soal Ayla; agak sinis kedengaran.

Fahrin angkat kepala memandang Ayla. Dahinya berkerut apabila mendengar nada Ayla yang seakan memerli dirinya. Tak lama, bibir menguntum senyum.

Marah tu tanda sayang kan?

"Eris nak beli oden. Itu singgah sini kejap," jelas Fahrin. Emeris hanya memandang Ayla dalam kebisuan. Nyaris tangan ingin memeluk lengan Fahrin. Namun dia tahu bahawa Fahrin sangatlah anti dengan sentuhan yang berlainan jantina.

Zafiey tiba bersama tangan yang penuh dengan makanan. Tangan kiri memegang oden manakala tangan kanan memegang sofuto matcha.

"Eh Rin," sapanya apabila dia melihat Fahrin yang sedang berdiri di hadapan Zafriel dan Ayla. Gadis yang berdiri di sisi Fahrin hanya dipandang dengan senyuman kecil. Sebagai tanda menyapa walaupun dia tidak mengenali gadis tersebut.

"Fiey." Fahrin menepuk bahu Zafiey. Setelah itu, dia meminta diri. Sebelum dia berlalu, sempat dia mengenyit mata ke arah Ayla.

Wajah Ayla memerah dengan tiba-tiba. Hati, mohonlah bertabah.

"Tu dah jumpa bakal suami dekat sini. Sengaja rancang ke?" giat Zafiey. Sofuto Matcha dihulurkan kepada Ayla. Ayla menjeling sekilas kepada si abang sebelum huluran tersebut disambut.

Rancang? Huh, memang tak kuasalah dia. Dia kalau boleh, nak lenyapkan terus Fahrin di atas muka bumi ini.

"Jomlah balik. Nanti daddy dengan mummy bising pula," ajak Ayla. Dia tidak mahu memanjangkan isu pertemuannya dengan Fahrin. Nanti abang-abangnya mengusik dia lagi. Bukan dia tidak tahu seberapa panjang akalnya abang-abangnya ini dalam mengusik dirinya.

Zafiey dan Zafriel berpandangan sesama mereka sebelum kening masing-masing terangkat ke atas. Dah sayang, tak nak mengaku lagi! Huh, junjung sangatlah ego itu.

••••

"Itu ke bakal isteri you?" Emeris terus saja menyoal apabila dia dan Fahrin sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Ya, Eris," balas Fahrin senada. Mata masih lagi setia memanah ke arah jalan raya yang sudah sedikit lengang daripada kenderaan.

"She's too young. Dah tak ada perempuan lain ke sampaikan budak mentah macam tu yang you pilih buat isteri?" Tak beragak, Emeris lancang berkata-kata.

Srettt.

Dengan tiba-tiba Fahrin membrek keretanya. Kepalanya dialihkan menghadap sepupu. Mata tajam memanah ke arah Emeris.

"Hati I pilih dia. Muda atau tak, I tak pernah kisah pun Emeris. Eloklah muda. Boleh beranakkan anak ramai ramai untuk I," balas Fahrin bersahaja. Sekilas dia menjeling ke arah Emeris.

Jika diikutkan, dia tidaklah begitu rapat dengan Emeris. Bagaimana sepupunya itu boleh mengikutnya? Oh itu adalah kerana si Emeris yang tidak habis habis merengek untuk mengikutinya ke Family Mart. Rengekan dibuat di hadapan mummy. Sudah tentulah mummy nya yang berhati mulia itu menyuruhnya membawa sekali Emeris.

Emeris tak puas hati. Fahrin sangat membela gadis mentah tadi.

"I pun boleh beranakkan anak ramai untuk you lah Fahrin!"

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now