Love and Addiction: 7

38K 4.6K 477
                                    

"Sakit tak kena tampar?" soal Aydin. Tergelak dia apabila melihat pipi Fahrin yang sudah membiru.

"Sakitlah gila. Ni first time daddy aku pukul aku." Fahrin memegang pipinya. Pipi terasa berdenyut. Aydin hanya mampu tergelak sebelum dia menuamkan ais pada pipi Fahrin.

Mereka sekarang berada di kafe hotel. Setelah isu pertunangan dibahaskan oleh daddy serta uncle Fathi, mereka semua meminta diri untuk berlalu. Ayla terus saja diam setelah dia merengek kepada daddy bahawa dia tak mahu pertunangan itu terjadi.

Namun, daddy hanya diam. Daddy cuma memeluk bahu Ayla sebelum semua berpamitan sesama sendiri.

Fahrin, Aydin dan Adriel pula masih melepak di kafe bawah. Kalau nak tunggu tuamkan ais di rumah, bengkaklah wajah Fahrin nanti.

"Itu nasib baik uncle Fathi yang pukul. Kalau daddy aku, kau dah lama masuk ICU," ujar Adriel sebelum dia menyedut minuman dari gelas kaca yang tinggi itu.

"Alah, Riel. Kau ingat daddy nak pukul ke si Fahrin ni? Bakal menantu kesayangan kot ni," perli Aydin. Mata menjeling wajah bangga Fahrin. Hergh, banggalah sangat!

"Cepat betul dia naik mandat," sahut Adriel pula. Fahrin sengih tak bersalah.

Mereka bertiga memang rapat. Fahrin dan Aydin sebaya manakala Adriel pula hanya setahun muda daripada mereka berdua. Jadi, tak kekok sekiranya mahu bergurau. Walaupun Adriel itu bekunya mengalahkan Kutub Selatan, namun mamat itu masih lagi boleh diajak bergurau. Namun, hadap jelah wajahnya yang tak berperisa.

"Habislah korang nanti. Pasti aku akan jadi menantu kesayangan uncle. Hilanglah pangkat korang sebagai anak kandung," usik Fahrin, jelas berbangga.

Tak tunggu lama, Aydin menonyoh ais pada pipi Fahrin. Berdesis perlahan Fahrin dibuatnya.

"Auch, sakitlah tolol." Dahi Fahrin berkerut. Ada juga lepasni yang kena tinju dengan dia. Dah lama dia tak boxing orang. Kalau dia tinju Aydin ni, mahu terperosok sampai ke dinding sana.

Adriel ketawa. Tawa yang cukup perlahan. Kepala digelengkan berkali-kali. Melayan dua orang mamat biul ini, membuatkan dia dapat melupakan masalah buat seketika.

"Sukalah kau eh dah ditunangkan dari kecil lagi?" sindir Aydin.

"Aku tak expect pula pasal benda tu. Rezeki anak soleh barangkali." Fahrin menyeringai nakal. Ah, sukanya dia.

"Kau gatal! Tapi jangan haraplah aku bagi adik aku kahwin sekarang. Sekurang-kurangnya selepas dia grad baru aku benarkan." Aydin sudah memberikan peringatan mesra. Memang tidaklah dia dan adik-adiknya yang lain membenarkan Ayla kahwin waktu zaman pengajian. Habiskan dulu pengajian. Baru boleh bercakap tentang soal perkahwinan ataupun jodoh.

"Ya, aku tahulah. Takkanlah aku nak sekat cita-cita Ayla." Fahrin menjeling tajam ke arah Aydin. Aydin bercakap bagaikan dia ini terlampau posesif! Eh, tapi betullah kan? Hmm.

"Tapi lambat lagilah. Kira-kira, adik aku tamat belajar waktu dia umur 23. Waktu tu, kau dah 30. Bapak tua! Hahahaha. Entah-entah waktu tu Adriel dah ada lima orang anak. Kan Riel?" Mata Aydin bergerak ke arah Adriel. Suka betul dia mengusik adiknya yang anti perempuan itu. Ahak!

Adriel menjeling. Senyuman sinis bertenggek di hujung bibir. Oh, nak kenakan dia ya?

"Kenapa aku? Kau lah bang. Aku waktu tu masih berangka 2 kat depan. Kau dah berangka 3. Dah tua bangka!" cemuh Adriel.

Aydin terkulat-kulat apabila dibidas oleh Adriel. Baru nak kenakan Adriel. Lupa pula yang mulut Adriel ini berbisa daripada bisa ular.

"Hahahahah padan muka kau Ayd!" Galak Fahrin mentertawakan Aydin. Sekali lagi, Aydin menonyoh kasar ais pada pipi Fahrin. Member tak support dia langsung. Pigi dah!

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now