Love and Addiction: 8

48K 5.3K 620
                                    

"Ayla nak jumpa dengan abang?" soal Fahrin di hujung talian. Ayla mengangguk; bagaikan Fahrin dapat melihatnya.

"Haah. Abang free tak?"

Fahrin menilik Omega Speedmaster Moonwatch Professional Chronograph yang melilit pergelangan tangannya terlebih dahulu.

"Pukul 12. Ayla okey? Sebab pukul 10 lepasni abang ada meeting kejap," ungkap Fahrin sesudah itu. Dia tak boleh batalkan meeting yang akan dijalankan lagi beberapa minit. Ahli lembaga sudah tiba di bilik mesyuarat.

"Boleh!"

"Okay, great. See you when I see you. Nak suruh abang pick up dari rumah ke?" soal Fahrin. Apa saja yang dia tak lakukan buat Ayla? Semua dia akan lakukan.

"No need. Pak Mat boleh hantarkan," tolak Ayla sopan.

"Alright then. Apa apa, call je abang ya."

"Okey, abang."

Sesudah bertukar salam, Fahrin meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sebelum dia bangun. Kot dirapikan pada badan sebelum dia mencapai telefonnya lalu dia keluar dari bilik kerjanya.

Ah, tak sabar pula ingin bertemu dengan Ayla. Entah apalah yang ingin diborakkan oleh gadis itu. Tentang malam itu? Tentang pertunangan? Atau tentang apa?

••••

Ayla memandang ke arah skrin telefon bimbitnya yang telah bertukar hitam. Setelah hampir seminggu dia berfikir tentang hal itu, jadi hari ini dia akan bertemu dengan Fahrin.

Dia ingin berbincang tentang pertunangan tiba-tiba yang dia tak pernah tahu menahu itu. Dia ingin membangkang rancangan karut yang telah diadakan oleh daddy dengan uncle Fathi namun dia tak mampu. Jadi, jalan terakhir adalah dengan berbincang dengan Fahrin. Dia tahu bahawa Fahrin tidak akan menuruti permintaan karut itu. Tentu Fahrin telah ada kekasih.

Ya, tentu Fahrin akan turut sama menolak!

••••

"Jadi, kenapa nak jumpa dengan abang?" soal Fahrin. Jari jemarinya disulamkan sesama sendiri. Mata naik memandang ke arah wajah cantik Ayla.

Ayla senyum terlebih dahulu. Jarinya dimainkan di bawah meja. Dia yang berani tadi telah hilang. Tiba-tiba saja jiwanya terasa melumpuh apabila melihat ke arah anak mata hijau milik Fahrin.

"Err..." Tiba-tiba Ayla jadi kelu sendiri. Bibir bawahnya digigit. Gaya spontan apabila gabra. Ah, apa yang dia takutkan ini? Fahrin tak makan oranglah! Kenapa pula dia jadi gagap? Selama ini tak pun.

Fahrin hanya menjongketkan keningnya ke atas apabila melihat tingkah laku Ayla yang serba tak kena itu. Dalam hati, pecah juga ketawanya. Ayla yang ceria tiba-tiba diam sebegini. Haih. Apa yang Ayla takutkan?

"Yes, cupcake?" Fahrin sabar menunggu kata-kata yang akan terbit dari bibir Ayla.

"Err Ayla nak bincang tentang apa yang daddy dan uncle Fathi katakan pada malam itu." Senafas Ayla berkata-kata. Itu pun dah sehabis daya dia membuang perasaan takutnya.

"Okay, proceed," balas Fahrin. Gelas diangkat sebelum dia menyedut perlahan minuman yang dipesan. Matanya tidak henti menjamah seraut wajah cantik Ayla.

"Boleh tak kalau kita cakap dekat our parents yang kita sebenarnya tak suka satu sama lain? Can we, abang?" soal Ayla dalam nada penuh pengharapan. Matanya naik menikam mata tajam yang berwarna hijau itu. Perasaan gementar sudah dia buang jauh-jauh. Sekarang waktunya untuk mereka sama-sama berbincang.

Fahrin sudah dapat mengagak akan pertanyaan ini. Dia gelak perlahan sebelum tubuh kembali disandarkan selesa pada badan kerusi.

"Macam mana Ayla tahu yang abang tak sukakan Ayla?" Fahrin menduga dengan soalan cepumas. Dahi Ayla berkerut tanda tidak faham. Soalan abang Fahrin. Kenapa bunyinya pelik?

"Maksud abang?" Jantung Ayla sudah berdegup dalam paluan yang gila. Jangan cakap yang...

"Ayla tahu maksud abang. Ayla bukannya anak kecil." Sengaja Fahrin ingin bermain tarik tali.

"Maksud abang, abang su..." Ayla tak tahu harus mengatakan apa. Abang Fahrin sukakan dia? Gila! Ini sangat gila! Bagaimana mungkin seorang lelaki yang telah dia anggap sebagai abang, sukakan dia?

"Ya, Ayla. Abang sukakan Ayla. Ayla tak nampak ke?" Fahrin terus menjatuhkan bom ke atas Ayla. Terngadah Ayla mendengarnya.

"Selama ini..." Sekali lagi, kata-kata Ayla tersekat dengan sendirinya.

"Ya, selama ini abang sukakan Ayla. Tapi abang tak tahu bagaimana untuk nyatakan kepada Ayla." Jujur Fahrin. Rasanya, inilah waktu yang sesuai untuk membicarakan soal hati dengan Ayla.

"No! Abang tipukan?" Ayla bagaikan tidak dapat menerima hakikat yang sedang dijatuhkan ke atasnya. Ini semua kerja gila! Ini semua perkara gila namanya.

"Buat apa abang tipu? Abang dapat apa dengan menipu?" getus Fahrin bersama tawaan kecil. Nampaknya, Ayla tak pernah membaca cara pandangan dan pertururannya selama ini.

Ayla memegang pelipis sendiri. Benda yang dia sangka mudah, rupanya tak semudah yang disangka. Malah, telah bertukar rumit lagi.

"Sorry tapi daripada dulu lagi Ayla memang anggap abang Fahrin tak lebih daripada seorang abang," ujar Ayla. Bagaimana untuknya hidup dengan seorang lelaki yang telah dia anggap bagaikan abang sendiri. Mereka pernah menjadi teman sepermainan sewaktu kecil dahulu.

"Siapa suruh Ayla anggap macam tu? Abang tak pernah suruh pun." Mudah Fahrin berkata. Pakej dengan senyuman yang memaparkan lesung pipitnya lagi.

Ergh, Ayla makin kegeraman! Mudahnya Fahrin berkata-kata.

"But..." Fahrin meleretkan suaranya. Ada satu senyuman yang timbul di wajahnya.

Ayla diam mendengar. Tapi apa?

"Tapi kita tak pernah tahu perkara yang akan berlaku ke depan hari. Lagipun, kita bukan akan dinikahkan dalam masa terdekat. Lagi tiga tahun kan? Selepas Ayla tamat study." Fahrin diam buat seketika sebelum dia kembali menyambung kata. Ayla diam mendengar.

"Mana tahu waktu tu abang pun dah jumpa orang lain. Ayla tak suka abang kan? Jadi, abang akan cuba buka hati abang untuk orang lain. Andai kata abang jatuh cinta dekat orang lain, abang sendiri yang akan cakap dekat parents kita untuk membatalkan pertunangan yang telah diaturkan. Okey tak?" jelas Fahrin panjang lebar.

Wajah keruh Ayla sebentar tadi telah pun bertukar perisa. Tawaran Fahrin sangatlah lumayan. Tak salah mencuba kan? Lagipun dia yakin bahawa hati Fahrin akan beralih arah. Fahrin ini terlebih cukup pakej. Hensem, kaya, kacukan. Apa lagi perempuan pandang? Kalau jentik sekali, confirm beribu datang.

"Betul ni?"

"Yes, cupcake..." Suara dileretkan.

"Jadi, let us secure the deal." Fahrin menambah kata.

"Boleh! Ayla doakan abang akan jumpa perempuan yang baik nanti! Ayla selalu nak abang bahagia," tutur Ayla. Wajahnya bercahaya terang.

Fahrin tidak menghiraukan akan kata-kata Ayla. Dia sudah pun menyusun strategi.

"Deal secure," ujar Ayla. Ayla mengganggukkan kepalanya. Senyumannya bertunas di bibir. Kan dia dah kata bahawa Fahrin mudah diajak berbincang.

"Deal secure," getus Fahrin perlahan. Ayla tersenyum seraya menyedut minumannya.

Sedikit pun dia tidak perasan akan pandangan tajam dan senyuman sinis yang naik terjungkit di hujung bibir.

'Deal secure! Tch. You're too innocent for this cruel world, cupcake,' getusnya dalam hati.

Tbh

Ayla ayla. Loading betul😭
Cepat eh korang capaikan target. Lepasni 3.5k lah pula😋 silalah nikmati chapter ini🫰🏻

Fahrin Mikael: Love and AddictionWhere stories live. Discover now