BAB 51

256 26 10
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, Mak Limah!"

Aira tersentak sebelum kepalanya laju berpaling ke arah tangga dapur yang menyambung ke ruang tamu rumah. Tangga itu dipandang berselang seli dengan Halimah di depannya.

"Macam suara Si Suria je gayanya."

Kening Aira berkerut. Suria?

"Mak naik pergi tengok dulu ya, Aira."

Aira tak banyak bicara, hanya menggangguk sebelum menghantar pemergian Halimah dengan pandangan sekilas. Kerjanya yang terbantut tadi disambung semula. Kulit bawang putih dan merah dikupas satu demi satu sebelum dimasukkan ke dalam satu mangkuk yang disediakan di tepinya.

Bunyi bising di ruang tamu menjentik perasaan ingin tahu Aira. Tak menunggu lama, laju saja dia bingkas bangun dari kerusi, basuh tangan dan memanjat anak tangga menuju ke ruang tamu.

Namun langkahnya terhenti bila seorang wanita bertudung kuning cair berdiri tepat di hadapannya. Mungkin inilah perempuan yang bernama Suria tersebut?

Aira cuba mengukir senyuman tipis ke arah wanita itu. Suria hanya diam dan berdiri kaku. Atas dan bawah dipandangnya ke arah Aira.

Sudah semestinya itu buatkan Aira rasa sangatlah tak selesa. Dia sedar sekarang ni dia menumpang di rumah Halimah dan Ali, tapi tak usahlah pandang dia sampai macam tu sekali.

Gaya dia pandang Aira tu macam Aira ni alien dari planet zuhrah sana. Bukan main satu-satu dia imbas dari hujung rambut tocangnya sampai hujung kuku kaki yang baru dipotong.

Aira telan air liur berkali-kali. Dia memandang Suria bersilih ganti dengan Halimah di belakang. Halimah menggeleng kecil sebelum bergerak mendekat. Bahu Suria disentuh perlahan.

"Dia ni sapa mak? Bini abang Ali ke? Tak pernah tahu pun Abang Ali dah menikah..." ujarnya sambil mata tak lepas dari memandang Aira.

Mendengar saja kata-kata yang keluar daripada mulut Suria, mata Aira terbuntang besar. Laju dia menggelengkan kepala dengan kerutan dahi yang berlipat-lipat.

"Saya bukan bini dia, saya bini Syah!" jawab Aira spontan. Kali ni dia pula yang pandang Suria atas bawah. Sesedap ajinamoto dia aje cop Aira isteri Ali. Apa dia ingat, Ali tu kacak sangat ke sampai dia nak jadikan suami?

Syah dah cukup tau. Pakej lengkap perfect 100! Ambil kau.

Dia tak kenal ke Syah tu macam mana rupa nak dibandingkan dengan Ali. Jangan sembang pasal rupa, banding tentang personaliti tu pun dah cukup untuk kalahkan Ali.

Aira tak menafikan Ali memang baik, cuma nak dibandingkan dengan Syah. Suaminya itu lebih lembut dan ramah dengan orang sekeliling. Tak termasuk dengan mulut manis gula dia tu.

"Kau melalut apa pulak ni, Suria? Aku tak suka kau buat macam tu dekat tetamu rumah ni," sampuk Ali dengan wajah yang garang. Matanya tunak ke arah Suria bersilih ganti dengan Aira.

Aira telan air liur sebelum menundukkan wajahnya. Suria disebelahnya dikerling sekilas. Boleh minah ni tersengih kerang busuk sambil menggedik dekat Halimah.

"Sapa ni? Ala, Suria bukan apapun, nak tanya je dia ni bini Abang Ali ke? Kut-kutlah kahwin tak ajak langsung kan?" jawab Suria dengan bersahaja.

"Saudara jauh aku. Dia tumpang duduk sini beberapa minggu."

"Kenapa tumpang duduk sini? Mana Syah suami awak tu?" Suria berpaling melihat Aira.

Sesekali matanya mengerling ke arah ruangan dapur bersilih ganti dengan bilik Ali.

"Boleh tak kau jangan banyak tanya? Semua benda kau nak tahu. Kau datang sini ni nak apa?"

Suria memutarkan biji matanya ke atas. Meluat dengan perangai Ali yang suka berahsia. Sudah tu, angin dia selalu tak baik macam puting beliung, jaranglah nak lembut sikit.

Tapi Suria tak kisah, biarlah lelaki tu mood ribut taufan, tsunami, dan puting beliung sekalipun. Dia tetap suka bertanya macam-macam hal.

Kalau kena marah? Diam sekejap lepastu sambung tanya balik. Itu sebablah perangai Suria yang satu ini sentiasa berjaya mengundang panas hati Ali. Mujurlah dia tu anak kawan baik emaknya saja, kalau tak memang nak aje dia humban wanita itu ke dalam sungai tempat Halimah sentiasa membasuh baju.

"Saya minta diri ke dapur dulu. Mak, biar Aira bancuhkan air ye. Mak duduklah dulu dengan Suria."

Aira ukir satu senyuman palsu. Tak larat nak melihat Si Ali dan Si Suria ni bertikam lidah. Lebih baik dia undur diri dan bertukang di dapur sana. Tenanglah sikit dari melayan kerenah wanita pelik itu.

***

PINTU rumah Puan Hazila dikuak perlahan-lahan sebelum dia meloboskan diri ke dalam rumah. Pintu dikunci semula dan dia bergerak ke arah sofa ruang tamu.

Satu keluhan dilepaskan perlahan sebelum matanya tertancap ke arah jam dinding. Sudah masuk pukul 12.30 malam.

Syah meraup muka perlahan sebelum menyandarkan kepala pada sofa. Mata dipejam seketika. Hanya bunyi halus deraian hujan mengetuk gegendang telinga.

Rasa penat bekerja dari pagi hingga ke malam masih tersisa. Sejak-sejak Aira sakit, Syah banyak meluangkan masa dengan bekerja. Bukan niatnya unttuk mengabaikan Aira, cuma dia lebih kepada tidak mahu menggangu wanita itu. Dia tahu kalau dia berada di sisi Aira, mesti wanita itu tidak selesa.

Sudah lebih dari satu bulan mereka terus hidup sebegitu. Aira saban hari umpama makin menjauh dari dia, dan dia juga memilih jalan untuk tidak mendekat. Dia tak nak mengganggu proses Aira untuk sembuh dari penyakit amnesia.

Sudahnya, banyak masa dia diluangkan di kafe. Kadang-kadang dia ada juga berjumpa dengan Rizal memandangkan hanya lelaki itu saja tempat untuk dia meluahkan rasa dan berkongsi cerita pahitnya. Kalau tiada Rizal, dia tidak tahu kepada siapa lagi hendak dia meluah rasa. 

Entah mengapa, malam itu hatinya dipagut rasa sayu dan sepi. Lintasan memori dia bersama Aira dahulu tiba-tiba terlayar dalam fikirannya. Satu demi satu kenangan terpapar sebelum berhenti pada raut wajah Aira yang sedang tersenyum lebar sambil menghulur tangan ke arahnya.

Tanpa dipinta, tubir matanya mulai basah. Syah gigit bibir bawah dan tangan kanannya naik menyentuh dada. Nafasnya mula tidak teratur dan dia dapat rasanya detakan jantungnya mulai laju.

Perlahan-lahan dia menekan dadanya sebelum ditumbuk perlahan. Entah di mana sakitnya tapi dia dapat rasakan kepedihan itu. Makin dia menumbuk dadanya, makin berat rasa sakitnya..

Seketika dia berhenti sebelum kedua-dua tangan naik menutup muka. Dia menghamburkan tangisnya di situ buat pertama kali. Tahulah dia rasa pedih pada hati tu bukan dari tumbukannya namun dari rasa rindu yang memuncak pada segenap sanubari. Dia tak mampu menidakkan perasaanya yang dia sangat rindukan Aira.

Malam itu menjadi saksi seorang lelaki yang kononnya sentiasa beriak tabah akhirnya tumpas dengan perasaan yang dinamakan 'cinta'.

Benarlah cinta itu boleh menjadi kekuatan dan juga boleh menjadi titik lemah seseorang. Cinta juga mampu menghidupkan malah mampu mematikan. Cinta boleh menyiksakan dan juga menyenangkan sesiapa yang merasa.

Dan malam itu menjadi saksi yang cinta berjaya melunturkan kudrat seorang lelaki bernama Syahril Danial. 

bersambung...

sebenarnya bab ni dah lama sangat dah tulis. tapi tak tahu kenapa tak update juga😂 maaf ya sebab selalu meleret lama updatenya.

21 Jun 2023
08:41 p.m
Liamysrh

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now