⚜️ BAB 6

725 89 20
                                    

"AFIQ buat apa ni?" soal Syah.

Kerusi ditarik dan dia melabuhkan duduk bersebelahan Afiq. Mata Syah meliar melihat timbunan buku dan kertas modul di atas meja.

"Kerja sekolah, bang. Saja duduk luar, cari angin lain."

Syah mengangguk. Sosok tubuh Aira dicari-cari.

"Mana kakak eh Afiq?" tanyanya lagi.

Afiq mengerut kening. Syah dijelingnya lama.

"Patutlah duduk dekat dengan kita, rupanya nak cari bini aje," balas Afiq berbaur rajuk.

Syah ketawa. Dah nak spm pun tahu merajuk juga.

"Eh mestilah. Bidadari kan tu!"

Afiq buat muka geli-geleman. Manakala Syah sengih tanpa rasa segan. Melihat respon Syah begitu, dia buat pula mimik seperti nak muntah. Barulah Syah gelak besar.

Dalam rumah itu memang Ikram saja masuk air dengan Syah. Aira dan Afiq ni seiras, cumanya Afiq ni tak berpihak pada sesiapa. Neutral.

Kalau Aira, semestinya anti-Syah. Apa lagi kan?

Ternampak sahaja figura Aira yang menghampiri mereka. Syah mula betulkan suara.

"Afiq! Afiq pernah tak gagal?"

Afiq kerutkan kening lagi lebat dari tadi.

Dah buang tebiat apa soalan abang Syah ni? Dah la kakak on the way tu, memang nak bagi kakak tumbuk aku ke? Soal Afiq sendiri.

Air liur ditelan, lalu dia mengangguk perlahan.

"Apa Afiq? Abang tak dengarlah."

Syah saja kuatkan suara supaya Aira pandang ke arah mereka. Dan ya, dia berjaya meraih perhatian Aira.

Aira dengan muka tegasnya menghampiri ke arah mereka dengan langkah yang dilajukan. Matanya tak lepas mencerlung tajam ke arah Syah.

Syah pula? Macam biasa, buat-buat tak nampak. Berlakon itu memang sudah kepakaran Syahril Danial.

"Afiq, jom belajar dekat luar. Menyampah pula akak ada penyangak melalak-lalak dalam rumah ni."

Syah bulatkan mata seluas-luasnya. Sampai hati isteri dia cop dia sebagai penyangak?

"Hek eleh, penyangak ni jugalah suami dia!" bidas Syah sedas.

Aira buat muka jengkel. Kalau ikut panas pedal dia, nak je dia tumbuk bertubi-tubi muka poyo Syah.

"Ha, Afiq. Afiq pernah gagal ke?"

Afiq lepaskan keluhan perlahan. Wajah Syah dipandang dengan kerutan kening serta riak tak rela.

"Ya... pernah la bang..."

Kali ni, Aira pula membulat mata seluas alam, siap dipasang muka garangnya. Bahu Afiq ditarik menghadapnya.

Afiq telan air liur yang terasa kesat. Kalau tak sampai cair tahi telinganya, sampai itulah tak akan berhenti Aira membebel. Bersama-sama pakej percuma amukan sekali!

"Bila? Afiq tak pernah bagitahu kat akak pun kan? Kan akak dah cakap, banyakkan belajar. Ni asyik main aje."

Afiq lorotkan pandangan ke bawah. Dia tak berani langsung pandang wajah menyinga Aira. Sedangkan muka dia pun sekarang pucat lesi.

Siapa je berani cari fasal dengan Aira kalau bukan Syah sahaja?

Dia pun tak habis fikir, kenapa boleh Abang Syah sukakan kakak dia. Punya ramai perempuan dekat atas muka bumi ni, kakaknya juga dipilih.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now