⚜️ BAB 23

619 86 18
                                    

"SAYANG..."

Aira diam tanpa menjawab. Dadanya berkocak halus di atas ribaan Syah. Tak larat nak melawan atau buat apa-apa lepas menangis.

Biasalah, selepas menangis mesti badan akan cenderung untuk letih dan berehat. Ya, itu berlaku pada Aira sekarang.

"Sayang..." panggil Syah lagi.

"Hmm..." gumam Aira.

Badannya tak berganjak langsung dari kedudukan mereka sekarang. Walaupun tangan Syah dah naik bulu bermain-main dengan anak rambut Aira.

"Kalau ya pun nak tidur, naiklah dalam bilik. Bukan atas lantai macam ni."

Aira diam walaupun geram juga dengar kata-kata Syah. Tak nampak ke dia tengah penat. Rehat sekejap pun berkira!

"Okey, kesian isteri abang. Penat kan..."

Sontak badan kecil wanita itu didukungnya. Lalu Syah berdiri dan menayangkan senyuman lebar ke arah muka Aira yang sedang terkejut gajah!

Apa lagi, menggelupur la Aira dibuatnya. Syah senyum senget bila nampak Aira cuba menolak-nolak dadanya supaya menjatuhkan semula badan Aira.

"Kalau sayang tak duduk diam-diam, abang lempar sayang."

Syah hayun badan Aira, serentak dengan itu Aira kemaskan pelukan pada leher Syah. Matanya terkatup rapat dan dia menjerit kecil bila hayunan Syah semakin laju.

"Janganlah Syah!"

"Apa? Tak dengar la," usik Syah. Hayunan masih belum berhenti.

"Janganlah abang!"

Serta-merta hayunan semakin perlahan dan berhenti. Melebar senyuman Syah pada bibir merahnya. Dengan selamba dia keluar dari dapur lalu menuju ke ruang tamu.

Aira memang terkejut habis. Kejung badannya tak mampu bergerak. Tak sempat dia halang Syah buat benda lebih ekstrim, sedar-sedar dia sudah menjadi tumpuan keluarga belah Syah di ruang tamu luas itu.

"Wow abang, siap berdukung lagi lepas dapat pekena kek coklat Kak Aira eh?" sakat Mia yang tersenyum miang.

Tok nek dan mama Syah senyum menahan dan adik beradik Syah yang lain jeling-jeling suka. Aira di atas dukungan menunduk pandangan ke bawah. Dalam hati dah berbakul-bakul dia sumpah seranah Syah sekarang. Habis merah muka dan telinga dia dibuatnya.

Dahlah didukung gaya bridal style. Ingat kaki dia kudung ke apa nak kena dukung. Kalau kudung pun, dia tak nak berdukung! Dia rela tolak kerusi roda sendirilah.

Paling dia geram, setidaknya Syah perlu bagitahu dia kalau nak keluar dengan gaya janggal begini. Bolehlah dia berlakon pengsan ke, tidur ke. Biarlah tahap lakonan dia hancur pun, lantak la. Setidaknya tak perlulah sampai sempat bertentang empat mata dengan keluarga Syah, nak-nak dalam kedudukan begitu!

Syah memang tak boleh dijangka. Baru tadi drama air mata pukul tujuh petang. Ni drama cereka apa entah nak bersweet cringe begitu.

"Awh, kakak malu ke?" sakat Mia lagi. Kali ini berbagai bunyi keluar dari mulut-mulut adik lelaki Syah.

Kalaulah Aira boleh cabut kepala dia dan lempar ke luar rumah. Memang dia nak lempar sampai ke Korea sana. Dah tak sanggup hidup di Malaysia kalau menghadap dengan pelbagai ragam pelik Syah!

"Alah, saja abang nak dukung Aira. Bukan selalu pun. Kesian dia penat-penat masak untuk abang, kan?"

Mia tersenyum herot. Faham sangat dengan perangai abangnya yang dua kali lima saja dengannya. Bezanya, dia perempuan, Syah lelaki.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now