⚜️ BAB 29

586 76 18
                                    

"SAYANG..."

Meleret-leret suara Syah memanggil Aira. Matanya tak lepas dari memandang tepi wajah si isteri. Keiginannya sekarang membuak-buak untuk lakukan sesuatu itu. Tapi dia takut nanti Aira marah pula. Jadinya jalan akhirnga, kena minta persetujuan wanita itu terlebih dahululah.

"Dia mula dah..."

Aira jeling pada Syah sekilas sebelum dia menyoal apa kemahuan Syah. Syah hanya menayang senyum penuh makna.

"Abang nak buat something ni, tapi sayang jangan marah boleh?"

Tangan yang ligat menulis pada buku nota kecilnya terhenti. Dia berpaling memandang Syah dengan pandangan malas.

"Abang nak buat apa?"

"Nak buat ni!"

Sontak tangan lelaki itu menarik pengepit rambut milik Aira. Mengurai bebas rambut ikal mayang Aira. Mata Syah membulat luas dengan senyuman teruja tersungging di bibir.

Aira kerutkan kening dan dia menayangkan riak berang. Rupa-rupanya 'something' yang dia nak buat tu benda ni? Tarik pengepit rambut?

Masalahnya dia tak tahu ke panas! Sudahlah rambut Aira panjang sampai ke pinggul, bayangkan azab panasnya bagaimana.

"Cantiknya sayang! Kalahlah semua bidadari dalam syurga nanti..."

Aira buat muka meluat. Mata dipusingkan ke atas dengan bibir yang mencebik.

"Banyaklah abang bidadari! Cakap macam dah pernah nampak bidadari syurga," bidas Aira. Syah balas dengan kerutan dahi berlapis-lapis. Dia membetulkan duduk di sebelah Aira sebelum bahu wanita itu ditarik menghadapnya.

"Sapa cakap abang tak pernah jumpa bidadari syurga?" soal Syah. Wajah dirapati dengan muka Aira. Kali ini, dahi Aira pula berkerut. Dia cuba menjauhkan diri daripada Syah, tapi pegangan Syah pada bahunya sekarang sangat kejap.

Karang kalau dia tendang nanti kan, mahu menjerit Syah nanti. Kalau lelaki itu terjerit, sudah tentu leher dia pula terjerut dengan umi. Sebab apa? Sebab buli suami.

Pakej dengan ceramah tiga hari tiga malam yang tak berkesudahan. Silap haribulan, mahu uminya daftarkan dia kursus kahwin sekali lagi. Minta jauh!

"Kat depan abang ni ha, bidadari syurgalah," ujar Syah bangga.

Aira hanya menggeleng kepala. Nak marah, tak terasa marah. Dah alang-alang dia kena puji kan?

"Semalam kan, masa abang ambil sayang dekat sekolah tu kan, abang ada bau sesuatu yang pelik dalam kereta abang."

"Sesuatu la, something la. Banyak modal berbual betul abang ni kan?" perli Aira. Syah tersenyum sipu, kena perli rasa macam kena puji. Bahaya sungguh kemaruk cinta ni!

"Bau apa?"

"Jealousy."

Syah tahan sengih, wajah terpinga-pinga Aira dipandang suka. Sajalah tu buat-buat blur! Mana lagi datang baunya kalau tidak daripada si isteri.

"Apa benda abang merepe-"

Sesaat. Dua saat. Aira kejung sendiri. Gila tak kejung kalau pipi dia baru saja dijamah lembut oleh satu ulas bibir nakal sekejap tadi.

Setelah sedar dari kejung tadi, sontak mata ditajamkan ke arah Syah. Dasar lelaki gatal! Itulah yang bermain di fikirannya. Bukan sekali dua, banyak kali pula tu cubaan ciuman Syah. Dah tu, berjaya kena semuanya!

Rasanya dia dah peka habis, tapi itulah. Tetap gagal dengan Syah. Suaminya itu memang pandai mengambil kesempatan dalam segenap ruang kesempitan.

"Pervert!"

Sweet ChocoHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin