⚜️ BAB 21

565 80 11
                                    

ENAM tahun berhubung jarak jauh agak mencabar. Sekalipun Aira sudah habis belajar bukan menjadi tiket untuk dia kerap bersama-sama dengan Hakim. Walhal masa ni dia sedang jadi petani anggur berjaya menantikan hari konvokasyen.

"Nanti awak konvo, saya datang. Tahan rindu sekejap, baru cinta kita berkekalan."

Itu kata-kata Hakim lima bulan sebelum tarikh konvokasyen Aira. Tipu kalau sedikit pun Aira tidak terkesan dengan alasan Hakim.

Sepanjang enam tahun hubungan mereka, jarang sekali Hakim memarahinya. Kalau dia tertekan dengan Aira pun, dia akan minta maaf secepat mungkin. Itu buatkan Aira bertahan selama enam tahun.

Walaupun kadang-kala Aira sendiri dapat rasakan hati Hakim macam menjauh daripadanya. Tapi laju saja disangkalnya. Tak akanlah lelaki pujaannya itu sudah hilang rasa cinta sedangkan hari-hari mesej darinya tidak pernah putus?

Lagi bertambah aktif juga mesej dari Hakim sebelum tiga bulan graduasinya. Lelaki, kononnya cakap tak nak mesej. Supaya dapat eratkan lagi rasa cinta bila saling rindu.

Tapi lihatlah sekarang, kata-kata itu bertahan hanya dua bulan. Yang pasti, Aira suka dengan perubahan Hakim secara mendadak.

Ayat dia makin sweet, penyayang dan segala hal tentang Aira dia ambil tahu. Macam orang baru bercinta, padahal mereka sudah lama berhubungan.

Awak tak nak call saya ke?

Rindulah.

Aira menanti mesej daripada Hakim dengan sabar. Cukup tiga minit mesej dihantar, di bawah nama Hakim mula berubah dari online ke typing...

Alah, tak naklah.

Tapi awak jangan salah faham, saya pun rindu awak.

Dah malam ni, awak tak mengantuk ke?

Lusa awak dah nak bertolak ke KL. Maklumlah orang tu nak pergi ambil sijil selepas berjaya buka kilang anggur.

Terlepas tawa Aira dibuatnya. Hakim makin hari makin pandai melawak. Entah apalah yang merasuknya tiga bulan ini, sampaikan berubah hampir seratus peratus.

Awak ingat tau, datang hari konvo saya.

Jangan nak buat-buat amnesia. Nanti saya hentuk kepala awak sampai hilang ingatan!

Kalau saya tak dapat datang macam mana?

Ala... janganlah...

Awak cakap awak sayang saya, awak kenalah datang.

Berkerut kening Aira menahan rasa. Dia nak juga Hakim datang. Dia nak bergambar dengan Hakim di hari bersejarah itu. Barulah nampak macam dia ada pasangan!

Siapa tahu kalau Allah jemput saya dulu sebelum awak sempat sambut kedatangan saya di hari konvo awak kan?

We don't know what will happen.

Awak dah buat saya rasa nak menangis. Tolonglah jangan macam ni.

Kolam mata yang terasa panas, Aira kelipkan kelompak mata beberapa kali. Tak nak sampai banjir! Hakim pun, masa-masa beginilah nak berdrama sandiwara.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now