⚜️ BAB 16

538 86 17
                                    

"KAMU bergaduh dengan Syah?"

Aira ketap bibir, tak sangka pula nenek dapat tembak sebab kedinginan antara mereka. Aira palingkan wajah kepada tok nek, dia menggeleng laju dan riak muka sehabis baik dikawal.

"Tok nek ni kenai sangat dengan cucu sorang tu dan tok nek pun perempuan, pernah berkahwin dan bercinta. Faham sangat situasi kamu dan dia."

Tok nek merapati Aira yang sedang mengacau kari ayam. Aira diam tak berkutik, matilah dia kali ini.

"Aira... mai sini pandang tok nek."

Kacauan terhenti dan senduk di letak di atas pinggan. Perlahan-lahan Aira memusing ke arah tok nek, namun titik fokus matanya melorot ke kaki. Tak berani nak bertentang mata dengan tok nek sekarang.

Tok nek ukir senyuman lebar lalu dagu Aira diangkat agar bertentangan dengannya. Kepala Aira diusapnya perlahan.

"Tok nek faham, kadang-kadang bergaduh. Dua dua tak mau mengalah. Tapi kita sebagai bini, apa salahnya mengalah? Danial tu senang ja nak dipujuk, masak ja makanan kegemaran dia. Nanti baiklah semula," pesan tok nek lembut.

Aira gigit hujung bibir, jadi masalah besarnya dia tak tahu apa makanan kegemaran Syah. Riak risau masih terpancar jelas pada wajahnya.

"Ta... tapi Aira tak tahu apa Danial suka makan nek..."

Kali ini tok nek diam lama. Jarinya mengetuk bawah dagu sambil berfikir-fikir.

"Tok nek tahu ke apa Danial suka?"

"Tok nek tak pasti. Si Syah tu dari kecil lagi, apa tok nek masak semua dia telan. Tak dak memilih pula."

Aira makin risau. Kalau dah nenek Syah sendiri tak pasti, dia? Apatah lagi.

"Tapi Aira, tok nek ada cara."

Serta merta kepala Aira terangkat memandang wajah tok nek. Matanya membukat bersinar menanti cadangan bernas tok nek.

Tok nek pandang wajah Aira yang bersemangat lalu menyungging senyuman nakal. Badan Aira dirapatkan lalu dia membuat gaya hendak berbisik. Aira laju melorotkan badan menyamai tinggi tok nek lalu telibganya dihulur merapati tok nek.

"Hang bagi ja malam istimewa untuk dia. Tok ne ada baju-baju cantik kalau Aira nak."

Aira kerutkan dahi. Malam istimewa? Tak pernah dia dengar pula kejutan yang nama begini. Aira berpaling memandang wajah tok nek dengan riak polos.

"Maksud tok nek? Aira tak faham..." ujar Aira dengan sengih kecil. Kepala yang tidak gatal digaru-garu perlahan.

"Hish! Alah, malas istimewa tu... alah tak akanlah tak faham."

Lama Aira berdiam, menghadam maksud tok nek. Dagu diketuk-ketuk perlahan.

"Alah, tak yah buat tak tau sangatlah. Tok nek ada baju lawa-lawa bagi pikat suami. Nanti petang mai bilik tok nek, bagi tok nek tunjuk."

Selepas mendengar kata-kata tok nek itu barulah Aira faham. Terbutang mata dibuatnya, pakej dengan pipi dan telinga memerah malu. Tok nek yang faham, hanya tersengih nakal.

Orang muda malu-malu, biasalah tu. Dia juga dulu begitu.

"Ish tok nek ni. Ke situ pula. Apalah tok nek."

Aira berpaling ke arah kari ayam semula. Dikacau-kacau lagi kari yang sudah masak itu. Bahang mukanya masih belum surut. Tok nek masih dengan senyuman herot dia.

"Gulai tu dah masak lama dah, Aira," perli tok nek.

"Ish tok nek, janganlah pandang-pandang Aira macam tu. Malulah!"

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now