⚜️ BAB 38

954 91 28
                                    

"BANG, kita pergi UMart kejap nanti. Nak cari barang untuk makan malam ni dan esok."

Syah senyum kecil, dari tadi lagi bibir dia tak berhenti melengkung senyuman. Rasa macam pasangan baru berkahwin aje, bila temankan isteri beli barang dapur untuk rumah baru mereka.

"Sayang, comelnya kita! Tak sangka dah dapat tidur rumah sendiri, lepas tu ada anak!" luah Syah dalam suka.

Aira tersenyum kecil sambil kepala menggeleng. Suami dia ni, semua benda nak teruja. Asal sesuatu tu berkait dengan dia aje, teruja lebih-lebihlah Si Syah.

Kadang-kala, dia tak dapat menafikan yang dia sangat beruntung memiliki Syah. Apa kemahuannya dan keluarga diturutkan seboleh mungkin oleh Syah. Syah sendiri pun tak pernah berkira soal wang atau tenaga.

Tipu kalau Aira cakap dia tak insecure. Perempuan tanpa rasa tergugat itu bukan perempuanlah namanya! Itu apa yang Aira fikirkan.

Insecure dengan Syah? Ya, kerana Syah terlalu sempurna untuknya. Dia sendiri rasa dirinya kecil. Rasa tak layak untuk menjadi isteri Syah, dengan dirinya sendiri banyak kekurangan. Tak cukup masalahnya ditambah pula masalah keluarga.

Dia sendiri pelik dengan Syah, kenapa dalam ramai-ramai wanita cantik jelita dan kaya raya yang berususun menantikan cinta mereka disambut oleh Syah, dia tetap memilih Aira.

Sedalam apakah rasa cinta Syah pada Aira? Aira sendiri tak mampu menjawab soalan itu. Cukuplah dia tahu yang Syah dah lama sukakan dia. Sejak dari zaman sekolah, universiti dan kini. Dalam hati dia mengharap, kasih sayang dan cinta suci lelaki itu akan berkekalan buatnya hingga ke akhir hayat.

Cukuplah dua lelaki mengecewakan dia. Cukuplah lelaki yang digelar hero, meninggalkan seribu satu luka yang dalam buatnya. Cukuplah lelaki yang difikirnya penyeri hidup, menghulur rasa asmara palsu bertahun-tahun untuknya. 

Kini, cukuplah hanya Syah dan adik beradiknya sahaja lelaki yang dipercayai tidak akan melukainya. Dalam tak sedar Aira sendiri telah memupuk rasa percaya pada Syah. Dan kepercayaan itu, diharapnya Syah akan menjaganya sebaik mungkin. Jangan sampai tergugat lalu lesap segala rasa itu.

Sungguh, dia takut disakiti lagi.

"Sayang!"

"Ya!" Aira jawab dalam terkejut.

Matanya tercelik beberapa kali. Kiri dan kanan dipandang dan keningnya terangkat. Dia baru perasan yang mereka sudah sampai di ruang parkin UMart.

"Kita dah sampai, yang. Bukan main eh tenung pipir kiri abang eh. Tahulah kulit muka abang peloles, kalau nak bagi hadiah kat situ, bagi ajelah. Tak payahlah tenung macam nak tembus," seloroh Syah.

Mata Aira membulat sebelum pipinya merona merah. Banyaklah hadiah!

Mulut Syah ni kalau tak berhenti menyakat, tak sah. Nak aje dia cili mulut tu biar merah menyala dan tebal macam Kylie Jenner. Tapi, sekarang Aira mampu cakap dalam hati ajelah. Kalau dia buat betul-betul, mahu Syah merajuk lama.

"Tapi sayang, abang rasa tak payahlah beli barang dapur. Kelmarin, abang dah beli sikit-sikit lauk ayam dengan daging. Dapur rumah tu tak kosong sangat pun, abang dah isi mana perlu."

"Abang isi apa je? Dahlah abang beli barang dapur tak ajak sayang, kalau nanti sayang masak tak cukup barang macam mana?"

Entah kenapa, suara Aira sekarang umpama bunyi merajuk pada halwa telinga Syah. Syah tahan senyum lama. Kepalanya menunduk ke bawah, dan tangan kanan dipangku pada dahi. Lama dia berkedudukan begitu sehingga mengundang kerutan halus pada dahi Aira.

"Abang... kenapa ni? Tak akan sayang cakap macam tu merajuk..." soal Aira meleret.

Bahu Syah terhinjut-hinjut. Lama dia menunduk sebelum berpaling pada muka Aira. Tak semena-mena, dia menarik badan Aira mendekatinya sebelum batang tubuh itu dipeluk kemas.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now