⚜️ BAB 14

548 76 58
                                    

SEPERTI YANG DIJANJIKAN, masuk sahaja cuti pertengahan tahun. Aira dan Syah memutuskan untuk habiskan masa mereka di rumah tok nek Syah. Perjalanan dari Kelantan ke Kedah itu tak usah katalah. Kemetu juga punggung dibuatnya bila duduk lama-lama dalam kereta.

"Syah, kalau penat drive, biar aku ajelah sambung."

Syah berpaling ke arah Aira sebentar sebelum dia matanya menghadap semula ke jalan raya.

"Sayang tahu jalan ke?" soalnya.

Aira geleng sebelum telefon diangkat.

"Google maps kan ada."

"Tok nek tu bukan pandai hantar location, call pun pakai telefon rumah macam zaman jepun dulu. Telefon pun nazak sangat dah, tunggu masa jual dekat Pak Tam je ha."

Aira tahan gelak, kadang-kadang ayat Syah ni berjaya mencuit hatinya. Manakan tidak, kalau memang itulah kenyataannya.

Siapa Pak Tam? Pak Tam tu kawan baik tok nek Syah. Biasanya dia yang mengumpul barangan seperti tin, besi, kertas dan botol plastik. Sesiapa yang nak dapat untung runcit bolehlah jual barang-barang macam ni dekat Pak Tam.

Ya, untung runcit ajelah. Nak banyak mana, jual barang sampah dah pun. Dari dibuang tanpa untung, baiknya jual saja dekat Pak Tam. Selebihnya Pak Tam la urus sendiri.

"Eh, bukan Afiq tinggal dekat dengan tok nek ke? Berjiran je kan, kita mintalah location dengan Afiq."

Mendengar saja nama Afiq meluncur dari bibir munggil Aira buat Syah tak senang duduk. Satu-satunya sepupu yang selalu buat hal dengan dia. Apa yang Syah nak mesti berebut dengan Afiq. Dari kecil sampai ke besar, memang selalu ada kes kalau mereka berdua.

Cemberut muka Syah dibuatnya bila terbayang muka Afiq. Aira di sebelah tahan diri dari ketawa. Bukan dia tak tahu yang Syah tu anti nombor satu dengan si Afiq ni.

"Senang macam ni, biar aku mesej Afiq. Dah dapat location, aku drive. Kau tidur," arah Aira yakin.

Yakin melangit tu yang buat Syah risau. Buatnya kalau dia tidur mati, Aira sesat tengah-tengah jalan. Sudahlah perjalanan mereka ini malam, bukan siang hari. Tapi malam buta!

Ini semua idea Aira la, tak sibuk jalanlah. Sedap tidurlah. Sejuklah. Sudahnya yang seronok tu semua berat sebelah dekat Aira.

Berbalik kepada rasa risau Syah. Bukan setakat sesat jalan yang menganggu fikiran Syah, malah privasi Aira. Tak akanlah Aira nak personal massage dengan Afiq sendiri.

Nanti kantoilah nombor isteri dia dekat Afiq! Silap hari bulan, Afiq pula ambil tempat dia, mengurat Aira sampai jatuh cinta.

Punyalah dia sampai tahap tak nak bagi nombor Aira dekat tok nek! Yalah, tok nek Syah tu pakai telefon kurun ke 14, nombor telefon dia pun neneknya salin dekat buku kecil 999. Buku kecil tu pula memang dah jadi kewajipan bergu dengan telefon rumah.

Kalaulah tok nek salin nombor Aira, tempek dalam buku legenda 999. Memang boleh kantoi la dengan Afiq. Nak-nak pula Afiq tu selalu melepak dengan tok nek.

Terbayang Aira bergandingan Afiq pun sudah buat Syah rasa geram. Kemas-kemas dia genggam stereng kereta bila terpampang gambaran dalam kepala, Aira dan Afiq sedang ceria bersanding di jinjang pelamin.

Seperti biasa, Syah dah hiperbola membola-bolanya itu. Sampai tahap berangan ke jinjang pelamin! Lelaki punya cemburu ni lain macam juga kadang-kadang. Lagi-lagi kalau lelaki itu ialah Syahril Danial!

"Eh?"

Lamunan Syah terhenti bila suara lemak merdu Aira menyentuh gegendang telinga. Mata menjeling ke arah Aira di sisi.

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now