⚜️ BAB 9

582 80 16
                                    

AIR MATA yang berjurai-jurai membasahi muka dibiar sepi. Sosok Kalsom dicarinya dahulu walaupun Iris dan Sarah sudah terpacak di hadapan pintu Rumah Lindungan Kasih menanti kedatangannya.

"Mak Som!"

Kalsom diterkamnya. Dengan dahi berkerut seribu, hingus dan air mata membasahi wajahnya tidak lagi dihiraukan. Penjelasan tentang Aidan adalah keutamaannya kini.

"Mak Som mana Aidan Mak Som... anak saya mana Mak Som, mana?" lirih Aira bertanya.

Sayu menjetik tangkai hati Kalsom. Dia tahu betapa Aira sayangkan Aidan seperti menatang minyak yang penuh. Masakan tidak, Aidan adalah anak angkat pertamanya.

Anak yang ditemui terbiar di tepi longkang ketika larut malam.

Anak yang berteriak menangis meminta susu ibunya sedangkan dia sebenarnya sudah dibuang dan terbiar.

Anak yang dipandang keji oleh ibu kandungnya itu, Aira ambil dan bawa ke Rumah Lindungan Kasih.

Segala keperluan Aidan sejak kecil, Aira lunaskan. Aidan dianggap umpama separuh daripada belahan jiwanya.

Tanpa Aidan, mungkin Aira sudah jatuh rebah ke tanah, tersungkur di kaki kekalahan yang nyata.

Sungguh hati Kalsom merintih sayu dan kasihan melihat Aira. Tetapi dia juga tidak tahu hendak melakukan apa. Kehilangan Aidan tanpa jejak juga menggugat tampuk ketenteramannya.

"Mak Som tak tahu Aira... Mak Som tak tahu... ini semua salah Mak Som. Kalaulah Mak Som tak sibuk di dapur, mungkin Aid..."

Kalsom akhirnya tenggelam bersama-sama dengan tangisan Aira. Iris dan Sarah di luar akhirnya menapak masuk dan segera menghampiri Aira.

"Sekarang bukan masanya nak menangislah, Aira. Kau bangun sekarang, kita sepatutnya pergi cari Aidan!"

Sarah hulur tangan, bersedia mengangkat wanita itu untuk bangun semula.

"Kita takde masalah nak menangis. Cepatlah minah oi! Cepat cari anak kau sebelum dia pergi jauh."

Malas berlengah, Iris tarik tangan Aira supaya bangun berdiri. Mereka bertiga akhirnya memutuskan untuk mencari Aidan di sekitar kawasan berhampiran dengan Rumah Lindungan Kasih. 

***

SETELAH beberapa jam pencarian, batang hidung Aidan tak dijumpai juga. Aira makin tak keruan, air mata makin lebat berderaian.

"Macam mana ni wey... ni dah nak isya' dah. Dari sebelum maghrib, solat dan sampai sekarang tak jumpa juga..." soal Aira sayu. 

Wajah Iris dan Sarah yang keletihan dipandang bersilih ganti. Dia mati akal. Aidan tak pernah begini, sekali pun dia mahu meragam atau merajuk dengan Mak Som ataupun dirinya. Aidan memang tak akan lari dari rumah. Itu yang Aira pasti.

"Macam ni Aira, kita cari dekat taman permainan yang kau selalu bawa dia dekat-dekat sini? Nak?"

Tak menunggu panjang, Aira mengangguk sebelum mereka bertiga berlari anak ke arah kereta masing-masing.

Tiga pacuan empat roda itu membelah jalan menuju ke taman permainan berdekatan. Sesampai sahaja mereka, Iris membahagikan tempat pencarian.

Sarah cari di bahagian kiri taman, Iris di bahagian kanan taman. Manakala Aira hanya diminta untuk berjalan lurus ke hadapan sambil mencari.

"Kau ingat! Jangan pergi belah kanan atau kiri. Kita orang cari sini, kau straight je. Part susah dengan gelap ni bagi kitorang aje."

Sweet ChocoWhere stories live. Discover now