"Explain sayang." Tanpa sedar Hana terlepas memanggil Hadi sayang. Merah padam wajah Hadi sebelum berdehem kuat.

"Macam ni, siapa menang osom dapat tanya soalan. Tak kesah soalan apa-apa."

Okey ini menarik! Banyak yang dia mahu korek dari Hadi.

"Deal!" Mereka berjabat tangan tanda setuju dengan syarat permainan tersebut.

Hadi dan Hana sedia untuk memulakan bermainan. Hadi hanya tersenyum. Hana pula berkerut-kerut memikirkan apa yang dia mahu keluarkan untuk kalahkan hadi.

"Osom!" Ucap mereka bersama.

Hadi mengeluarkan burung manakala Hana mengeluarkan air.

"Hadi menang!" Teruja Hadi sambil menjerit. Macam menang nombor ekor dah gaya.

"Okey soalan Hadi berbentuk begini, apa jadi pada Hana 8 tahun lalu."

Hana tersengih. Itu je ke soalannya?

"Sedia nak tahu?"

"Sedia Puan Hana!" Semangat Hadi menjawab sebelum tergelak.

"Hana collapse. Hana terus masuk red zone. Syara dah tak boleh cover jadi Syara beritahu papa dan mummy perkara sebenar. Hana terus masuk ke dalam icu sebab kata Doktor Aisyah, sel semakin merebak."

Wajah Hadi berubah. Berubah keruh seolah menyalahkan dirinya.

"Itu bukan salah Hadi..."

"Tapi Hadi yang buat Hana collapse. Hadi minta maaf sayang," terus Hadi menggenggam tangan Hana. Kuat.

"Okey slow down Encik Hadi. Biar saya jawab sampai habis ya?" Genggaman tangan Hadi dibalas dan diusap.

"Selepas Hana dimasukkan ke dalam wad icu, mummy yang selalu datang jenguk. Heiz pula waktu tu dah masuk form 5 kan. Dia nak spm, so papa kena jaga dia dan mummy jaga Hana. Tak lama pun jangan risau. Hana dalam icu sekejap sahaja tak lama. Selepas itu dipindahkan ke wad biasa, dan jalani kemoterapi. Kiranya selama Hadi, Syara dan kawan yang lain sambung belajar, Hana masih di hospital buat kemo.

Hana hampir mati sebab terlalu penat dan tak kuat untuk kemo. Tapi mummy selalu ada dan jaga Hana. Doktor Aisyah selalu pesan, Hana kuat. Sampailah Doktor Aisyah sendiri sah kan sel kanser Hana semakin lama semakin berkurang. Sebab itu Hana boleh munculkan diri masa majlis perkahwinan Syara."

Hana tarik nafas.

"Tapi ada komplikasi. Hana tak boleh penat. Misalnya macam Hadi sendiri tahu, Hana tak pasti rahim Hana kuat atau tak untuk beri Hadi zuriat." Hana tersenyum tawar. Tipu lah kalau dia tak sedih. Sangat tipu. Walaupun dia tak begitu suka budak-budak tetapi wanita mana tidak sedih kalau dikhabarkan begitu.

"Hadi tak kesah. Hadi cuma nak Hana. Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada, kita berdua sampai bila-bila Insya-Allah." Tangan kiri Hadi naik mengusap kepala Hana.

Mendengar itu sedikit sebanyak membuatkan Hana lega. Hadi menerima apa adanya pun sudah cukup bagi Hana.

"Okey jangan nak buat drama sedih. Hana nak menang pula!"

"Baik Puan Hana." Hadi mengangkat tabik hormat sebelum keduanya kembali bersedia.

"Ooosomm!" Serentak itu Hadi mengeluarkan batu dan Hana pula mengeluarkan air.

"Hana menang lah!" Teruja Hana bukan kepalang sabelum ditepuk tepuk peha Hadi.

"Okey soalan Hana, selama Hana tak ada apa yang Hadi buat?"

Hadi membuat gaya seolah sedang berfikir. Sengaja melambat-lambatkan jawapan.

Pap! Kuat tepukan Hana pada peha Hadi.

"Awww!" Jerit Hadi perlahan.

"Jangan nak main-main eh," terus Hana cerlung mata ke arah Hadi.

Tergelak Hadi dibuatnya. "Iya, nak jawab lah ni. Cuba Puan Hana bawa bersabar." Hadi menarik nafas.

"Hadi sambung belajar dalam bidang matematik dan sains. Kemudian Hadi ambil bahagian pendidikan dan selepas tamat belajar, terus Hadi ditawarkan kerja sebagai guru matematik di sebuah sekolah swasta. Sepanjang belajar tak ada yang menarik."

"Tak ada awek ke?" Potong Hana tak menyabar.

"Aip! Itu dah dua soalan sayang."

"Peduli apa!" Dengusan tak puas hati Hana hembus.

Hadi sekadar tergelak.

"Nope! Hadi tak ada masa nak ada awek ni. Hadi masih rasa bersalah terhadap apa yang Hadi buat. Hadi cuma tak boleh terima dan rasa ditipu. Tapi dalam masa yang sama Hadi juga buat salah kan? Sebab itu Hadi rasa serba salah. Hadi bukan tak mahu cari Hana, tapi Hadi tak tahu ke mana Hana pergi. Kan waktu tu Hadi masih tak tahu Hana sakit." Panjang lebar Hadi bercerita sambil mengelus lembut tangan Hana. Mata tak lepas dari memandang Hana, isterinya.

"Hadi minta maaf ya? Hadi tak tahu apa yang Hana lalui. Hadi ego sangat sampai tinggalkan Hana dulu. Hadi minta maaf sangat sangat," tangan Hana ditarik lalu dikucup sebelum menarik Hana ke dalam pelukan.

Jawapan Hadi membuatkan Hana sebak. Bukan Hadi sahaja yang salah, bahkan dia. Dia yang memulakan permainan salah faham ini. Pelukan Hadi dibalas.

"Hana pun nak minta maaf. Hana yang tipu Hadi dulu."

"Tak apa sayang, Hadi maafkan." Belakang badan Hana diusap lembut.

"Minta maaf sebab Hadi lambat tahu. Dan terima kasih sebab masih sudi terima Hadi. Hadi sayang Hana kerana Allah."

"Hana pun sayang Hadi kerana Allah juga!"

Pelukan dieratkan. Mereka bertemu pada waktu yang kurang tepat dan berpisah seketika sebelum dipertemukan semula pada waktu yang benar benar tepat.

Demi Allah Hana, hati ini tak pernah berganjak sedikitpun dari memilih Hana.

***

Minta maaf sebab hilang. Doakan saya dapat tawaran intern ya! Semoga kamu semua dalam keadaan yang baik. 🤍





TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now