Bab 27

2.6K 205 8
                                    

IRSYAD memandang gambar Hadi tidak puas hati. Ikutkan hati mahu sahaja dia lancarkan peperangan dengan Hadi tapi membayangkan lelaki itu sahabat baiknya, terus dibatalkan.

"Kau kenapa dengan si Hadi tu Syad?" Soal Arsyad sambil melabuh di atas katil kembarnya.

Soalan Arsyad diabaikan begitu sahaja. Tak guna beritahu Arsyad kalau nanti diberitahunya juga ke Hadi. Nafas dihela, serabut.

"Aku tak tahulah pulak kembar aku ni batu ke konkrit..." Sindir Arsyad sebelum tersenyum sinis.

"Kau kalau nak datang sini lepastu nak buat aku naik angin, baik blah long. Aku tak ada mood ni,"

"Dah kau fikir mood kau je? Aku ni? Aku kembar kau tau. Kau demam, aku pun demam. Sekarang kau bagitahu aku, kalau tak bersepai muka kau ngah."

Okay ugutan Arsyad agak menyeramkan. Bukan boleh bawa main Arsyad kalau tengah mengamuk, silap haribulan dengan dia dia rongak kena tampar.

"Aku ada isu sikitlah dengan Hadi." Akhirnya Irsyad memilih untuk memberitahu juga.

"Pasal Hana?" Teka Arsyad sambil menjongketkan kening.

"Hmm..."

Suasana diam beberapa minit. Tiada yang bersuara, hanya bunyi hujan renyai diluar rumah yang berbunyi. Seketika Arsyad mula berdiri.

"Kau tahu Syad, aku ni bukan nak halang kau suka si Hana tu tapi kau tahukan Hana tu suka dekat Hadi berapa tahun dah. Aku tak paksa kau untuk buang pun apa yang kau rasa tapi cuba elakkan kalau boleh."

"Aku tak nak hubungan persahabatan kita ni rosak hanya sebab seorang perempuan." Sambung Arsyad lagi.

"Tapi aku betul-betul rasa yang aku suka Hana. Lagipun dulu Hadi yang tak suka si Hana tu. Sekarang kenapa tiba-tiba nak suka pula?"

Arsyad mengeluh.

"Hati ni siapa pegang Irsyad Atmam Faiq?" Soal Arsyad serius.

Irsyad terdiam.

"Allah yang pegang. Kalau kata suka, ha sukalah si Hadi tu. Macam kau, dulu bukan main sumpah seranah si Hana. Tup-tup sekarang?"

Sekali lagi Irsyad hilang kata, tidak tahu mahu membalas apa. Itu bukan auta tetapi fakta bahawa dia dan Hadi dulu sama-sama tidak suka akan Hana.

"Aku tak halang kau ngah, tapi kau fikirlah kesannya nanti. Aku pun tak nak tengok kau sedih atau mengalah, kalau kau rasa apa yang kau buat tu betul teruskan. Aku sentiasa support apa yang adik aku buat."

"Fighting ngah."

Sempat bahunya ditepuk lembut oleh Arsyad. Betul ke apa dia buat? Sungguh ke dia suka Hana atau hanya simpati? Irsyad mengeluh. Kenapalah umur macam dia ni dah terjebak dengan benda leceh dan rumit ni?

Tubuh dibaringkan di atas katil. Kepala beralaskan lengan sebelum mata dipejam rapat.

Hana sakit. Sakit apa pun dia tidak tahu tetapi mungkin kronik. Hana juga pernah menangis di bahunya dan meluahkan segala yang terbuku di hati. Pada saat itu hanya dia sahaja yang tahu rasanya bagaimana. Sangat sakit.

Keliru. Dia suka atau hanya simpati?

***

LAMA sudah dia tidak mendengar khabar Hayla. Beberapa hari yang lalu, ada juga dia tegur Hayla. Saja bertanyakan khabar juga tentang puisi baru yang Hayla post. Tampak sedih dan duka. Tapi sayang, tak ada satu pun mesejnya dibalas.

Fokusnya kini Hana.

"Abang long, ibu panggil makan." Muncul Alissa dimuka pintu.

"Okay, jap lagi abang long turun." Jawabnya sebelum pantas menutup laptop.

"Sekarang tau tak ada nanti-nanti. Ayah pun nak cakap sesuatu."

"Ya ya, abang long turun sekarang."

Kaki terus melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.

"Ha turun pun." Tegur ibu sambil menyedok nasi.

Senyuman ditayang sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi. Ayah masih fokus memandang tablet di tangan. Mungkin sedang selesaikan beberapa kerja.

"Ayahnya pun, tak reti-reti nak simpan tab tu? Nak saya rampas ke macam mana?" Ibu memandang ayah geram.

"Ya ibu, sekejap. Nak siap dah ni!" Cepat-cepat ayah menutup tab.

Sebaik sahaja Arissa dan Hatta turun, bacaan doa dibaca dan makanan dijamah.

"Semua tahu kan nanti kita nak balik kampung?" Soal Ayah.

"Tahu!" Jawab Arissa, Alissa dan Hatta serentak.

"Ibu, nanti Hawwa ikut tak?" Soal Hatta polos.

"Alah Hawwa tak ikutlah sebab dia orang pun nak pergi tempat lain cuti ni."

Terus monyok wajah Hatta. Pinggan pun ditolak ke depan tanda tak selera. Arissa dan Alissa mula memutarkan mata. Kecil-kecil dah pandai nak merenyam!

"Tapi nanti ada kakak long." Ucap Ayah semangat.

Puff!

Habis tersembur nasi dari mulut Hadi. Hanum pula pantas menghulurkan air masak. Sempat dia bertukar senyuman dengan Khalif.

"Kakak long ada? Seronoknya!" Jerit Arissa dan Alissa serentak.

"Jadi Hatta ada selera nak makan balik tak?" Soal ibu.

"Nak ibu..." Mulut dinganga.

Hadi hanya diam tidak bersuara. Dalam diam hatinya turut teruja. Mungkin ini kesempatan untuk dia minta maaf dengan Hana. Nasi disua ke mulut. Senyuman disorok.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon