B6

3.1K 221 18
                                    

[ Rasa Cinta ini - Chea Indrawari ]

MAJLIS doa selamat sekaligus majlis tahlil berjalan dengan lancar. Penuh dengan tetamu yang hadir mengucapkan tahniah pada Syara dan Heiz. Tak lupa juga sebelum makan mereka mengadakan bacaan yaasin buat arwah mama.

Sedar tidak sedar hampir 8 tahun mama pergi. Hana hanya mampu doakan yang baik-baik sahaja buat mama di sana. Andai ada jodoh, dia mahu bertemu semula dengan mama di sana nanti.

"Hana," panggil suara membuatkan Hana menoleh.

"Tara! Ni ada hadiah untuk awak." Eil hulurkan sebuah bungkusan coklat kepada Hana. Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.

"Buku lagi?" Teka Hana sebelum tersenyum. Tak sudah sudah dengan buku. Mentanglah dia suka baca novel dan buku puisi.

Eil mengangguk lalu tersengih. Sepanjang hubungan Hana dan Hadi tergantung sepi dia selalu ada dengan Hana. Dia menunaikan hasrat Hana untuk ada buku puisi sendiri. Walaupun perkara dulu telah lama berlaku tapi masih dia rasa bersalah kerana mengugut Hana.

"Tu buku terbaru bawah penerbitan saya. Hana orang pertama yang dapat tahu? Syarikat belum release lagi."

"Kau ni buat aku terharu betul lah!" Novel yang  tidak tebal mana naik menghempuk bahu Eil.

Eil hanya mengaduh sebelum tergelak kecil.

"Terima kasih Eil, nanti nak kahwin jangan lupa jemput." Sempat Hana mengusik.

"InsyaAllah hujung tahun ni kalau ada." Itu sahaja balasan Eil sebelum meminta diri untuk pulang.

Bungkusan novel dibuka di situ juga. Peduli apa, dia dah tak sabar nak tengok novel terbaru itu. Novel ditarik sedikit keluar. Berkerut dahi Hana, ini buku nota bukan novel! Dah kenapa pula lah Eil hadiahkan dia buku nota.

Getaran telefon membuatkan Hana menyeluk poket jubah. Tertera direct message yang baru masuk dari instagram dari Hadi.

HadiEhsan_

Dunia memang selalu berseteru,
Tapi percayalah
Hanya kamu yang aku mahu.

Bukan mentari yang aku kejar
Tetapi permata yang pernah singgah
Dan pergi kerana amarah.

Buat kamu Hana Hayla
Bacalah isinya agar kamu tahu
Bukan maaf sahaja yang aku pinta
Tetapi rasa cinta.

Hana menutup telefon. Ah jantungnya sudah mula berubah rentak. Maknanya buku nota ini bukan dari Eil tetapi dari Hadi. Kulit depan buku nota terhias gambarnya sewaktu sekolah dulu. Namanya turut menghiasi.

Buku itu dibuka, helaian pertama dipenuhi dengan gambarnya di mana-mana sahaja. Eh ini gambar sewaktu dia di kem krs dulu. Hana tersenyum.

Gambar dia di kampung nenda Hadi juga ada. Bukan itu sahaja tetapi ketika di majlis tingkatan 5 pun ada. Helaian demi helaian diselak. Ada kandungan tulisan yang Hana pasti sekali itu tulisan tangan Hadi.

Mungkin kata maaf Hadi tidak cukup buat Hana. Mungkin hinaan dan celaan Hadi banyak membuatkan hati Hana terluka.

Diselak lagi helaian seterusnya apabila ayat itu tergantung.

Hadi tak pandai mengayat. Hadi agak bodoh sebab abaikan Hana dulu tapi itu semua kerana waktu kita tidak tepat. Kita masih muda.

Helaian seterusnya.

Hana masih ingat saat Hana beri Hadi roti sardin? Sebenarnya Hadi suka sangat roti sardin.

Terselit gambar roti sardin yang elok tertampal bersama emoji thumbs up. Hana meneruskan lagi pembacaannya.

Ni gambar roti sardin ibu. Balik dari sekolah tu Hadi siap suruh ibu masak roti sardin tahu? Semua sebab terliur dan menyesal tolak bekal yang Hana bagi.

Ni pula muka Hadi waktu tahu Hana sebenarnya budak pantai yang Hadi pernah jumpa. Hensem kan?

Tergelak Hana melihat gambar Hadi yang sedang membulatkan mata sambil memaparkan reaksi terkejut.

Hadi rasa menyesal layan Hana dengan teruk dan paling menyesal sekali bila Hadi tak ada di sisi Hana waktu arwah pergi. Dan bila Hana mula jauhkan diri, Hadi tak suka.

Ah dia teringat saat itu. Saat dia jatuh kerana pemergian mama dan dia pula perlu urus arwah mama sendiri tanpa sesiapa di sisi. Sakit bila diingat semula namun dia redha dengan semuanya.

Kemudian kita balik kampung nenda di Kelantan. Hana nampak comel bila panggil Hadi abang long. Mungkin selepas ni kita boleh balik lagi dengan status baharu? Insya-Allah.

Untuk ceritakan satu persatu apa yang kita lalui dulu mungkin mampu mencecah dua buku tetapi ketahuilah penyesalan Hadi memakan diri apabila Hadi membuang Hana hanya kerana Hana ialah Hayla.

Hadi minta maaf kerana ikut perasaan dan ego.

Tak mampu ditahan rasa terharunya terus sahaja Hana mengelap sedikit tubir mata yang berair. Helaian terakhir dibuka.

Hadi tahu soal sakit Hana. Hadi tahu komplikasi Hana. Hadi mahu Hana maka Hadi terima segalanya. Jadi saya Hadi Ehsan mahukan jawapan...

Tergantung. Ayat Hadi tergantung membuatkan Hana membelek kulit buku. Hadi mahukan jawapan apa? Dilihat satu persatu helaian mencari jawapan apa yang Hadi mahu.

"Jawapan Hana Hayla bahawa terima atau tidak lamaran Hadi?" Muncul Hadi di hadapan Hana sambil tersenyum.

Tergamam Hana sehingga kaku tidak mampu bergerak. Hanya mata yang berkedip-kedip.

"Hadi tak mampu janjikan kebahagian tetapi mungkin kita boleh cipta kebahagiaan bersama." Ayat itu cukup membuatkan Hana mengalirkan air mata sekali lagi. Terharu.

Tanpa sedar ahli keluarga dan rakan sekolahnya yang lain sedang memerhatinya dan Hadi. Eil turut ada sambil tersenyum dan mengangkat dua jari simbol peace seolah tidak bersalah.

"Oi terima ajelah!" Laung Syara.

Hadi masih memandangnya.

"Tapi Hana mungkin tak mampu beri zuriat."

"Mungkin belum confirm." Tenang Hadi menjawab.

"Hana tak sihat macam orang lain." Hana menunduk memandang bawah.

"Hadi boleh jadi ubat Hana."

Jawapan laju Hadi membuatkan Hana mendongak memandang anak mata Hadi. Cuba mencari kejujuran dalam mata coklat itu.

"Hana tak sempurna."

"Hadi nak Hana bukan sempurna."

Wajah Hadi masih sama. Merenungnya dan tersenyum.

"Kenapa Hana?"

"Sebab Hana ialah Hana."

Mati kutu Hana mahu menyoal Hadi. Nafas ditarik. Wajah papa dan mummy dipandang. Anggukan dari papa dan mummy membuatkan Hana tahu jawapannya.

"13 March."

"Sorry?" Soal Hadi sambil mengerut dahi tanda tidak faham.

"13 March tarikhnya."

Tersenyum lebar Hadi mendengar jawapan Hana. Yang lain pula sudah mengucap alhamdulillah.

***




TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now