B7

2.6K 178 17
                                    

13 MARCH

Tarikh yang bersejarah buat dirinya. Hana memandang pantulan diri di hadapan cermin. Tangan yang sudah dicelup inai sudah merah pekat menyala. Tiada corak tiada apa hanya hujung jari sahaja berinai.

"Oi Hana, tak percaya lagi ke apa?" Tegur Syara.

"Syara, kalau aku tak bahagia macam mana?"

Tipulah jika dia tidak takut untuk ke fasa seterusnya. Bagaimana kalau Hadi tak bahagia dengannya? Bagaimana pula kalau keluarga Hadi mula mendesaknya untuk mempunyai zuriat? Bagaimana dia mahu menjadi isteri yang baik kalau dirinya sendiri pun tidak sihat?

"Hana, berhenti mempersoalkan sesuatu yang kita tidak tahu." Syara memandangnya tepat.

"Kalau Hadi buang aku sebab dah penat jaga aku macam mana?"

Keluhan Syara lepaskan. Dia mengambil tempat di birai katil Hana lalu menarik sahabatnya duduk di kerusi meja solek. Mata bertemu mata. Sempat lagi ni nak sekolahkan sahabatnya.

"Kau dengar sini ya. Aku cakap sekali je sebab kau pun dah besar alam untuk hadam apa yang aku nak cakap." Tangan naik memegang bahu Hana.

"Tolong jangan fikir benda yang negatif. Tolong jangan fikir kau tak mampu bahagia. Tolong jangan fikir soal sakit kau sahaja. Tolong jangan fikir benda yang merosakkan fikiran kau. Kau kenal Hadi semalam ke? Tak kan? Waktu kau terima lamaran dia, aku nampak kau yakin dengan keputusan kau jadi kenapa harini kau mempersoalkan keyakinan kau sendiri?"

Sedikit sebanyak kata-kata Syara tepat mengena hati Hana. Seolah tersedar dari mimpi buruk yang menghantuinya.

"Aku cuma takut Syara..."

"Aku lagi takut nak lepaskan kau." Balas Syara pantas.

Hana dongak kepala memandang Syara. Mata sahabatnya berkaca-kaca ingin mengeluarkan mutiara.

"Kau kawan dengan aku lama. Lama sangat. Aku sendiri takut nak lepaskan kau. Aku sendiri takut aku tak boleh nak ada dengan kau dah lepas ni. Aku sendiri takut kalau aku tak ada waktu kau perlukan aku, tapi aku tahu dan yakin keputusan kau tak salah Hana."

"Aku nak kau rasa bahagia tu sendiri. Bukannya merasai bahagia dengan melihat kebahagiaan orang sekeliling sahaja."

Hana terdiam tidak mampu membalas apa-apa. Dia terlalu memikirkan kesan dan bukan jalan penyelesaian.

"Kau jangan menangis nanti makeup kau cair kang. Dah Hana buang negatif dan toksik pada fikiran kau. Hari ini hari bahagia kau, aku nak kau rasai semua tu." Syara menggenggam tangan Hana. Senyuman diukir.

"Terima kasih." Itu sahaja yang Hana mampu ucap. Entah apa lah kebaikannya sehingga diberi sahabat seperti Syara.

"Okey stop drama. Kita kena lekas turun bawah sebab pengantin lelaki dah sampai. Ingat selalu Hana kalau pun satu dunia tinggalkan kau, aku tetap ada."

Bunyi ketukan membuatkan Hana dan Syara memandang gerangan yang membuka pintu.

"Lama lagi ke?" Soal Heiz.

"Cinta!" Terus mood Syara berubah seratus peratus.

***

Hadi menunduk memandang bawah. Sekeliling sudah mula bising dengan kemunculan pengantin perempuan. Sedikit pun Hadi tidak toleh, dia terlalu malu. Sudahlah ramai orang, kamera pula bersepah.

"Dah boleh mula?" Terus Hadi angkat wajah memandang wajah garang bakal bapa mertuanya sebentar lagi.

"Hadi tak mahu pusing belakang tengok Hana dahulu?"

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now