B8

1.8K 114 3
                                    

TANGAN yang mengganggu rambutnya membuatkan Hana membuka mata.

"Subuh, Hana." Hadi tersenyum.

Berkerut dahi Hana. Ini mimpi ke apa? Macam mana Hadi boleh ada dalam biliknya. Siap usap kepalanya berkali-kali. Tak akanlah Hadi curi masuk biliknya pula.

"Okey boleh berhenti imaginasi. Saya Hadi Ehsan, suami sah kamu Hana Hayla."

"Dah bangun sekarang," Hadi terus bangun dari baringan dan duduk.

Melihat tiada pergerakan dari Hana membuatkan Hadi menoleh memandang isterinya.

"Hana, bangun..." Peha Hana ditepuk lembut.

Keluhan Hana lepaskan. Kalau hari-hari kena kejut macam ni. Lagi lena dia tidur adalah. Hati, janganlah cair macam ni selalu!

"Hadi."

"Iya?"

"Semalam kita tak..."

"Siapa cakap?" Hadi tersengih. Mata memandang Hana dari atas hingga bawah.

Kalut-kalut Hana selak selimut sebelum mata memandang Hadi tajam.

"Tak sukalah!"

"Hahahahahah. Dah bangun sekarang atau Hana nak Hadi angkat? Kalau Hadi angkat tak jadi subuh kita ni." Sekali lagi Hadi mengusik.

Mendengar itu terus Hana bangkit. Getah rambut diambil lalu diikat rambutnya.

"Lajunya! Sampai macam tu sekali tak nak Hadi angkat."

"Diamlah! Dasar lelaki gersang! Gatal!" Usai itu terus Hana berlalu ke tandas. Sempat dia melemparkan jelingan buat Hadi.

Hadi menggelengkan kepala. Seketika tawanya mati. Tadi bangun dia sudah ambil wudhu tapi... Ya Allah! Tengok Hana terus sahaja tangan ni tak boleh duduk diam.

"Hana cepat sikit, Hadi nak ambil wudhu juga." Laung Hadi tak terlalu kuat.

"Ingat Hana peduli ke?" Balas Hana semula dari dalam.

***

SELESAI membersihkan diri dam solat subuh berjemaah, Hadi dan Hana turun. Tak sedap lah kalau mereka masih lagha kat atas sedangkan penghuni rumah sudah mula bersarapan.

"Awal turun?" Tegur mummy yang sedang menyiapkam sarapan.

"Oh sebelum ni Hana mesti turun lewat kan mummy?" Usik Hadi sambil tersenyum sebelum bertukar jeritan kecil apabila perutnya dipulas oleh Hana.

"Cakap baik sikit ya Encik Hadi." Hana sepetkan mata tanda geram.

Hadi kembali tersenyum. Perut diusap. Sakit juga rasa ketam Hana. Kalau macam ni rasa sakitnya, sumpah dia tak nak usik Hana dah tapi kalau usik dalam bilik still on!

"Dah Hana, kesian Hadi tu. Ni mummy buat mi goreng. Si Syara tu lah teringin nak makan katanya. Ni nanti Hana tolong bancuh teh panas boleh?"

"Boleh." Terus sahaja Hana bergerak apabila disuruh.

Hadi yang termangu terus memandang mummy. "Kalau Hadi, Hadi nak buat apa mummy? Hadi nak tolong juga."

"Hadi tolong mummy susun pinggan boleh?"

Hana yang mendengar Hadi menawarkan diri mahu menolong sekadar mencebik. Cis! Tunjuk baik ke tu?

"Hadi cuti berapa lama ni?" Soal mummy sambil menggoreng mi.

"Tak lama pun dalam dua minggu je. Lagipun budak-budak dah nak trial SPM kan..." Balas Hadi sambil mencapai pinggan dari rak kabinet dapur.

Selesai membancuh teh panas, Hana mengangkat dulang air ke ruang meja makan. Biarlah Hadi dan mummy berbual sekejap. Ya lah si budak Heiz tu bila dah besar mana nak berbual sangat. Pendiam sahaja adiknya. Dengan Syara pun bisu bukan main, mujurlah Hadi bukan jenis beku macam tu.

"Heyyo heyyo wasap kakak ipar!" Laung Syara dari tangga.

"Kau ke aku yang kahwin semalam? Bukan main lama lagi tidur. Ni mummy buatkan kau mi goreng pun tak sedar." Tegur Hana.

"Kau mana tahu. Adalah aktiviti suami isteri yang memenatkan tu. Eh kau dah ke? Nampak elok je berjalan."

Terus telinga Syara ditarik. Tak senonoh!

"Perangai helok sikit eh aku ni tak gatal merenyam macam kau!"

"Cinta! Tengok kakak cinta tarik telinga baby!" Tangan Hana ditarik semula. Sakit wo ketam Hana.

Jelingan Hana hadiahkan. Telinga Syara dilepas. Itu ajelah modal Syara sejak dah jadi adik iparnya. Mengadu 24jam!

"Kau ingat aku tak boleh mengadu lah? Aku dah ada suami juga okey." Hana bergerak kembali masuk semula ke dapur dituruti langkah Syara.

"Ceyhhhh... Berlagak pula dah ada suami. Terpaling pengantin baru lah tu?" Bahu Hana ditolak.

"Diamlah!" Hana tolak semula bahu Syara.

Tiba di dapur, mummy sedang mencedok mi goreng ke dalam bekas tupperware. Hadi pula membantu mummy mengangkat kuali untuk memudahkan urusan kerja mummy.

"Wah abang ipar semangatnya masuk dapur. Bagusnya, suami siapa ni?" Usikan Syara hanya dibalas senyuman oleh Hadi.

"Suami aku lah. Bukan macam suami kau, membuta je kerjanya." Kutuk Hana straight to the point. Mana boleh orang lain puji Hadi. Hadi dia punya kot!

Muncul sosok tinggi lampai Heiz yang masih lengkap berbaju tidur.

"Ha panjang umur cinta kau. Baru kutuk dah sampai." Hana juihkan bibir ke arah Heiz yang masih mamai.

"Mummy.." panggil Heiz.

"Ya sayang mummy kenapa?"

"Heiz rasa nak demamlah." Adu Heiz tak ubah seperti kanak-kanak lima tahun.

Membulat mata Syara. "Apa! Cinta nak demam? Ya Allah jom kita pi baring. Jom jom." Kalut Syara dibuatnya.

"Taknak baby... Nak mummy."

Hana memutarkan mata. Kalau demam terus jadi anak manja. Sikit sikit nak mummy. Gedik!

"Auch! Cinta tak nak baby..."

"Mari naik atas. Ni Hadi dengan Hana tolong hidangkan ya, mummy nak pergi bawa Heiz naik atas. Syara ikut mummy meh."

"Okey mummy." Jawab Hadi dan Hana serentak.

Habis kecoh bunyi Syara masih menyoalkan kenapa Heiz mahu mummy tak mahu dia. Heiz pula tidak membalas sebaliknya memeluk lengan mummy dan meninggalkan Syara begitu sahaja.

Seketika terasa ada yang memerhati dirinya. Hana mendongak memandang Hadi.

"Ya Encik Hadi nak apa?"

"Rasa macam nak jadi manja jugalah." Hadi bersiul nakal.

"Nak saya call ibu ke? Or nak saya call ayah? Hadi bukan ke baby boy ayah!" Balas Hana sebelum menekup mulut menahan tawa.

Terus wajah nakal Hadi bertukar masam apabila diusik begitu.

"Alololo baby boy ayah ya?" Galak Hana mengusik sebelum tiba-tiba sahaja Hadi mendukung Hana.

Terjerit Hana sebelum cepat-cepat memaut tangan pada batang leher Hadi.

"Sekarang siapa yang baby, sayang?"

Okey ini macam petanda tak baik.

"Kita nak sarapan Hadi. Jangan nak buat buk..."

"Bilik kita ada pintu."

"No! Dah mandi." Hana besarkan mata.

"Well kita boleh mandi sekali lagi." Hadi membalas pandangan Hana dengan redup.

"No!"

***





TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now