Bab 33

2.5K 190 9
                                    

HANA menghirup udara pantai yang segar. Air biru jernih yang terbentang luas dihadalan dipandang lama sebelum matanya terpejam. Tenang, damai. Seolah tak ada masalah.

Hana tersenyum nipis sebelum menunduk memandang kakinya yang bersentuhan dengan air pantai. Sedikit tenggelam melepasi buku lalinya.

"Jauh termenung?" Tegur Syara yang muncul disebelahnya.

"Kenalah jauh, tak tahu bila lagi boleh termenung. Nanti naik cuti ni mesti cikgu dah start push kita." Balas Hana sambil melangkah berjalan.

Syara turut sama mengikuti langkah Hana. Sempat tangan Hana dirangkul. Biarlah. Sahabat dia.

"Aku setuju."

Bunyi ombak membuatkan Hana mengalihkan pandangan. Hana suka ombak, Hana suka akan ketenangan. Apa sahaja yang boleh mendatangkan ketenangan, semua Hana suka.

"Sakit kau macam mana?"

Mati sekejap rasa tenang tadi. Diganti suasana gusar yang mula bertandang.

"Ubat tu makan je tapi tak tahulah berkesan ke tidak. Ada rezeki hidup, tak ada rezeki mat..."

"Hana aku sepak kau kang." Garang suara Syara memotong ayatnya. Tahu sangat Syara tak suka.

"Benda betul masalahnya Syara. Hidup, mati bukan aku pilih."

"At least usaha untuk bertahan hidup." Balas Syara tak berpuas hati. Terhenti terus langkah mereka.

Hana memusing tubuh ke arah kanan. Memandang wajah Syara yang jelas kelat.

"Kalau tak fikir Tuhan ni Syara, kau rasa aku ada depan mata kau sekarang?"

Syara terdiam.

"Tak cukup usaha ke aku Syara?" Hana melempar senyuman. Mata merenung Syara.

Sahabatnya menunduk. Mungkin Syara rasa bersalah. Perlahan Hana tarik tubuh Syara ke dalam pelukannya.

"Aku masih usaha sampai sekarang dan tak akan berhenti usaha selagi aku tak penat." Perlahan suara Hana tapi masih jelas di telinga Syara.

"Kau support aku selalu tau Syara?"

Tiada balasan dari Syara.

"Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan.

Pelukan semakin erat.

"Kalau pun semua orang tak suka kau, aku tetap akan ada."

"Kalau pun semua orang buang kau, aku tetap akan ada."

"Kalau pun semua orang kutuk kau, aku tetap akan ada."

Tersenyum Hana mendengar balasan Syara. Cukup membuktikan sahabatnya terlebih support.

"Kau nangis ke bodoh?" Usik Hana sebelum leraikan pelukan mereka.

"Diamlah." Syara mengesat air mata yang mengalir sedikit.

"Buruknya... Tiba-tiba menyesal accept kau jadi bakal adik ipar aku. Kesian Heiz dapat bini buruk."

"Diamlah. Kau tu macam dugung, buruk juga."

"Wah biadap dengan bakal kakak ipar ya?"

Syara memuncungkan mulut lalu kaki dihentak. Berani Hana guna kuasa sebagai bakal kakak ipar. Macam adil aci dan saksama!

"Woi! Habis baju aku!" Akibat hentakan Syara, habis baju dressnya terkena air sedikit.

"Apa? Nak lagi? Sini kau, aku hentak-hentak biar basah satu badan terus!" Kaki Syara angkat lalu mula menghentak.

Terus Hana berlari tinggalkan Syara. Kain dress diangkat. Mujur pakai seluar pendek paras bawah lutut. Syara pula ikut kejar dia dari belakang. Habis terpercik sana sini air.

Ini kalau ada budak tengah mandi memang lencun dan lemas terkena air ajaib Syara.

***

HADI meniup pelampung untuk Hatta yang sudah membulatkan mata tak sabar. Bukan main dia nak mandi pantai. Siap beli satu set baju renang didi and friends.

"Rissa, kau bawa tak papan luncur tu?" Soal Alissa yang sudah lengkap berpakaian renang.

"Bawa. Kau nak warna apa?" Arissa mula membuka beg ajaibnya. Papan luncur yang berukuran mini dibawa keluar.

"Nak hijau ah." Terus Arissa menyerahkan papan luncur tersebut kepada Alissa.

"Kita lumba eh?"

"Okey cun!"

Terus Arissa dan Alissa berlari mendekati air pantai tersebut. Mujur ada bapa-bapa pertiwi mereka yang turut mandi tak ingat dunia.

"Khalif, bola tamparlah jom!" Jerit Asiddiq.

"Kau nak main bola tampar? Kau tu noob!" Pedas Khalif membidas.

"Khalif sia..."

"Amboi! Sedapnya mulut tu. Dah tua pun tak reti-reti nak kawal ya? Ingat syurga tu percuma ke?" Sindir Zikir yang baru sahaja muncul.

"Betul!" Serentak Rais dan Zikri.

"Ish ish Asiddiq. Ana tak sangka anta begitu setupid. Ana kecewa dengan anta."

Paan menggeleng kepala. Apalah Asiddiq tu kan kawan-kawan? Mencarut. Dosa!

"Kau pun mencarut masalahnya." Aiman memutarkan mata. Sengal punya Paan.

"Eh ya ke? Mana bukti? Fitnah!"

"Mampos kau la Pian. Nak main tak boleh tampar? Kita repeat game 10 tahun lepas. Pakai team sama. On tak? Kalau tak on, kecut telu..."

"Astagfirullah Ahmad Khalif! Awak jangan ingat saya tak dengar!" Laung Hanum yang sedang duduk bersama kaum-kaum isteri.

Cuak terus Khalif apabila terdengar laungan Hanum. Kantoi...

"Tua-tua pun tak cerdik." Selamba Amad.

"Kan kan." Idan menyetujuinya.

"Diamlah! Nak ke tak bola tampar?"

"Gila taknak!" Jerit bapa-bapa pertiwi itu serentak. Kena repeat nostalgia percutian mereka dahulu!

Terus mereka keluar dari kawasan air pantai. Bapa-bapa pertiwi semua tak pakai baju kecuali yang sudah kahwin. Mahu kena campak kalau tayang badan.

***




Kalau sempat baca RA & AK, mesti kenal 🤭


TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now