Bab 10

2.9K 212 9
                                    

CUTI hujung minggu berakhir dengan pantas. Kini semua pelajar berpusu-pusu masuk ke kelas sebaik sahaja loceng berbunyi. Hana dan Syara jalan bersahaja menuju ke kelas. Di tangan mereka mempunyai makanan ringan seperti jajan juga air kotak yang beli di koperasi.

"Eh kau nak tahu tak, hari tu adalah aku scroll tiktok. Aku terjumpa satu video ni, ada papa kau." Beritahu Syara teruja.

Hana mengerutkan dahi. Ada papa? Tak akanlah papa main tiktok pula, atau makcik Ratna ajar? Tak pun Heiz, logik juga kalau adik dia main tiktok.

"Asal ada papa aku?"

"Mana aku tahu, tapi waktu tu macam papa pakai baju syarikat. Papa tengah salam dengan seseorang. Waktu aku tengok komen, penuh nama Tuan Khalif." Panjang lebar jawapan dari Syara. Siap dibuat contoh tangan sedang berjabat.

"Tuan Khalif? Siapa pula?" Plastik Straw dibuka, lalu straw dicucuk di ruang yang disediakan pada air kotak.

"Ayah Hadi,"

Puff! Tersembur sedutan air milo Hana. Malang sekali semburannya terkena seseorang. Sudahlah baju sekolah putih, terkena pula air milo habis berubah menjadi warna coklat pudar.

Syara pula tercengang berdiri di sebelah Hana. Habislah! Perlahan-lahan Hana dan Syara mengangkat kepala memandang gerangan di hadapan mereka.

"Kau ni memang nak kena kan perempuan?" Dingin suara itu bersama pandangan tajam.

"Er, Irsyad... Hana tak sengaja doh," Syara cuba menenangkan situasi yang tampak tegang itu.

Seketika Irsyad memandang Syara dan kembali merenung wajah Hana tajam. Hana pula hanya melemparkan senyuman. Kakinya perlahan-lahan mengundur ke belakang. Habislah aku! Gumam Hana.

Syara hanya memerhati. Hana ke belakang, Irsyad pula ke hadapan. Tiba-tiba Hana melarikan diri.

"Weh Syara, kalau cikgu tanya kau jawab aku berak!" Laung Hana dan terus memecut laju.

"Kau nak lari mana hah!" Irsyad terus mengorak langkah mengejar Hana. Sakit betul hatinya. Sudah dua kali dia disimbah air. Kalau air masak tak apa juga, ini air berperisa.

Syara terus berjalan menuju ke kelas. Dia akan sampaikan wasiat Hana tadi. Untukmu sahabat! Semangat Syara. Sampai sahaja di kelas, pintu diketuk.

"Ya Allah, Syara! Kamu ke mana?" Nyaring suara Ustazah Zurina.

Hadi yang sedang menyalin nota di papan putih mula mengangkat wajah. Hanya Syara yang berada di muka pintu kelas. Kelibat Hana langsung tidak dilihat.

Seketika kepala digeleng. Kenapa pula dia nak peduli? Hana tidak penting, malah Hana bukan sesiapa dalam hidupnya. Tangan kembali menyalin nota namun telinga masih berdegil untuk mendengar perbualan antara Syara dan Ustazah.

"Maaf Ustazah. Saya ada urusan penting, dan ada sesuatu yang saya nak sampaikan." Wajah Syara berubah serius. Demi Hana!

"Apa lagi Syara?"

"Hana wasiatkan saya..." Semua mula memasang telinga. Fokus Hadi kembali terganggu.

"Untuk  beritahu Ustazah bahawa dia tak dapat masuk kelas sebab dia pergi berak." Sambung Syara.

Seketika seisi kelas terdiam. Ustazah pula tergamam di hadapan. Syara masih menayang wajah seriusnya.

***

"PEREMPUAN! Nak lari mana hah!" Irsyad masih laju mengejar.

"Tak payahlah kejar aku!" Laung Hana namun lariannya masih laju. Mujurlah dia ikat rambut kemas kalau tidak habis macam langsuir lari.

"Kau lari memanglah aku kejar!" Sebal hati Irsyad.

"Kau berbentilah kejar aku!"

"Kau berhentilah lari!"

"Tapi kau kejar!"

"Aku penampar kau kang!"

"Tolonglah Irsyad, berhentilah kejar aku!"

Murid yang lalu lalang hanya melihat acara larian senior mereka yang tidak semenggah itu. Ada juga yang tergelak, ada juga yang tercengang. Guru-guru yang selisih pula terkejut beruk.

"Kau berhentilah lari perempuan!"

"Macam mana nak berhen... aduh!" Terhenti larian Hana apabila dirinya tersilap langkah lalu tersadung di dataran.

Irsyad yang baru sampai terus termengah-mengah sambil membongkokkan badan. Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Sebaik sahaja pernafasannya stabil, Hana yang masih di duduk di atas dataran dihampiri.

"Kau kenapa?" Belum sempat tangannya memegang kaki Hana, ada satu tangan sudah memegang.

"Sakit?" Suara lembut itu. Pantas Hana angkat muka. Sakit yang dirasakan sebentar tadi terus hilang.

"Pengeran..."

"Sorry?" Soal Hadi kurang jelas.

Hana berdehem. Inilah masanya untuk kau tarik perhatian pangeran Hadi puas-puasnya. Bibir dicebik.

"Sakit Hadi..." Adu Hana bersama kerutan di wajah. Sebenarnya tidaklah sakit mana pun.

Irsyad yang melihat terus memutarkan mata. Meluat namun masa yang sama dia tidak puas hati. Dari mana datangnya Hadi?

"Jom cuci luka awak dekat bilik kesihatan." Hadi sebolehnya cuba menjaga jarak antara dirinya dan Hana. Lengan Hana yang berlapik baju sekolah ditarik bangun perlahan-lahan. Tadi pun dia memegang kaki Hana secara berlapik.

"Aduh," kali ini sakit betul. Tadi ingatkan tak sakit. Hana kalihkan pandangan ke bawah memandang lututnya yang berasa sakit.

Kain sekolah terkoyak sedikit di bahagian lutut juga warna biru muda itu bertukar coklat pekat. Jelas lututnya berdarah kerana bergesek dengan jalan tar di dataran sebentar tadi.

Hana cuba berdiri sendiri. Tangan Hadi yang memegang lengannya ditepis lembut. Entah kenapa rasa untuk menggedik hilang. Terus bilik kesihatan dituju sendiri dengan kaki terenjut-enjut.

Sakit di kepala kuat menerpa dirinya secara tiba-tiba. Jangan kata penyakitnya menyerang. Mungkin lariannya sebentar tadi membuatkan antibodinya menjadi lemah. Cecair hangat mula laju mengalir keluar dari hidungnya.

"Hana, mari saya tol..." Belum sempat ayat habiskan ucapannya, tubuh Hana melorot jatuh ke belakang. Kemas Hadi tangkap.

Irsyad juga terkedu. Kenapa tiba-tiba perwatakan Hana berubah dan kini sekelip mata Hana pengsan bersama darah yang mengalir di hidungnya.

"Syad! Kita kena bawa dia cepat, hidung dia berdarah!" Mendengar itu, pantas Irsyad membantu Hadi memapah Hana ke bilik kesihatan.

***




Vibes air mata dah sampai! HAHAHA

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now