"MELODY YURIKO BINTI MUHAMMAD ADAM YASHUHIRO!!!" Jerit Maria Khalida memanggil nama penuh anak perempuannya dari bawah. Penat dari tadi panggil tak turun-turun budak ni.
Terhenti perlakuan Melody yang sedang sibuk membelek kamera polaroid hadiah dari babanya sempena harijadinya semalam. Kepala ditoleh ke arah pintu sekilas sebelum dia bergerak turun dari katil dan meletakkan kamera itu diatas meja belajarnya.
"Yes, ibu...! Chottomatte! (wait a minute)", Sahut Melody dengan nada sedikit kuat agar didengari ibunya yang berada ditingkat bawah.
Kaki dihayunkan laju melangkah keluar dari biliknya dan berlari anak menuruni anak tangga menuju ke ruang bawah.
Maria yang sedang menghidang makanan diatas meja makan diruang makan menoleh kearah tangga apabila mendengar derap kaki anaknya yang seperti berlari semasa menuruni tangga.
"Melody berapa kali ibu nak pesan, turun tangga tu jangan laju-laju. Jatuh nan..."
Gedebuk...
"Aww...", Terjerit kecil Melody sambil memegang punggungnya yang sakit.
Tinggal dua anak tangga saja lagi tadi. Entah macam mana dia boleh tersilap langkah terus jatuh terduduk depan tangga tu macam nangka busuk.
Nice landing. Masin betul mulut ibu ni.
Terkejut mendengar jeritan anaknya, Maria terus berlari kearah tangga untuk melihat keadaan Melody.
"Allah huakbar. Anak ooh anak. Ibu baru je cakap tadi. Haa, nampak tak? Selagi tak kena, selagi tu tak makan saman budak ni.", Bebel Maria sambil membantu anaknya berdiri dari duduk di atas lantai.
Melody tersengih sebelum dahinya berkerut tiba-tiba.
"Makan saman? Sedap tak ibu?", Tanya Melody dengan polosnya.
Maria melongo seketika mendengar soalan anaknya itu sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan. Lupa.
"Saman tu bahasa melayu. Kalau bahasa Jepun it's Shōkan.", Terang Maria.
"Shōkan? (Saman?) Shōkan sa reru tabemono wa nanidesu ka? (Saman tu jenis makanan yang macam mana?) Is it some kind of fish ibu? Like salmon?", Hah sudah. Dia samakan saman dengan ikan salmon pulak dah.
Terkulat-kulat Maria nak menjawabnya. Hari-hari ada sahaja benda yang nak ditanya Melody. Tambahan pula kalau dia bercakap terkeluar pelbagai loghat bahasa dalam Malaysia macam Kelantan ke, Kedah ke. Jenuh otak dia nak mentranslate dan menerangkan semula pada Melody.
Maklumlah budaknya baru sahaja berusia 10 tahun. Jadi sistem untuk mengetahui dan meneroka tu masih ada dan semakin banyak.
"Errr... Nanti Melody tanya baba. He know well about this. Yang pastinya. Summons is not like a salmon sayang."
"Alaaa... Tapi...", Tiba-tiba kedengaran dari jauh bunyi enjin kereta diperkarangan rumah. Itu pasti Yashuhiro.
"Okay, dah cukup. Baba dah balik dah tu. Pergi bukakan pintu untuk baba. Then, we can lunch together. Ni boleh jalan tak?", Fuh, tepat pada masanya.
Hahaha, nasib awaklah baba nak menjawab soalan Melody harini. Asyik saya saja. Hahah...
Tanpa banyak soal Melody hanya mengganggukkan kepalanya kemudian berpusing sambil berlari anak menuju ke pintu utama. Punggungnya yang terasa sengal akibat jatuh tadi dihiraukan. Dia tidak sabar nak bertanyakan pada babanya pula.
YOU ARE READING
Expressionless Of Melody
General FictionHaluuu wattpaders reader... SINOPSIS cerita ini ada didalam Part 1 yerkk.. Baca dulu sedikit nukilan tertelan saya ni dulu, okehh!!! Ekherm ehem.. Disebabkan dah terlalu banyak story yang saya tulis secara suka-suka tanpa publish, sampai bila buka...
