Emma memasuki stesen minyak petronas, dia turun lalu menuju ke kauntar. Niya mengeluarkan handphonenya, cahaya terang dari hand phone tersebut menyedarkan Mikhail. Mikhail terus merampas hand phone Niya. " Oi, tu phone akulah! " marah Niya, " Ya, aku tau! Tapi agak-agaklah! Ni stesen minyak. Mana boleh main phone. " kata Mikhail. " Ish, kau ni sama ja dengan mama! " rungut Niya, " Adoi! " terasa sakit dahi Niya apabila dijentik oleh Mikhail.

" Tak payah nak banyak songeh! Kau dah nampak peraturan tu melekat kat sana kau nak langgar juga? Kah, kau nak aku lekat benda tu di dahi kau ni? " leter Mikhail, " Stop! Stop membebel! Macam orang tua! " Niya berpeluk tubuh lalu memandang keluar tingkap. Emma baru sahaja selesai mengepam minyak, dia terus masuk ke dalam kereta. Bunyi laungan azan dari radio kedengaran di kereta Emma, " Eh, azan apa kata solat dulu nak? " kata Emma. " Mikhail Ok ja. " kata Mikhail, " Niya? " Emma menoleh ke arah Niya. " Tak dapat kena tembak. " jawab Niya slumber, nak saja Mikhail ketawa tapi ditahannya.

Emma memberhentikan keretanya tidak jauh dari pintu pagar, dia mematikan enjin kereta dan membuka tali pinggang. Niya yang senyap dari tadi rupanya sudah lama terlena, Mikhail dan Emma melihat Niya yang sedang nyenyak tidur. " Haihh, pantang betul duduk sorang. Mesti tetidur. " kata Emma, " Hehe, tak apalah Ka, kita bangunkan ja dia ni. " kata Mikhail. " Mikhail bangunkanlah. Kalau kaka memang dia tak bangun punya. " kata Emma, dia membuka pintu kereta. " Aku? " Mikhail memandang Niya, " Nak aku siram tak? " Mikhail tersengih.

" Niya.. Niya.. " Niya mengeliat, matanya masih sukar untuk dibuka tapi telinganya sudah tajam mendengar. " Ni bukan suara Ka Emma. " bisik hati Niya, " Oi, Daniya Nur Maizarah bangunlah! " teriak Mikhail di telinga Niya. Niya terus bangun papan lalu memandang Mikhail yang berada di luar kereta. " Eh, oh, eh? Bila masa pintu ni terbuka? Bila masa sampai? Mana Ka Emma? Kau buat apa kat sini? " bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Niya. " Ha, tu lah! Tidur lagi. Keluar cepat! " kata Mikhail, Niya terpinga-pinga. Fikirannya masih di refresh.

" Eh, lambatlah! " kata Mikhail, Niya menggosok-gosok matanya. " Aku ngantuk. " kata Niya, " Tak payah nak mengada-ngada Ok! Bangun sebelum aku siram kau dengan air longkang ni. " ugut Mikhail. " Ish, ni kah tunang? Tak ada tolak ansur langsung! " Niya menolak Mikhail, Mikhail hilang imbangan lalu jatuh terduduk. " Ni kah tunang? Ganas betul! " teriak Mikhail. Dia berdiri perlahan-lahan lalu menutup pintu kereta dan menguncinya.

Dia berjalan menuju ke pintu pagar, kereta keluarga mereka terparkir kemas di garaj. Mikhail membuka pintu rumah, " Eh, gelapnya. " kata Mikhail. Tangannya meraba-raba mencari suis, terpasang sahaja suis tersebut...

" HAPPY BIRTHDAY! " terbeliak mata Mikhail sejurus melihat rakan-rakan sekelas, sahabat-sahabatnya, keluarga, sepupu semua berkumpul. Hidangan tersusun rapi di atas meja, sorakan dan tiupan trompet Entah betul kah tidak namanya kedengaran di sanan sini. Apa yang lebih mengejutkan, banner yang tergantung di dinding. Gambar selfie nya disusun jadi bentuk hati, ucapan dan tanda tangan dari mereka semua juga ada di banner tersebut. Rasa terharu, gembira semua ada di hati Mikhail.

" Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ " suara nyanyian Datin Sharifah, Luqman dan Dato' Sulaiman kedengaran dari arah tangga. Mereka membawa kek moist coklat yang sememangnya favorite Mikhail. " Happy birthday to Mikhail! Happy birthday to you! " mereka semua menyanyi untuk Mikhail, Mikhail meniup lilin setelah habis sahaja nyanyian. Haihh.. Terasa macam budak-budak tapi tak apa bila lagi kan? Hahaha..

Selepas memotong kek, Mikhail mencium tangan Datin Sharifah, Dato' Sulaiman dan Luqman. Air matanya mengalir di pipi, touching tau tak? " Yaii jangan lah nangis! Macam budak-budak! " kata Luqman, dia mengesat air mata adik kesayangannya itu. Mikhail hanya tersenyum gembira, Dato' Sulaiman dan Datin Sharifah hanya tertawa melihat anaknya itu. Mikhail mengambil bahagian kek yang dipotong lalu menyuapnya ke mulut Datin Sharifah, " Hahaha, thank you sayang. " kata Datin Sharifah. " Eh, ibu ja? Ayah? " kata Dato' Sulaiman, Mikhail mengambil sedikit lagi lalu menyuapkannya ke mulut Dato' Sulaiman. Luqman mengusik lengan Mikhail, " Ha nah! " Luqman terus membaham kek yang dihulurkan Mikhail.

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now