Cukup Sempurna - Special 5 (Last)

Start from the beginning
                                    

Sayang, if you want to know, abang sangat-sangat bangga apabila sayang berjaya untuk harungi semua cabaran yang datang dengan lapang dada. I really proud of you and abang harap sayang juga berbangga dengan diri sendiri. Dalam masa 3 tahun ni, tak pernah sekali abang missed untuk doakan Allah permudahkan segala urusan sayang, so that sayang tak perlu hadapi lagi hard time alone. Because after all, you have me, your husband.

Abang mungkin dah banyak kali ucap, tapi abang rasa takkan pernah cukup dengan segala ucapan yang abang berikan. Terima kasih sayang atas segala cinta, sayang, masa, pengorbanan dan asa yang sayang dah berikan sepanjang perkahwinan kita. Terima kasih berikan abang zuriat yang baik dan soleh. And I love you so much, my dear wife. Abang cintakan sayang sampai syurga, as Allah allowed.

Happy 5th anniversary, my white rose. Let have our time together, without our boys (of course). Meet me in the kitchen. I'm waiting for my love💕, sayang.

Love and hug,

Your husband - Abang baby



Air matanya yang mengalir dilap lembut. Namun begitu, itu bukan air mata kesedihan. Itu adalah air mata bahagia. Surat itu dilipat kembali lalu dia berlalu ke dapur.

Meja makan sudah dihilang dengan makanan. Siap berhidap dalam pinggan lagi. Megat Raed yang sedang duduk di meja bangun untuk menyambutnya. Wajah itu memandanganya dengan mata yang redup dengan senyuman yang tak lekang.

"Good morning, abang. Happy anniversary too, abang!" Talia memeluk erat tubuh Megat Raed.

"I guess you must read my letter, right?"

Soalan suaminya dibalas dengan anggukan. Lalu dia lepaskan pelukan. Memandang wajah Megat Raed sebelum memandang meja yang sudah tersusun dengan sarapan

"Abang masak semua ni?"

"Ya. Hurry up! Kita ada flight nak kena kejar."

Kening Talia sudah berkerut. Flight nak ke mana?

"Our honeymoon. Let's celebrate our anniversary with honeymoon, sayang."

"Ha? Ke mana? Kenapa tak bagi tahu awal-awal? Kafe macam mana? Siapa nak jaga? Baju... Talia tak kemas baju pun lagi. Baju abang... baju anak-anak... barang semua tak prepare la..."

"Sayang... abang dah siapkan semuanya. Abang dah inform Aliya and she okay with it. Dia pun bulan lepas pergi bercuti sampai hampir 2 minggu. So, sayang just, get ready je."



WAJAH muram Talia membuatkan Megat Raed terhibur. Wajah itu terus muram apabila dia katakan bahawa anak-anak mereka takkan ikut mereka kali ini. Sebab kenapa dia tidak mahu membawa Razin dan Rizqi kerana dia mahu Talia berehat sekejap untuk menjadi seorang mama. Sekejap saja. dia juga perlukan isterinya sekarang. Seperti sebelum adanya 2 budak comel tu.

"Sayang jangan lah risau. Raes akan jaga anak-anak kita dengan baik. Lagipun mereka sekarang ada di rumah mama dan papa. Lagi seronoklah dia orang kalau jumpa atuk nenek dia orang. Entah-entah kita pun dia orang lupa." Kata Megat Raed cuba untuk memujuk isterinya.


HAKIKAT YANG SEBENAR

"Ana ma pa? Zhin nak itut!!!" bentakan anak kecil itu buatkan Megat Raes garu kepala.

"Qi pun nak itut ma pa!!!" Makin pening Megat Raes melihat Rizqi yang juga sedang menangis dan menjerit memanggil mama dan papa mereka.

"Kenapalah kau tinggal anak-anak kau dekat aku, Raed?! Yeee, muka kita memang sama, tapi anak-anak kau ni pandai! Dia orang tahu aku ni bukan bapak dia orang!" keluhnya sendiri.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now