37 - Memori II

742 55 1
                                    


TALIA dalam bungkusan selimut itu terus mengalirkanair matanya. Tanpa suara. Tanpa esakan. Otaknya kini terlalu kosong dengan apa yang terjadi semalam dan apa yang dia lihat sekarang. Langsung dia tidak sangka, cintanya hanya dibawah tapak kaki lelaki tidak guna seperti Naufal.

Pada masa ini, hanya air matanya saja yang menceritakan segala apa yang dia rasai sekarang. Marah, kecewa, hina... semunya bergaul menjadi satu sampai dia sendiri tidak tahu mahu tafsirkan bagaimana perasaannya sekarang ini

"Lia..." bisik lelaki itu perlahan. Sudah mati akal untuk memujuk wanita itu dari terus menangis.

"Sudah lah tu menangis. Damage have been done, right. Tiada apa yang perlu dikesalkan," ujar Naufal sambil mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala kecil. Matanya terus melihat Talia yang masih membisu biarpun air mata gadis itu masih lagi mengalir.

Masih gadiskah perempuan itu setelah apa yang dia lakukan? Dua hari lepas, mereka baru saja menerima keputusan SPM. Seperti dia sangka, Talia itu harapan sekolah. 9A+ dalam slip keputusan peperiksaannya.

Malam keputusan itu, dia menerima cabaran dari kawan-kawan kelabnya untuk merengut benda yang paling dijaga oleh semua wanita. Dan ini yang berlaku sekarang.

"Kita kan kekasih. Tak salah pun, Lia. Ini semua dah normal pada abad 21 ni."

Talia angkat kepala memandang lelaki itu. pandangannya penuh rasa tidak percaya. Banggakah lelaki ini selepas mencabul kehormatannya sebagai seorang perempuan? Dan kemudiannya meletakkan maruahnnya ditempat yang paling bawah sekali?

"Kau kata tak salah? Kau perdaya aku, Naufal! You f*cking rape me, Naufal!" jeritnya kuat melepaskan segala bebanan di dada. Apa yang ditahan tadi tidak lagi di tahan. Bentengnya yang sedia retak berderai mendengar penyataan lelaki itu sebentar tadi.

Esakannya kini mula didengari. Rasa kesalnya tak sudah. Sepatutnya, dia tidak terima pelawaan lelaki ini untuk keluar. Jika dia dengar apa larangan ibunya untuk keluar pada waktu malam, semua ini tidak akan terjadi. Jika dia tinggal di rumah malam semalam, dia mungkin sedang bersarapan sendirian.

Kerana itu yang dia fikirkan semalam. Encik Hassan tiada di rumah menghadiri kursus di Melaka. Puan Yuhaina pula sibuk di hospital. Rumah mewah itu kosong biarpun isi didalamnya penuh. Dan dia dengan beraninya melawan kata-kata ibunya semalam.

Hendak menyalahkan lelaki itu, dirinya juga turut terasa bodoh. Mudah sangat mempercayai lelaki. Kalaulah dia...

Bercakap soal kalau, memang buat dia menyesal tanpa henti.

Bercakap soal kalau, seperti dia menyalahkan takdir.

Bercakap soal kalu membuatkan dia merasakan dia memang manusia yang lemah.

Selimut terus dibetulkan membalut tubuhnya yang tanpa seurat benang. Pakaian yang berselerakan itu dikutip satu per satu. Terus langkahnya dibawa ke tandas. Bersama esakan itu, Talia terus membasahkan dirinya. Duduk dibawah pancuran air sehingga tubuhnya menggigil hebat. Jemarinya mula mengecut.

Usah ditanya kenapa dia mnegambil masa yang lama. Dia mahu hilangkan jejak lelaki durjana itu biarpun kesannya takkan pernah hilang. Dia jijik dengan diri sendiri. Setelah hampir sejam, barulah Talia menampakkan mukanya semula.

"Fal janji akan bertanggungjawab okay, Lia. Don't worry. Kita buat sekali saja semalam." pujuk Naufal setelah melihat wajah sembap Talia muncul dihadapannya.

Pada Talia, itu bukan pujukan. Itu merupakan kebanggaan Naufal. Air matanya kembali bertakung dibirai mata. Tanpa banyak bicara, dia terus berlalu.

"We. Are. Over!" sepatah demi sepatah perkataan itu terluah sebelum dia tutup pintu bilik hotel dengan kuat.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now