43 - "Abang ada..."

1.4K 66 4
                                    

Sorryyyyyy lambat update. busy dengan kerja... btw, Shi dah habis internship........ doakan Shi sukses okayy.. aamin


btw, vote and comment!


Happy Reading!



MEGAT RAED fikir, selepas datangnya Naira dan Muiz di hospital tempoh hari mampu untuk mengubah isterinya, namun harapan cuma tinggal harapan. Talia kembali senyap, tidak mahu bercakap dan muram.

Sudah dua hari Talia keluar dari hospital, namun suara wanita itu sungguh mahal untuk dia dengar. Jasad mereka dekat tapi jiwa mereka jauh. Tidak, Talia yang menjauh darinya. Isterinya sering tidur dihujung-hujung katil, membelakanginya, tidak seperti selalu. Terlalu ketara perubahannya.

Bukannya Megat Raed tidak cuba untuk membuka mulut, pelbagai cara telah dia buat. jika dia ajukan soalan pada isterinya, hanya 'ya', 'okay', 'hmm' saja yang keluar dari bibir isterinya. Paling panjang isterinya cakap...

"Talia naik tidur dulu."

"Talia dah siapkan makanan."

Cuma empat patah perkataan.

Dia tahu kenapa Talia menjauh. Tapi dia tidak sanggup untuk bertanya. Jika dia bertanya, hati rapuh wanita itu akan terus rabak. Talia sedang berada dalam fasa breakdown. Dia tidak mahu terlepas cakap atau terlajur perbuatan.

Jelas lagi di pendengarannya apa yang Talia ceritakan pada Naira. Ya, dia dengar segala-galanya. Dari awal sehingga akhir.

Pada awalya, bukan niatnya untuk mencuri dengar, namun bila dia tengar Talia mengatakan dirinya kotor, dia jadi tersentak. Hati lelakinya semakin remuk mendengar tangisan Talia.

Sebab itu, 6 tahun lalu Puan Yuhaina melarang keras mereka menceritakan apa-apa tentang perkara yang telah berlaku. Tidak mahu Talia bertambah teruk. Kini, lihatlah sekarang apa yang terjadi. Walaupun bertahun-tahun berlalu, reaksi yang Talia berikan masih sama seperti sebelum ingatannya hilang.

Malam ini pula, Talia minta untuk mereka berpisah tempat tidur. Entah mengapa, dia tidak tahu sebabnya. Tapi dia merelakan. Mungkin Talia mahu tenangkan diri sendiri. Mahu cuba untuk berfikir secara tenang tanpa dia disisi.

Dia relakan walaupun separuh hatinya membentak tidak menginzinkan. Tapi dia sebagai lelaki yang matang, sebagai ketua dalam rumah tangga mereka cuba untuk memberi Talia ruang yang isterinya mahukan. Dia bukan lelaki yang mengongkong.

"Malam ni, Talia nak bersendirian boleh?" soal Talia dengan mata yang kuyu. Dia mengantuk. Sudah beberapa hari dia tidak mendapat kualiti tidur yang cukup kerana suaminya ada disebelahnya. Dia rasa tidak layak untuk berada disamping lelaki itu. Dia telah renggut pergi kebahagiaan lelaki itu dengan kejam. Selepas itu dia dengan bahagianya berada disamping lelaki itu. Dia tidak layak.

Megat Raed pandang wajah Talia yang mula cekung. Ada lingkaran hitam pada mata itu menunjukkan wanita itu tidur dalam kuantiti yang sedikit jumlah jamnya. Sangat ketara ditambah dengan mata layu itu.

"Abang izinkan. Abang tahu, sayang perlukan masa. Abang minta maaf kalau sayang rasa abang terlalu memaksa. Abang cuma nak ada dengan kesayangan abang selalu." Megat Raed bingkas bangun. Dia mahu mengucup dahi itu, isterinya mengelak.

Nafasnya dihela perlahan. Kecewa tapi dia cuba untuk faham. Dia boleh pujuk hatinya untuk terima penolakan Talia saat ini.

"Apa-apa, abang ada di bilik kerja abang, okay? Good night and sleep tight, sweetheart," ujarnya, cuba untuk mewujudkan suasana seperti waktu dulu. Tetapi Talia tidak melayan. Walaupun Talia menolak, kali ini dia tetap juga usap kepala itu beberapa kali sebelum menarik selimut menutup separuh tubuh wanita itu.

[C] Cukup SempurnaKde žijí příběhy. Začni objevovat