8-"Kau sukakan dia kan?"

1.4K 77 4
                                    


SENGAJA Talia pulang awal pada hari ini tidak seperti kebiasaannya. Selalunya jam 6.30 petang baru dia akan menutup café. Jika ada tempahan yang banyak perlu diselesaikan, dia bersama-sama beberapa orang pekerja akan menguruskan café sampai jam 10 ke 11 malam. Tadi, dia arahkan Qayeed untuk menutup café dan memastikan café dalam keadaan bersih seperti yang telah dia tetapkan dalam peraturan.

Talia melangkah ke dapur, mengeluarkan ayam dan daging lalu direndam untuk melembutkan bahan itu terlebih dahulu. Kemudian beras dimasuk dan dimasak di dalam rice cooker. Dia mengeluarkan sayur-sayuran yang ada untuk lauk sampingan untuk makan malam nanti.

Selalunya, jika Talia pulang lewat, Puan Yuhaina akan menyediakan semuanya untuk mereka berdua. Jika Talia yang pulang lebih awal, dia akan melakukan segalanya. Dia faham akan tugas ibunya yang sibuk menguruskan klinik milik ibunya sendiri.

Selepas saja, Encik Hassan meninggal dunia, ibunya tekad untuk membuka klinik dan hanya sesekali pergi ke hospital. Kata ibunya, tidak mahu terlalu sibuk dengan kerja.

Talia mengeluarkan kuali untuk menggoreng ayam manakala daging dimasukkan ke dalam pressure cooker untuk menjimatkan masanya. Beberapa bahan tertentu juga dimasukkan bersama sebelum penutup periuk itu ditutup, dikunci dan butang 'on' ditekan disetkan untuk 30 minit.

Selepas siap masak semua makanan, Talia melihat luar rumah yang masih tiada lagi kereta ibunya. Lalu dia melangkah naik ke biliknya untuk mandi dan menunggu solat Maghrib. Sempat dia membelek Whatsapp yang masuk ke telefonnya.

Nama Aliya yang naik di notifikasi telefon membuatnya tersenyum. Sudah lama wanita bernama Aliya Nur Ain itu pergi ke Korea. Rasanya sudah hampir 3 tahun dan langsung menjejakkan kaki di Malaysia. Namun, Aliya masih mengambil tahu sebarang masalah yang terjadi di TalLiya's Café, milik mereka berdua.

Annyeong bestie!

Tolong bentang red carpet untuk aku

Sebabbb......

Aku balik Malaysia bulan depan!

Waiting for me, chingu!

-Aliya

Ommo chinca?! (Seriously?!)

Bogosipeo!! (Rindunya!!)

Waiting for you, uri chingu! (Aku tunggu kau, kawan!)

-Talia

Talia tergelak mengulang baca kiriman sahabatnya yang beza 2 tahun lebih berusia daripadanya. Sejak Aliya tinggal di Korea, dia pun kadang-kadang terikut bercakap Hangul seperti Aliya.

PUAN Yuhaina menghidangkan makanan yang telah disiapkan oleh anaknya sebelum dia pulang kerumah tadi. Masuk saja rumah sejurus azan maghrib berkumandang, dia ternampak dapur masaknya ada beberapa periuk yang berisi lauk makan malam mereka.

Selesai menghidangkan lauk dan menyenduk nasi ke dalam pinggan bersih, Puan Yuhaina menanti Talia turun dari bilik. Selalunya Talia akan turun dalam 10 minit selepas solat isyak. Disebabkan itu Puan Yuhaina turun untuk menghidangkan makanan.

"Lama ke ibu tunggu? Kenapa tak panggil Talia tadi?" soal Talia sebaik saja dia ternampak susuk tubuh ibunya di ruangan dapur.

"Tak ada apalah. Hidang makanan je pun." Balas Puan Yuhaina ringkas.

Talia ambil jag air putih lalu dituang ke dalam gelas untuk ibunya dan juga dirinya. Di rumah, Puan Yuhaina sangat menekankan mengambilan air putih sehari-harian. Sekurang-kurangnya 2L sehari. Itu yang Talia amalkan sejak dulu. Lagipun dia malas nak dengar ibunya berceramah panjang tentang kesihatan. Cukuplah Megat Raed saja.

"Ibu nak tahu, Aliya dah nak balik Malaysia bulan depan." Beritahu Talia sambil mencuci pinggan mangkuk selepas mereka makan tadi.

"Rasanya dah 3 tahun kan dekat Korea?" soal Puan Yuhaina pula. Dia kenal gadis bernama Aliya Nur Ain itu. Orang yang sama-sama bertanggungjawab menguruskan TalLiyas' café. Tapi baru setahun café itu beroperasi, Aliya membawa diri ke Korea dengan alasan yang tiada siapa ketahui.

"Haah. Dah lebih kurang 3 tahun juga lah dia dekat sana." Talia menyusun pinggan di dalam kabinet sebaik saja pinggan itu dilap oleh ibunya.

"Ibu, sebenarnya Talia nak cakap sikit tentang ibu dengan uncle Razak. Boleh tak?"


LEWAT malam itu, Megat Raed baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus melangkah ke dapur untuk menghilangkan dahaga.

Gelas didalam kebinet dicapai dan dia dekati penapis air Coway untuk mengisi air. 10 saat menunggu, Megat Raed meneguk air sehingga habis. Dia kemudiannya berlalu ke singki untuk membersihkan gelas yang digunakan tadi.

Baru saja meletakkan gelas bahunya sudah dipegang dari belakang. Tangannya menepis laju.

"Kau? Jangan buat macam tu boleh tak? Jantung aku ni nak pakai lama." Kata Megat Raed kepada adik kembarnya, Megat Raes.

Megat Raes hanya tersengih lalu melabuhkan duduk di kerusi dapur.

"Lewat balik?" soal Megat Raes. Dia hanya melihat Megat Raed menyapu Nutella pada permukaan roti Gardenia. Nama saja doktor, tapi suka betul dengan benda-benda manis macam tu. Megat Raes menggelengkan kepala melihat kembarnya.

"Aku gantikan kawan kejap tadi. Dia ada hal. Dia datang, aku terus blah lah." Jawab Megat Raed pula.

"Kau bila paling pengkalan?"

"Minggu depan."

Megat Raed hanya mengangguk sekali lalu menyuap roti kedalam mulutnya. Perutnya memang terasa lapar, tadi sudah lewat malam begini, malas dia makan benda yang berat-berat. Sekejap lagi nak tidur, memang taklah dia nak makan terus tidur.

"Kau bila nak settle down dengan Talia?" soal Megat Raes tiba-tiba. Sengaja dia menyoal begitu. Dia tahu kembarnya itu ada perasaan istimewa pada Talia, sepupu mereka. Namun tak pernah sekali Megat Raed bercerita.

Mungkin Megat Raed masih dihambat kenangan lalu. Hanya itu yang Megat Raes dapat fikirkan. Keliru yang ada dalam perhubungan ini.

"Apa pula aku dengan Talia?" Tukas Megat Raed laju. Hampir tersedak dia mendengar soalan cepumas dari Megat Raes. Selama ini, tiada siapa yang tahu kecuali sahabatnya, Syed Taufiq.

"Mungkin kau cuba sembunyi, tapi aku nampak cara kau jaga Talia. Kau suka dia kan? Oh... tak payah jawab! Aku dah tahu jawapannya." Megat Raes hampir terbahak melihat reaksi cuak yang terpapar pada wajah Megat Raed.

Megat Raed memerhati dengan perasaan geram yang tertahan. Namun riaknya masih kosong. Baki roti yang ada ditangannya dihabiskan. Dia berlalu ke singki untuk membersihkan tangan sebelum berlalu.

Belum sempat dia berlalu dari Megat Raes, kembarnya itu berkata sesuatu.

"Aku tak rasa mama tak terima tentang masa lalu Talia. Kita semua tahu, Talia jadi begitu pun sebab terlalu tertekan. Kalau dari pihak Laila, aku rasa Laila tak pernah kesal. Sebab kita kenal hubungan Talia dan Laila macam mana sebelum ni."

Dan hanya kerana kata-kata Megat Raes tadi, telinga Megat Raed terngiang-ngiang kata-kata Syed Taufiq.

"Aku harap kau sukakan dia bukan kerana milik Laila yang ada pada Talia sekarang."

Dan dia yakin, hatinya tak pernah tersilap... Seperti pada awalnya, dia relakan segalanya.

031121

SHI

[C] Cukup SempurnaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum