Prolog

2K 76 3
                                    

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say you were
The one that got away

(The One That Got Away)


Senyuman manis Hayera Talia terukir bila mendengar rangkap lagu itu. Bagaikan ada secebis kenangan manis yang Talia tidak mampu untuk ingat. Sesekali bibirnya turut menyanyikan lirik yang telah dia tulis di atas secebis kertas kecil.

"Senyumkan apa tu?" tegur Megat Raed apabila melihat adik sepupunya tersenyum gembira. Hatinya ingin tahu apa yang membuatkan gadis itu boleh tersenyum begitu.

Mata Megat Raed mengerling kertas yang dipegang oleh Hayera Talia. Senyuman kecilnya turut terukir. Tak habis lagi gadis itu cuba untuk mengingat momen yang ada dengan 2 rangkap lirik lagu itu.

"Jangan terlalu memaksa, Talia. Sakit kepala nanti, abang tak nak rawat Talia." Kata Megat Raed lagi.

Talia kalih melihat wajah Megat Raed.

"Apa guna jadi doktor kalau tak mahu rawat pesakit. Talia kan pesakit abang. Sampai hati abang tak nak rawat Talia." Balasnya berbaur rajuk.

Talia kembali melihat bait-bait rangkap yang tertulis. Seperti ada momen bahagia terlakar disitu biarpun jelas lirik itu menjurus kepada sedih.

"Abang rasa kan, ingatan Talia akan kembali ke? Talia akan ingat semula?" Dalam hati Talia, dia cuma mahu ingat secebis memori dari lirik ini. Ibunya, Puan Yuhaina pernah berkata, memorinya dulu adalah tidak patut untuk Talia ingat.

Talia tak tahu mengapa, tapi separuh dari dirinya juga mengatakan dia tidak patut ingat memorinya yang telah hilang. Bila dia cuba untuk mengingati, pasti jantungnya rasa seperti diramas-ramas. Sakit. Air matanya turut mengalir tanpa sedar.

"Abang pernah katakan sebelum ini, ingatan Talia mungkin akan kembali. Ada potensi juga untuk tidak kembali. Tapi Talia kena ingat janji Talia pada abang, Talia pernah berjanji nak move on kan?"

Soalan Megat Raed, Talia balas dengan anggukan. Perjanjian yang dia buat 6 tahun yang lalu.

"Abang tak mahu Talia sakit lagi..." bisik Megat Raed perlahan. Perlahan suaranya itu hanya mampu didengar untuk dirinya saja.

Mata Megat Raed melihat lagi wajah gadis itu. Riak wajahnya tenang. Terbias rasa gembira dan cerita berbanding 6 tahun yang lalu.

6 tahun lalu, rasanya terlalu perit untuk segalanya ditanggung oleh seorang gadis periang itu. Hanya kerana secebis kesalahan orang lain, Hayera Talia yang periang terus hilang, ditelan awan mendung yang tiada kesudahan.

Tangisan demi tangisan yang dia dengari dari Talia sampaikan pernah sekali Megat Raed mahu menarik Talia ke dalam pelukannya, memujuk tangisan gadis malang itu.

"Based on medical history, blood test and MRI, kami tak jumpa sebarang concussion atau any brain injury after the accident. We are sure, Talia blocks her own memory. She did it for her safety." Patah bicara Syed Taufiq Attar yang lancar dengan nada perlahan itu masih kedengaran di telinga Megat Raed. Talia mahu melindungi diri sendiri. Atas sebab yang bukan salah Talia seratus peratus.

Sebab itu, dia nekad untuk menjaga gadis itu. Melindungi dari Talia kembali ingat memori yang Talia lupakan itu. Tidak mahu melihat gadis itu berduka lagi.

"Tapi abang tahu tak kenapa Talia suka lagu ni?" Talia memerhati Megat Raed yang seperti hilang fikirannya dari realiti. Seketika, Megat Raed kembali membalas pandangannya dengan anggukan dan senyuman yang Talia tak tahu mahu tafsirkan bagaimana.

"Tell me then."

"Nope. Talia yang dulu suruh abang berjanji untuk rahsiakan dari sesiapa dan jangan ungkit lagi pasal lagu ni. So, abang pegang pada janji abang."

"Ala... tapi Talia yang dulu dengan Talia sekarang sama je, abang."

"No-oh. Fullstop." Megat Raed hanya tersenyum bila wajah Talia monyok mendengar jawapnnya.



LittleKnowledge with LittleShi

Medical history - A record of information about a person's health.

Blood test - A scientific examination of a sample of blood, typically for the diagnosis of illness or for the detection and measurement of drugs or other substances.

MRI - Magnetic resonance imaging (MRI) is a type of scan that uses strong magnetic fields and radio waves to produce detailed images of the inside of the body.



P/s: siapa pernah baca Yang Terindah mesti familiar dengan Syed Taufiq Attar. uhuk! uhuk! Btw penat weyh Shi buat research membaca+layan medical drama sebab Shi teringin gila nak buat book yang inc medical sikit-sikit. uhuhhuhuu. 

Okay tak opening macam ni? cer drop comment and your vote


310821

SHI

[C] Cukup SempurnaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz