Cukup Sempurna - Special 1

1.3K 49 0
                                    

I tahu ramai yang tunggu kan? sorry, i almost have no idea untuk tulis. believe me, sebelum bab ini terhasil, i dah tulis dah sebelum ni, tapi i rasa kureng sikit... apa2pun, enjoy! 🥰🥰

....


TUBUH isteri yang sedang duduk diatas sofa sambil melipat baju itu didekati. Mata isterinya fokus mengadap televisyen didepannya tapi tangan masih cekap melipat baju dengan kemas.

Dia memang sangat kagum dengan kelebihan wanita. Multi-tasking level dewa. Kalau dia yang lipat baju dengan fokus 100% pun belum tentu dapat hasil yang sama seperti isterinya.

"Sayang... Tak lenguh ke duduk lama-lama macam ni?" Soal Megat Raed. Tangannya mengalihkan baju yang tersusun cantik ke tempat lain terlebih dahulu. Kang kalau jatuh susunan baju yang setinggi Gunung Kinabalu tu, memang marah mak buyung kesayangannya ini.

Talia hanya memandang dia mengalihkan baju. Tajam mata itu memerhati. Rasa tertusuk hatinya ketika ini.

"Tak jatuh, sayang. Abang alih hati-hati." Tukas Megat Raed pantas. Dia pantas duduk disebelah isterinya.

Tak banyak yang tinggal. Cuma beberapa helai napkin, baju bayi, sarung tangan dan kaki kecil yang tinggal. Persediaan untuk Talia bersalin nanti.

"Abang tanya, sayang tak jawab pun." Redup matanya memandang Talia. Tak lama, dia ambil sarung tangan bayi yang berwarna putih bersih.

Rasa tak sabar menanti kelahiran anak-anaknya.

"Sakit sikit. Boleh tahan lagi. Kalau tak boleh nanti abang urutkan ye?" isterinya menjawab dengan sedikit senyuman dan memandangnya sekilas. Pandangan Talia kembali pada televisyen.

Hospital Playlist lagi? Minat betul isterinya dengan kdrama tersebut. Rasanya ini kali ketiga Talia menonton drama 2 siri tersebut. Tak bosan ke?

"Iyalah. Sebelum tidur abang urutkan Talia ye."

Talia sering kali diserang kekejangan sewaktu tidur pada waktu malam. Walaupun wanita itu memakai stoking, masih lagi terasa kejang setiap malam. Dan dia sebagai suami, bila terdengar Talia mengaduh gelisah dengan dahi yang berkerut, terus dia bangun mengurut kaki itu sehingga kerutan itu hilang.

Sebelum dia kembali lena, dia bersembang dengan anak-anaknya terlebih dahulu. Kadang terasa tendangan halus apabila dia mengusap perut isterinya.

"Abang tolong letak baju baby dalam beg kejap. Esok abang bawa basuk kereta ya. Esok kita nak balik rumah mama, takut terberanak pula nanti waktu majlis abang Raes nanti."

Permintaan isterinya dibalas dengan anggukan. Berhati-hati dia menyusun barangan anaknya di dalam beg.

Selepas selesai, dia cek satu-satu kelengkapan yang ada. Tidak mahu tertinggal. Keningnya berkerut.

"Sayang... breast pump yang abang order tu belum sampai ke?" soalnya apabila itu satu-satunya barang yang tiada dalam beg itu. Rasanya dah dekat seminggu dia order. Dia kalih melihat isterinya semula dengan wajah berkerut.

Melihat wajah Talia yang muram buat dia gelabah sendiri. Ni dah kenapa nak sedih tiba-tiba?

"Tak sampai dah kot. Talia cek tadi parcel hilang." Jawab isterinya.

Megat Raed paut isterinya dalam pelukan. Talia sejak mengandung memang hatinya mudah koyak. Macam sutera! Berharga dan perlu dijaga rapi. Mudah koyak.

"Dah la dekat sangat due. Kalau order lain, mesti lambat sampai." Kata isterinya lagi. Kali ini bersama esakkan.

Megat Raed usap belakang isterinya. Memujuk.

"Tak apa. Esok abang beli lain, okay? Ikut abang esok, kita cari sama-sama sebelum pergi rumah mama. Lepas tu kita makan llao llao. Sayang nak yang topping pistachio sauce kan?"

"Hmm. Kalau nak Starbucks sekali boleh?" minta isterinya. Dengan suara serak sebab menangisnya. Aduhai isteri!

"Starbuck tak boleh sayang. Sayang kan kena jaga glucose. Nanti Dr. Anne marah lagi..."

"Nak sikit je, abang... buat rasa-rasa..." Kali ini Talia angkat wajah dengan mata yang berkaca-kaca.

Megat Raed hela nafas perlahan. Nampak sangat kalau dilarang kali ini, mesti isterinya akan menangis. Aduhai, emosi isterinya memang buat dia hilang akal untuk memujuk. Nasib dia sayang.

"Satu sedut je, boleh?" kening diangkat menunggu persetujuan Talia.

"Okay. Satu sedut je."

"Promise?" Jari kelinkingnya dihulur depan Talia.

"Promise!" Jari mereka bertaut.

Lantas megat Raed mengeratkan pelukan. Melabuhkan beberapa ciuman pada dahi sebelum sama-sama menonton kdrama tersebut.

Tiga kali pun tiga kali lah. Janji Talia ada bersamanya.

"Sayang dah start cuti kan? Dah tak masuk café dah sampai bersalin?" tangannya mengusap perut Talia yang memboyot kedepan. Terasa tendangan sedikit kasar sehingga Talia mengaduh perlahan.

"Anak papa, jangan nakal-nakal. Kesian mummy..." katanya seraya melabuhkan ciuman pada perut itu.

"Aliya minta untuk Talia tak payah masuk dah sampai habis pantang. Tapi tengok dulu, kalau anything yang buat Talia terpaksa pergi café, Talia akan pergi." Jawabnya. Tangannya diletakkan diatas tangan suaminya yang megusap perutnya.

"Habis, kalau waktu tu Talia tengah bersalin, keluarkan budak berdua dalam ni, dan waktu tu Aliya perlukan bantuan, takkan Talia nak berlari pergi café kot?"

"Tak adalah macam tu sekali!" Talia menjeling Megat Raed tajam. Melawak tak kena tempat!

"Abang gurau je!" tukasnya laju melihat jelingan itu.

"Abang yakin Aliya boleh handle. Sekarang kan dah ada finance sendiri, team R&D sendiri, dan semua dalam café tu dah dilatih. Jangan risau, insya Allah semuanya akan okay."

Dia tahu, Talia sedikit gemuruh ketika ini kerana Talia dan Aliya dalam proses untuk membuka cawangan baru TalLiyas' café. Setelah berbagai-bagai perkara yang mereka bedua uruskan sebelum ini, akhirnya membuahkan hasil. Sekarang pula cawangan kedua under renovation. Dan Aliya banyak berulang alik memastikan kelancaran café berjalan dengan baik. Nyata, Aliya yang paling sibuk dan tak menang tangan.

"Talia doakan semuanya berjalan lancar. Selagi tak settle, selagi tu lah Ziyad tak kawin-kawin!"

Kedua mereka ketawa. Memang benar, Aliya sendiri kata selepas semua perkara selesai, baru dia nak ada komitmen bersama Ziyad Ahmad. Sebab itu lah Ziyad Ahmad masih single sampai sekarang! Kesian betul.



120323

shi

[C] Cukup SempurnaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin