"Okey, bye. Reesa kena pergi." Tanpa melayan kehendak Waseem, Wareesa terus minta pamit. Dan sebelum sempat dia mendengar balasan Waseem, panggilan dah dimatikan terlebih dahulu.

WhatsApp dibuka dan tetingkap chat dengan Waseem dibuka. Nampak typing... di bawah nama lelaki itu. Buat Wareesa senyum tawa sendiri. Nak mengadu tak puas hati lah tu kita matikan panggilan dulu tadi.

Abang Sayang Reesa
Yayang! Lajunya matikan call. Seem tak habis cakap lagi.

Wareesa hanya menggeleng kecil. Abaikan nama yang tertera sebab itu Waseem yang geledah telefonnya dan save sendiri nama itu. Dia nak nama dia paling atas sekali dalam kontak telefon Wareesa. Apa-apa aje lah. Layankan aje.

"Okey, dah sampai dah." Suara pemandu Grab buat Wareesa dongak dari telefon. 

"Okey. Saya bayar pakai Grab Pay tadi kan? Terima kasih ya." Pamit Wareesa seraya pintu kereta dibuka. Tak lupa dibawa sekali beg dan barang-barang kepunyaannya.

Mengangguk kecil kepada si pemandu, pintu terus dibuka cermat sebelum mata melilau memandang ruang masuk pasar raya. Dah kawtim dengan Yara, pasti dan pasti Yara perlu ada bersama. 

Abang Sayang Reesa
Yang

Eh. Tetingkap WhatsApp masih belum tertutup rupanya. Habis lah lelaki itu rasa diabaikan dek bluetick yang muncul pada setiap pesanan yang telah dihantar.

Cari tempat sesuai untuk membalas WhatsApp dan menunggu Yara, bangku kosong yang ada di ruang menunggu di situ menjadi pilihan Wareesa. Labuhkan  duduk, tetingkap bual bersama Waseem dibuka.

Layan suami mengada sekejap.

You
Reesa nak mula kerja dah ni. Reesa vibrate phone tau. Dah siap Reesa bagitahu.

Send! Kemudian laju Wareesa cari tetingkap bual dengan Yara pula. Mahu tanya gadis itu sudah ada di mana. 

Malas mahu menunggu lama balasan Yara, nombor Yara terus didailnya. Cepat sikit kerja.

Deringan kedengaran. Sambil itu mata Wareesa melilau memandang sekeliling. Namun, ada sesuatu yang menangkap pandangan matanya. 

Tidak jauh dari bangkunya, ada tempat parkir motor. Dan di situ Wareesa perasan penunggang motor yang  duk terteleng-teleng di atas jalan raya tadi ada di situ. Terlihat lelaki itu sedang mengunci motorsikalnya.

Tak nampak pula wajahnya kerana masih lagi tersarung kepala si penunggang dengan helmet. Tapi, Wareesa yakin dia tak salah.

Jaket hitam berline merah itu. Tambah lagi dengan helmet full face berwarna hitam. Wareesa sangat yakin yang itu penunggang motor di jalan raya tadi.

"Hello!" Wareesa tersentak dengan suara Yara yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinga. Terus mata beralih dari si penunggang motor tadi.

"Hah, Yara! Kau kat mana ni?" Soal Wareesa. Mata melilau mencari koordinat Yara. Sesekali mata jatuh juga kepada si penunggang tadi. Mahu tahu juga siapa di sebalik helmet hitam itu. Namun, masih lagi si penunggang belum buka helmet di kepala.

'Pelik. Buka aje lah helmet tu.'

"Aku nampak kau ni. Ni hah, aku duk melambai ni." Kata-kata Yara buat mata Wareesa melilau ke arah lain pula. Dan bila nampak Yara yang dah menapak laju menuju ke arahnya, terus Wareesa berdiri dan melambai sama.

Panggilan dimatikan.

"Lama dah sampai?" Sapa Yara. Telefon disimpan di dalam beg kemudiannya.

"Takde lah lama sangat. Jom lah masuk." Ajak Wareesa. Beg yang diletak di bangku tadi diambil dan disangkut pada Yara.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang