Sekarang separuh jiwanya sedang lena, tanpa ada tanda-tanda akan bangkit seperti sedia kala. Sedaya-upaya dia cuba untuk cekalkan hati bila berhadapan dengan isteri majikannya sebentar tadi. Sedaya-upaya disembunyikan garisan sedih pada wajahnya agar tidak membiarkan Puan Aaira terus berasa bersalah pada dia dan Zein.

Dia sepatutnya perlu terima semua ini dengan hati yang terbuka. Allah tak tidur. Allah turunkan ujian ini bersebab.

AAIRA diam melihat makanan yang terhidang di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAIRA diam melihat makanan yang terhidang di hadapannya. Nafas dihela panjang. Makanan hospital lagi. Sejak berkahwin dengan Tengku Danish, sudah beberapa kali dia ditahan wad. Tanpa rela jugalah dia masukkan makanan hospital ke dalam mulut, tetapi sekarang dia sudah muak. Tengok saja pun dia sudah tidak sudi.

Tengku Danish melihat Aaira yang menunduk sedari tadi. Kain selimut di kaki Aaira dibetulkan lalu mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Kenapa tak makan?" Dia bertanya lembut. Tangan kiri naik mengusap kepala Aaira.

"Tak nak makan ni. Tak sedap" balas Aaira cukup perlahan. Dia meramas jemarinya sendiri.

Tengku Danish tersenyum nipis.

"Aaira nak makan apa? Abang boleh minta Uwaiz belikan" soalnya. Tangan kecil isterinya digenggam lembut.

"Aaira nak burger.." balas Aaira kecil. Tengku Danish kelip mata sambil mengerutkan kening. Cuba menangkap bait perkataan yang keluar dari celah bibir itu.

"Aaira nak burger?" tanya Tengku Danish buat kali kedua untuk kepastian. Aaira angguk kecil tanpa mengangkat wajahnya memandang Tengku Danish. Tangan besar yang menggenggam tangan kecilnya direnung. Tengku Danish angguk. Telefon bimbit miliknya terus disauk keluar dari poket seluar. Sedang sibuk Tengku Danish menghantar pesanan pada Uwaiz, Aaira membuka genggaman tangan suaminya. Memperlihatkan telapak tangan besar Tengku Danish di ruangan mata.

Hujung jemari telunjuk mula melukis halus di situ. Bentuk love, huruf A dan bermacam lagi dia lakarkan di situ walaupun tidak meninggalkan kesan. Selepas itu, dia lekapkan telepak tangannya pada telapak tangan Tengku Danish. Sangat jelas perbezaan saiz tangan mereka. Mengingatkan detik-detik di mana tangan halusnya berada di dalam genggaman si suami, membuatkan dirinya terasa sangat kecil dan sangat dilindungi oleh Tengku Danish. Dakapan hangatnya juga membuatkan hatinya senang.

Tengku Danish senyum saja melihat tingkah isterinya. Entah apa yang menarik dengan tangannya sampai dibelek-belek begitu sekali.

Keadaan menjadi sepi apabila kedua-duanya tidak mengeluarkan suara. Aaira sibuk bermain dengan jemari Tengku Danish sampaikan tidak sedar yang perilakunya diperhatikan sedari tadi.

Tengku Danish ukir senyuman nipis. Selepas sahaja Aaira melawat Zein di ICU, mereka menerima ramai tetamu yang datang untuk melawat isterinya itu. Daripada keluarga besarnya, kemudian keluarga Tengku Farid dan berakhir dengan rakan-rakannya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now