Chapter 53

372 22 10
                                    

    

          Kerlipan bintang di dada langit dipandang sekilas. Cermin tingkap kereta diturunkan, kepalaku dipalingkan memandang ke arah Syiraz. Syiraz melemparkan senyumannya. Tipis. Dari isyarat matanya, seolah-olah mengizinkan aku untuk menikmati udara pada malam ini.

Pandanganku dibuang semula ke arah bangunan-bangunan yang tersusun megah dan tinggi serta orang ramai yang masih berpusu-pusu di sekitar bandar itu.

Saat ini, fikiran ku sedang sibuk bertelagah. Merungkai serta sedaya upaya menyimpulkan jalan keluar bagi teka teki yang semakin lama terasa semakin sulit simpulannya dileraikan.

'Apa yang aku terlepas pandang selama ni?' Getus hati kecilku. Lama aku berdiam diri.

"Sayang.." Syiraz menarik lembut tangan ku, lalu menyatukan jari-jemarinya dengan jari jemariku. Erat.

"Iya?" Aku memalingkan wajahku memandang ke arah Syiraz. Bebola mataku turun memandang tangan Syiraz, cincin pernikahan yang terletak elok di jari manisnya. Ukiran unik pada cincin itu membuatkan aku tertanya-tanya kenapa jejaka dihadapan ku ini, bertegas hendak menikahiku.

"Sayang.. Kau sakit?" Soal Syiraz.

"Huh?"

"Tak.. Sihat je. Kenapa?" Soalku kembali sambil tangan ku menyentuh dahi.

"Kau nampak pucat. You want to go home?"

"Eh, takpalah awak. Kesian nanti büyükanne tunggu kita lama."

"Sayang sure? If not kita balik and don't worry büyükanne akan faham yang cucu menantu kesayangan dia ne tak sihat."

Aku tergelak kecil. "Kesayangan yea.."

"Yeah. I'm her beloved grandson. So, secara tak langsung kau ialah cucu menantu kesayangan büyükanne juga." Ujar Syiraz bangga. Aku tersenyum. Kepala digelengkan.

Ada-ada saja.

"Sure ne?" Soal Syiraz kembali.

"Iya awak. Nanti kesian pula dekat Emiliano nak kena hantar balik."

"Takpa tu memang tugas dia." Emiliano yang mendengar jawapan dari Syiraz terus melirikkan matanya ke arah cermin hadapan. Jelingan maut.

'Ne bukan tugas aku oi!' Desis Emiliano.

"Tak guna punya kawan. Ada driver sendiri taknak pakai driver. Nak aku juga yang kena jadi driver dia, kononnya senang jadi driver dalam masa yang sama jadi bodyguard dia. Bodyguard apoo kiri kanan bodyguard dia follow guna motorbike tu." Kecil sahaja suara itu namun masih terdengar oleh Syiraz.

"Diam." Tegas Syiraz. Aku memukul lengan Syiraz. Syiraz mengaduh kesakitan. Aku pukul taklah kuat sangat tapi dia je yang mengada lebih.

"Lemah." Ujar Emiliano. Cari pasal.

Syiraz menjeling tajam ke arah Emiliano. Jeling-jeling juga tapi agak-agaklah member tu bukannya nampak pun. Sibuk memandu. Merajuklah tu. Mana tidak, dah orang tu kena paksa. Siap main ugut lagi tu. So, lemahlah member tu dibuatnya.

Kereta yang dipandu oleh Emiliano berhenti di perkarangan hotel L'ius, Syiraz keluar dari perut kereta lalu berjalan menuju ke arahku. Huluran tangan Syiraz digapai olehku. Aku menuruni kereta itu secara perlahan dek kerana dress berwarna maroon yang tidaklah terlalu ketat melekat pada badan namun  menyukarkan sedikit pergerakkanku.

Kami berjalan bergandingan tangan menuju ke dewan serba mewah hotel itu. Orang ramai yang terdiri dari ahli keluarga, kenalan ternama serta rakan-rakan büyükanne turut hadir ke majlis sempena menyambut ulang tahunnya yang ke 62 tahun.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now