Chapter 11

835 47 4
                                    


Selimut tebal digengam erat. Mata ku masih dalam keadaan terkatup. Peluh merenik membasahi dahi. Badan mengeletar hebat.

Dalam bawah sedar, aku melihat diriku berada di dalam bathtub yang penuh dengan darah cair dengan keadaan kaki dan tangan ku diikat ke belakang. Mulut dicelotap. Air mata mengalir dengan deras. Meronta-ronta minta dilepaskan.

Tak lama itu, muncul seorang lelaki memakai mask hitam dengan anak matanya menikam tajam ke dalam anak mata aku. Tubuh tinggi lampai lelaki itu perlahan menghampiri sebelum dia melabuhkan punggung duduk di atas birai bathtub tersebut. Di tangan kanannya, dia memegang pisau tajam berbentuk melengkong. Dibawanya naik ke atas wajah ku dengan gaya seakan ingin menoreh pipi ku. Perlahan.

Mata ku terbeliak apabila pisau itu telah selamat ditusuk ke atas bahu kiri ku. Tindakan drastik lelaki itu membuatkan lelaki itu sedang puas mendengar suara jeritanku yang hampir terdengar dengan jelas walaupun dalam keadaan mulut ditutup. Semakin sakit apabila dia menekan dan memusing-musingkan anak mata pisau itu ke dalam bahuku.

Tak cukup dengan itu, dia bingkas bangun lalu masuk ke dalam bathtub dan duduk mencangkung di hadapan ku. Pipi ku dicengkam kuat oleh tangannya.

"Do you like it, Mia Bella?" Suaranya seakan meleret sebelum disertakan dengan suara tawa berganti tangisan kecil. Gila!

"Why?.. You don't like it, huh?!" Bentaknya tak berpuas hati kerana aku tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

Dengan rasa takut yang menghentam rasa. Aku mengangguk laju. Air mata aku turun deras sederas darah yang mengalir.

"You're liar!!" Jeritnya.

Sekali lagi aku mengelengkan kepala mencuba untuk menafikan ucapannya. Aku berusaha untuk berkomunikasi dengannya. Melihat keadaan ku itu, terbit rasa simpati yang terpancar dalam anak mata lelaki itu. Tidak kasar, tidak lembut dia mencabut celotap dimulutku. Terlepas satu nafas berat seakan ingin menjerit kerana kesakitan yang aku rasai saat ini.

Perlahan aku mendonggak memandang tepat ke arahnya.

"Please.. don't do this to me. There's plenty of way.."

Zappp!

Belum sempat aku meneruskan perkataan yang keluar dari bibirku, lelaki itu menikam pisau itu tembus ke jantung ku. Mata aku membuntang luas. Aku terbatuk-batuk. Darah pekat keluar dari mulutku lalu terhambur ke dada bidang lelaki itu.

Sesaat kemudian lelaki itu seakan sedar akan perbuatannya, lalu memegang wajahku dan menangis semahu-mahunya. Menyesal atas perbuatannya sendiri. Kepalaku dibawa dekat ke dalam pelukannya. Dia menjerit sekuat hati. Tanganku yang tadinya menahan dada bidangnya dari menghampiri tubuhku perlahan-lahan jatuh. Tidak bermaya lagi.

"Aira.. Bangun.. Kenapa ne?" Sapa seorang wanita. Mengejutkan aku untuk bangun.

Aku mencelikkan mata sebelum aku bingkas bangun lalu memeluk erat badan Madam Catherine. Sekali lagi aku menangis. Apa yang aku lihat dalam mimpi tadi seakan nyata.

Kenapa tak pernah habis benda buruk yang menimpa ke arah aku. Belum cukup dihantui di dalam mimpi kini aku kena berhadapan dengan situasi yang aku sendiri tidak faham salah dan silap ku dimana. Hari terakhir berada di bumi Italy ini sangat mencabar bagiku.

Madam Catherine mengelus lembut belakang badan ku, tak ubah seperti seorang ibu menenangkan anaknya. Wanita yang berada dalam dakapan ku ini usianya tak jauh beza dengan usia mama aku. Dalam lingkungan empat puluh-an macam tu.

"Dah, dah mimpi buruk je tu. Aira tidur tak cuci kaki ke petang tadi?"

"Petang tadi?"

"Haa aa, sekarang dah waktu malam dah. Mr. Ace suruh keluar kan tadi tapi memandangkan Aira tidur jadi Mr. Ace suruh biarkan je Aira tidur." Ujar Madam Catherine, seakan faham reaksi keliruku. Aku mengangguk faham.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now