Chapter 4

1K 53 2
                                    


    

               Dunia ku saat ini seakan berhenti berputar. Jarum jam seakan berhenti berdetik. Ombak seakan terjeda. Keadaan disekelilingku semuanya terhenti. Tiada sebarang pergerakkan yang ditunjukkan. Sistem dalam anggota badanku juga sepertinya sudah tidak berfungsi lagi. Aku bahkan tak pasti sama ada jantungku masih berdenyut lagi ataupun tidak.

Aku seolah olah seperti patung mannequin yang sedari tadi tidak bergerak sama sekali. Statik. Entah berapa lama aku berkeadaan seperti itu.

Anak mataku melihat dengan jelas pergerakkan pantas pisau itu, kedudukannya tepat menuju ke arah dahiku yang licin ini. Saat itu juga aku menutup mata seerat eratnya. Bibirku ketap dari menghamburkan tangisan. Air mata mengalir deras seakan akan faham dengan kata hati. Otak aku dah tak dapat nak memikirkan jalan keluar. Andai saja tadi aku memilih untuk menuruni tangga pasti aku tidak akan terjebak disini dan sudah pasti aku akan selamat dari ketiga tiga lelaki yang berada jauh di hadapan aku. Malang tidak berbau, nasib tak menyebelahiku kini.

Aku pasrah jika hari ini adalah hari terakhir aku menghembuskan nafasku dan jika disinilah pengakhirannya, aku rela. Walaupun sebenarnya aku separuh rela. Bayangkan diusia yang masih muda ini, belum sempat aku ingin meraikan hari kelahiranku yang ke dua puluh tujuh tahun pada tiga bulan dari tarikh sekarang, riwayatku akan ditamatkan dengan cara begini. Dengan cara yang sangat tragik. Dibunuh oleh tiga orang lelaki yang aku langsung tidak mengenali mereka. Dendam kesumat apa yang mereka simpan sehingga mereka sanggup memperjudikan nyawaku.

Sebelum aku pergi buat selama lamanya, sekurang kurangnya bagitahulah aku dulu, kesalahan apa yang aku dah buat. Jika benar ada yang terguris hati dengan kata kataku atau dengan tindakanku, maka selesaikanlah dengan cara yang rasional.

Ingat dengan main bunuh bunuh ne, masalah boleh selesai ke?

Kalau pun masalah itu selesai di dunia, tapi belum tentu akan selesai diakhirat nanti. Tak takut dengan azab Allah SWT ke? Dosa membunuh bukan boleh dibuat main main.

Ibarat hutang nyawa dibalas dengan nyawa.

Makin deras air mataku mengalir mengenangkan nasib diri yang malang. Aku baru sahaja hampir pulih dari penyakit PTSD, belum sempat aku hendak mengecapi kebahagian, kejadian ini pula yang terjadi menimpaku.

Aku tahu, dunia ini hanya tempat sementara bahkan aku tak layak berfikir untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia yang fana ini. Andai kata kita berjaya mengecapi kebahagiaan itu ianya pasti akan bersilih ganti dengan kesedihan, kekecewaan dan kepahitan ujian hidup.

Nothing is permanent in this world!

Sebab Allah taknak kita terlalu leka mengejar dunia dan dari cara itulah Allah ingin mendidik hati kita agar sentiasa berbalik semula kepadaNya, Sang Pencipta.

Zapp!!

Peluput telingaku jelas menangkap bunyi pisau yang berlaga dengan objek besi yang lain. Aku membuka mata luas kemudian aku menundukkan pandangan ku ke arah lantai sebelah kananku.

Pisau rambo milik lelaki salah seorang berbaju lampu isyarat itu telah selamat jatuh menyembah lantai manakala disebelahnya pula terdapat satu pisau yang unik.

Saat itu aku merasakan ada aura yang tidak seharusnya dan tidak sewajibnya ada disini. In this moment! Bulu romaku meremang. Seram sejuk aku dibuatnya. Perlahan aku menoleh ke arah sebelah kiri ku.

Lelaki misteri. Lelaki yang aku tidak tahu bagaimana caranya dia berada disitu. Adakah dari tadi dia berada di atas kapal persiaran ini? Menyaksikan semua yang terjadi dari awal aku sampai ke sini? Biar betiq! Tapi semasa aku berada di sini, aku tak nampak kelibat sesiapapun. Mungkin aku tak check tempat ne sepenuhnya tadi atau mungkin dia mengetahui jalan rahsia, shortcut way?

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now