Chapter 44

411 31 0
                                    

               

             Perjalanan menuju ke rumah Syiraz sebenarnya tidak jauh dari rumah Madam Catherine, hanya mengambil masa 20 minit saja untuk sampai ke sana.

Tiba saja di perkarangan, mulutku melopong tatkala melihat rumah dua tingkat itu. Seni bina yang agak moden itu mengamit pemandangan nian mewah namun masih terlihat sederhana.

"Sayang..Jom masuk." Syiraz keluar lalu membuka pintu di bahagian penumpang lalu mencempung badanku dibawa masuk ke dalam rumah.

Dua orang lelaki keluar dari rumah lalu meluru ke arah kereta dan mengambil luggage kami. Mereka juga turut masuk ke dalam rumah.

"Awak..Anak buah awak pun stay kat sini juga ke?" Soalku binggung. Sewaktu mereka masuk ke tempat perumahan ini, kereta yang dipandu oleh anak buah Syiraz menuju ke rumah masing-masing.

Rumah Syiraz terletak di antara tengah-tengah namun tidak padat dan bercampur dengan rumah anak buahnya kerana di sekeliling rumah Syiraz itu dipenuhi dengan hutan belukar.

Syiraz mengangguk sekali.

"Sayang.." Tiga orang pekerja dibawah Syiraz tampil ke hadapan. Seorang perempuan manakala dua orang lelaki.

"Ne Eimelda, Luth and Seth." Syiraz memperkenalkan nama anak buahnya. Mereka menyambut dengan kepala diangguk dan senyum tersipu malu. Siapa lagi kalau bukan kembar dua ekor tu. Mengada.

Eimelda menyiku perut Luth. Kuat.

Luth mengaduh kesakitan.

"Twin?" Soalku kepada kembar itu. Patutlah tadi tengok muka mereka berdua ne agak seiras. Rupa-rupanya mereka berdua ne kembar.

Luth dan Seth mengangguk.

"Nice to know you Mrs. Ace." Ujar mereka bertiga serentak.

"Just Aira." Ujarku kepada mereka bertiga.

"Ouhh Aira.. Sedap nama." Luth bersuara lagi. Dia tersengih namun tatkala anak matanya bertembung dengan anak mata Eimelda, dia jadi kecut perut.

Seth menolak bahu adiknya, kuat.

Sekali lagi dia mengaduh kesakitan. Kena buli dua kali dalam masa sehari. Tak tahu lah berapa banyak kali dia kena buli tu.

"Ingat tunang kau Luth." Syiraz mengingatkan anak buahnya. Luth tersengih seperti kerang busuk.

"Tunang?" Soalku pelik.

"Ne, my fiance." Luth menunjuk ke arah Eimelda. Eimelda menyimpul senyuman tapi ditahan. Alahai, malu-malu pula dia.

"I see.. Cantik tunang awak." Puji aku. Dua-dua sama cantik sama padan.

"Sayang.. Buat sementara waktu ne, Eimelda akan teman awak dekat rumah if aku takda kat sini."

"Awak nak pergi mana?"

"Kerja.. Sayang.." Aku mengangguk.

"Mr. Ace dan Aira rehat-rehat lah dulu. Nanti barang ne Seth akan bawa naik atas." Ujar Luth. Nama abangnya pula yang dipetiknya. Seth hanya mengeleng-gelengkan kepala. Malas nak layan kerenah adiknya itu.

Syiraz mengangguk lalu membawa aku masuk ke dalam lift untuk naik ke tingkat dua. Master bedroom ada kat tingkat dua katanya.

"Awak, yang mana satu abang yang mana satu adik? Luth ke Seth?" Soalku ingin tahu.

"Seth abang."

"Ouh.. Seth tu single lagi ke?"

Syiraz merenung anak mataku dengan riak wajah.. Cemburu.

His Remedy of Life [OG]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ