Chapter 10

868 45 3
                                    


"I know what you are thinking, right now." Dia senyum sinis.

"Huh?"

"Mia bella, you're so easy to read." Dalam nada meleret dan sinis.

"Is it?" Ajukku dengan nada buat-buat berani. Tangan sedia disilang ke dada. Dia tahu ke aku nak paksa-rela buka mask yang dia pakai sekarang?

"Don't. You. Dare." Perlahan-lahan dia menghampiri aku.

Entah kenapa keberanian aku semakin lama semakin mengendur apabila dia sekarang memainkan peranan 'He's the one who's in control this situation!' Aku menelan air liur kasar.

'Haaa tadi kemain berani, sekarang pandai pula cuak. Padan muka kau Aira. Matilah aku, apa dia nak buat ni' Gumamku sendiri. Hati sedang berkecamuk dengan pelbagai emosi.

"Stop!" Jeritku sambil kedua tangan ku angkat, tanda berhenti dibuat. Saat ini aku tak mampu nak menahan emosi takut.

"Why should I?"

Belum sempat dia datang mendekatiku, aku terus berlari menuju ke dalam bilik. Aku mengunci pintu dari dalam.

Di sisi lain, Mr. Ace terlihat senyum puas kerana berjaya mengusikku.

••¢••

'Kenapa macam takda orang dekat dalam rumah ne? Mana semua orang? Madam Catherine pun tak nampak mana kelibat dia?' Soalku perlahan.

Aku dah rasa tak sedap hati sekarang. Rumah ne dah macam rumah hantu dengan cat warna hitam yang agak suram dan menyeramkan. Aku terpandang ke arah satu lorong kawasan dalam rumah ini.

Di setiap dinding dihiasi dengan simbol besar metal-salji berwarna kelabu. Sesuai dengan warna hitam sebagai background nya.

Di hujung lorong itu ada sebuah bilik, pintunya agak sedikit terbuka. Aku kuatkan hati untuk masuk walau sebenarnya tindakan aku itu tidak seharusnya dilakukan.

Perlahan aku membuka pintu itu. Aku lihat di dalamnya tiada apa-apa perkara yang mencurigakan. Ruang ini lebih kepada ruang kerja. Ada meja kerja yang bertentangan dengan sofa dan meja kaca. Aku tergaman seketika, melihat almari buku yang ketinggiannya sampai ke atas syiling. Pelbagai jenis buku yang aku sendiri tak faham bahasa apa. Hanya ada satu bahagian yang ditulis 'English Section'.

"Perché stai inseguendo quella ragazza!" (Kenapa kau kejar perempuan tu?!)

Aku tersentak setelah mendengar suara pekikan itu. Kenapa bunyi tu seakan dekat sehingga aku jelas mendengarnya walaupun aku tidak memahami setiap patah perkataannya.

Akhirnya aku temui!

Bunyi itu muncul dari dalam bilik rahsia dalam ruang kerja itu. Pintu aku buka sedikit untuk melihat.

Membuntang mata aku apabila melihat Mr. Ace sedang menyoalsiasat atau lebih tepatnya sedang mendera seorang lelaki. Aku tak nampak dengan jelas wajah lelaki itu kerana Mr. Ace membelakangi aku sementara posisi lelaki itu sedang diikat kakinya ke atas manakala kepalanya berada di bawah. Umpama kena ikat panggang pula gayanya.

Bila lelaki itu tidak mengeluarkan suara, Mr. Ace menumbuk wajahnya bertubi tubi sehingga keluar darah pekat dari bibir dan juga hidung lelaki itu.

"Chi è il tuo capo? Chi ti ha mandato ad attaccare quella ragazza?" (Siapa boss kau? Siapa hantar kau serang perempuan tu?)

Lelaki itu tertawa terbahak-bahak, dia meludah ke arah Mr. Ace namun tidak kena. Akibat geram dengan tindakan lelaki itu, Mr. Ace mengambil pisau Gerber Mark nya lalu ditorehnya pipi lelaki itu. Setitik demi setitik darah mengalir dari pipi.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now