Chapter 12

816 43 3
                                    

        

           "Cantik.." Aku membelek-belek dress labuh berwarna hitam lalu dipadankan dengan shawl satin berwarna hitam.

Dua puluh minit yang lalu, Madam Catherine menghantar sepersalinan lengkap untukku. Katanya untuk dipakai waktu aku keluar dengan Syiraz.

Awalnya aku tak kenal siapa Syiraz tapi bila dipikir-pikir, hanya lelaki itu saja yang mengajakku keluar. Lelaki yang pertama kali aku jumpa semasa kejadian dekat atas cruise tempoh hari.

Pertemuan yang sebolehnya aku hendak elakkan. Tapi sayang, takdir mengatakan yang sebaliknya. Boleh pula terjumpa semula dan yang lebih mengejutkan lagi tatkala aku mengetahui, lelaki itu merupakan kawan rapat kepada Emiliano.

Jadi, mereka berdua itu merupakan kawan sekaligus merangkap kepada pekerja Mr. Ace?

"Aira.. Aira dah siap? Kalau dah siap, Syiraz suruh turun sekarang." Suara Madam Catherine bergema dari luar bilik.

Purse style clutch berwarna silver diambil, itu pun Madam Catherine yang bawa tadi atas arahan dari lelaki itu. Complete! Dia seakan tahu bahawa aku menyukai penampilan yang simple yet elegant.

Aku kurang suka dengan jenis penampilan yang terlampau vogue or to be more specifics, gaya yang terlampau menarik perhatian jika dipandang. Penampilan seperti itu tak sesuai langsung dengan citarasa aku. Aku lebih suka penampilan yang sedap mata memandang tapi masih cantik bila digayakan.

   
••¢••

Keluar saja dari perut lift yang menuju ke arah bahagian tempat letak kenderaan. Kaki aku melangkah setapak demi setapak menuju perlahan ke arah lelaki yang sedang berdiri di sebelah keretanya yang membelakangi aku.

Nervous!

Aku memperbetulkan ton suara, berharap dia memusingkan badannya ke arahku.

Yup. He did that!

Dia memandangku dengan reaksi yang agak sedikit kagum. Tak sampai seminit dia memalingkan wajah memandang ke arah kanan. Tak mahu menatapku lama-lama.

Terkedu agaknya.

Dia diam seketika sebelum senyuman nipis diukirkan di tepi bibirnya, itupun hanya sesaat sebelum wajahnya bertukar jadi beku. Dia memandang ke arah aku semula dan berjalan menghampiri aku.

Tangannya menyeluk poket seluar lalu dia mengeluarkan kotak baldu. Dia membuka kotak baldu itu lalu diambilnya seutas gelang tangan berbentuk hati.

Minimalist yet Gorgeous giler!

Bebola mata aku bergerak mengikuti rentak tangannya. Aku jadi gugup tatkala tangannya menggapai perlahan tangan kanan aku lalu dipasangkan gelang itu dipergelangan tanganku.

'Cantik!' Desis hatiku.

Aku mendonggak memerhatikan wajahnya yang sedang ralit memasangkan gelang itu. Alahai tiba-tiba aku rasa nak terajang je dia ne. Sepatutnya situasi macam ne jadi romantik, tapi.. disebabkan dia dengan wajah selamba dan beku dia tu membuatkan aku tak rasa pun feeling-feeling romantik tu.

Mujurlah bukan suami aku. Kalau tidak.. Memang dah lama aku ganyang-ganyang muka beku dia tu!

"Kita nak pergi mana?" Soalku setelah dia selesai memasangkan gelang itu ke pergelangan tanganku.

"Just wait and see." Jawabnya sambil membukakan pintu kereta bahagian pemandu. Setelah lelaki itu selesai memasangkan gelang dipergelangan tanganku lelaki itu terus berjalan menghampiri pintu pemandu. Dia terus meluru masuk ke dalam perut keretanya.

Haa.. Apa? Beranganlah tu nak kena layan macam princess, konon-kononnya Prince Charming tolong bukakan pintu kereta untuk kau. Tak payah! Memang taklah si Syiraz tu akan buat macam tu. Dia bukan Emiliano, ok?

His Remedy of Life [OG]Место, где живут истории. Откройте их для себя