Chapter 47

422 34 2
                                    

          
                

              Syiraz membuka ikatan kain warna kelabu yang menutup mata aku. Syiraz kemudian menundukkan sedikit wajahnya lalu berbisik ke telinga ku.

"Open your beautiful eyes, Mia bella." Syiraz mengoyakkan senyuman tipisnya. Dengan perlahan aku membuka kelopak mata, penglihatan aku agak sedikit silau dek kerana terangnya cahaya yang menyinari tepat ke arah kami. Seketika semuanya terlihat jelas di retina mataku. Di hadapan aku kini ada seorang wanita yang sedang berdiri di samping dua orang lelaki berseragam hitam kemas seakan menyambut kedatangan kami.

Kepala mereka agak sedikit tertunduk. Syiraz berjalan menapak ke hadapan. Dia meletakkan tapak tangannya pada screen pengimbas. Selesai saja mesin itu mengimbas, bunyi siren nyaring terdengar dari arah luar.

Ace Louis's here!
Back to the position!
Back to the position!
Back to the position!

Wanita itu memberi laluan untuk kami masuk, kepalanya masih menunduk begitu juga dengan kedua orang lelaki itu. Tatkala VVIP ada berhampiran dengan mereka, mereka tidak dibenarkan untuk melihat wajah VVIP kerana hal itu boleh menjejaskan diri mereka sendiri andai terjadinya pecah amanah iaitu melanggar salah satu syarat The Rules of Ace Louis.

Etika pekerja dibawah pengurusan The Ace Louis

1. Identiti VVIP tidak boleh diketahui
2. Tutup muka atau tundukkan kepala ketika berada di hadapan VVIP
3. Laksanakan tugas dengan teliti dan cekap
4. Bertindak pantas jika VVIP memerlukan kakitangan untuk mengantikan posisi mereka
5. Sebarang kecuaian haruslah ditanggung seratus peratus oleh si pelaku
6. Gagal dalam melaksanakan tugas atau menepati syarat pada awal perjanjian akan dikenakan hukuman yang berat tanpa terkecuali

Melangkah saja masuk ke dalam bangunan itu, Dua belas orang lelaki yang berpakaian serba hitam-kelabu dengan separuh wajah mereka ditutupi dengan mask berwarna silver itu berbaris menjadi dua bahagian. Di bahagian kanan dan kiri, masing-masing terbahagi kepada enam orang.

"Sayang, This is Ace Louis's man." Syiraz menundukkan sedikit kepala nya menyamai ketinggian aku yang sedang duduk di kerusi roda itu. Mata aku memperhatikan mereka satu persatu.

"Intro yourself." Ujarnya kepada ahli kumpulannya seraya berdiri tegak. Penuh karisma.

Lelaki yang berada pada kedudukan yang paling hadapan itu tampil lalu membuka mask-nya.

"I'm AL04, Fernandes L." Dia lalu menundukkan sedikit wajahnya setelah mata kami bertembung seketika.

"He's the.." Sambil jari telunjukku menuding ke arahnya kemudian laju saja jari itu dibawa ke daguku.

"Guy on the heli in that day." Cantas Syiraz. Dia tahu apa yang isterinya itu maksudkan. Aku mengangguk kecil.

Seorang lagi lelaki menurunkan sedikit mask-nya, "AL05, Luca" Ujar lelaki itu mendatar. Sama! Lelaki yang ada masa Syiraz menyelamatkan aku dulu. Luca dan Fernandes ada pada waktu itu.

"Mrs. Ace, Saya Aisy Zafran. Code AL06. Nice to meet you Mrs." Ujar lelaki itu ramah. Segaris senyuman terbentuk elok dibibirnya. Aku mengangguk kecil.

His Remedy of Life [OG]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang