Chapter 33

610 36 0
                                    

                     Hari yang paling bermakna dan bersejarah telah pun tiba. Dalam beberapa jam je lagi status aku akan berubah menjadi isteri kepada Arshan Syiraz.

Di hadapan cermin ini, aku duduk sambil disolek oleh juru hias. Pakaian nikah yang serba putih itu terlihat indah pada sepasang mata aku.

"Masya Allah, cantiknya anak mama ne." Ujar mama dengan nada sebak bercampur terharu sejurus juru hias itu selesai dengan tugasnya.

Aku memusingkan badan aku yang sedang duduk di atas kerusi roda menghadap mama. Dalam hati sempat aku mengucapkan 'Hadha Min Fadhli Rabbi'. Sesungguhnya segala pujian dan kurniaan itu milik Allah.

Mama mencapai kedua pergelangan tangan aku.

"Ma, kenapa mama sedih? Mama tak suka Aira nikah?" Soalku hairan tatkala melihat wajah sedih mama.

"Eh, ke situ pula dia ne. Ne bukan riak wajah sedih sayang, ne riak wajah gembira. Orang kalau happy sangat confirm kena nangis."

"Pulak dah. Ikut suka mama lah.. Oh ya, mana mak ngah dengan maksu mama?"

"Ada je dekat ruang tamu tu. Diaorang tengah nak ke masjid dulu. Dah, jomlah nanti terlambat pula kita sampai. Kesian bakal suami tunggu Aira lama-lama."

"Biarlah dia tunggu lama. Tu balasan dia sebab hari tu dia lambat datang dekat butik pengantin. Aira tunggu dia 2 jam tau kat sana. Nasib baik ada makngah yang teman kan." Aku teringat pada hari kejadian dimana Syiraz terlambat untuk datang teman aku dan makngah pergi ambil baju pengantin dan baju sanding dekat butik Marwadah tempoh hari.

"Hish, budak bertuah ne.. Syiraz terlambat dua jam je pun. Plus, dia dah bagitahu Aira awal-awal kan yang masa tu dia dekat luar tengah settle kan kerja dia."

"Mama ne, suka sangat bela dia tu. Belum jadi menantu lagi dah lebih kan dia daripada anak sendiri." Rajukku. Dua jam tu lama tau boleh pula mama mengintonasikan 'dua jam je pun'.

Tak patut sungguh!

"Ya Allah, budak ne kan.. Sedar diri sikit tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. Jangan nak mengada-ngada, nanti kang.. Buatnya si Syiraz tu cari perempuan lain, menangis tak berlagu lah anak mama ni."

"Apaa mama ne.." Sempat sepasang mata aku melirik dua tiga orang juru hias itu tersengih-sengih mendengar usikan mama itu.

"Haa.. Tahu pun takut. Dah jom keluar sekarang." Mama menyorong kerusi roda keluar dari rumah kemudian aku dipapah masuk ke dalam kereta.

Tepat pukul sembilan pagi, masjid Al-Iman telah dikerumuni oleh sanak-saudara yang menghadiri majlis akad nikah aku dengan Syiraz yang sederhana itu.

Aku yang kini berada tak berapa jauh dari meja tok kadi dan yang seangkatan dengannya, Pakngah selaku wali duduk bersetentangan dengan Syiraz.

Pertama kali aku melihat Syiraz memakai baju melayu lengkap serba putih. Segak. Seketika, mata aku bertembung dengan sepasang anak mata lelaki itu. Aku menundukkan kepala kerana tak mahu berlama-lama dalam keadaan seperti itu. Perasaan aku mulai gementar. Jantung berdegup kencang. Tangan aku mulai berpeluh. Seluruh tapak tangan aku dingin.

"Dah sedia?" Suara tok kadi itu bergema digegendang telinga aku. Aku mengangkat sedikit wajah aku.

Serentak itu pakngah dan Syiraz mengangguk.

Dimulai dengan doa serta sedikit tazkirah dan arahan yang perlu dilakukan nanti saat sesi akad nikah. Setelah memahami apa yang perlu dilakukan sebagai seorang wali, pakngah berjabat tangan dengan Syiraz.

"Arshan Syiraz..." Suara pakngah terdengar sayup-sayup sehinggakan suara itu tidak terdengar lagi. Sunyi.

Jarum jam seakan terhenti di minit, di saat itu juga. Langsung tiada sebarang pergerakan yang dilakukan. Dunia seakan bertukar menjadi beku.

His Remedy of Life [OG]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz