Chapter 32

576 30 2
                                    

              Makan malam diadakan di Hotel L'ius. Seperti biasa, idea tempat untuk makan selalunya mama yang akan cadangkan dan kami hanya mengikuti saja.

Cadangan mama tak pernah mengecewakan bila berkaitan dengan tempat makan dan juga makanan yang akan kami jamah nanti sebab itulah pakngah dan paksu teruja sangat bila sebut tentang makanan.

Setelah sampai ke tingkat 32 bangunan itu, kami masing-masing duduk di kerusi. Bangunan yang memaparkan pemandangan luar yang penuh gah dengan bangunan-bangunan yang tinggi serta lebuh raya itu menggamitkan lagi perasaan rindu terhadap negara sendiri.

Sewaktu kami masuk ke aras ini, langsung tiada siapa yang berada disini. Kosong.

"Ma, kat sini memang takda orang ke?" Soalku kepada mama.

"Ada orang tempah khas untuk kita je. Baikkan hati orang tu."

"Aa aa.. Jangan tanya mama siapa sebab mama pun tak tahu siapa." Cantas mama. Mama seakan-akan tahu apa yang akan aku soalkan kepadanya.

Beberapa minit kemudian, cermin kaca bangunan itu kelihatan ditempiaskan oleh titisan air hujan yang mengerimis. Tak lama lagi hujan akan turun dengan lebat.

Pesanan makanan dibuat. Masing-masing tengah menggelupur nak makan terutama sekali yang dua orang Drama King tu, Pakngah dan Paksu.

Maksu yang gemar menjadi pemerhati itu hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah suaminya. Terbit rasa kelakar di hatinya.

"Ibu, tengok ayah tu. Perangainya mengalahkan Risya yang masih budak-budak ne." Ujar anak bongsu maksu. Maksu ada dua orang anak, anak yang sulung ialah abang Hans. Abang Hans tak ada sekarang ne, katanya waktu aku bernikah barulah dia balik ke Malaysia sebab isteri dia, kak Najwa minta cuti sehari sebelum tarikh nikah nanti.

"Biarlah adik. Ayah kamu tu kalau dah jumpa geng dia memang tak ingat langsung dah umur tu dah berapa."

Aku yang duduk tidak jauh dari maksu, senyum tatkala mendengar luahan hati dua beranak itu.

"Ne lagi tiga hari tarikh pernikahan kamu berdua. Dah siap dah semua? Ada yang tertinggal apa-apa tak? Kalau ada nanti paksu tolong mana yang patut." Ujar paksu setelah kami semua selesai memesan makanan.

"Alhamdulillah semua dah selesai." Ujar Syiraz.

"Eh cepatnya."

"Dia main tekan-tekan jari and beri arahan je pakcik." Ujar Emiliano.

"Ouhhh" Paksu memanjangkan 6 harakat sebutan 'ouh' itu.

Jeda. Seketika dia tersedar akan sesuatu.

"But how?" Paksu tak sangka secepat itu. Bahkan ada satu perkara yang dia tak tahu. Paksu belum tahu lagi mengenai apa pekerjaan Syiraz dan dia tak rasa Syiraz tu pemuda yang biasa-biasa.

Dari segi penampilannya saja sudah membuktikan bahawa Syiraz seorang yang berkerjaya. Bahkan sekarang pun pemuda itu menggunakan kot berwarna biru pekat serta kemeja berwarna putih.

Postur duduknya yang sentiasa tegak itu melambangkan dia seorang yang sangat berkeyakinan tinggi serta berwibawa. Ditambah dengan aura dingin pemuda itu yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mengganggunya akan kecut perut. Gerun.

"Eh, salah soalan. Syiraz kerja apa?"

Emiliano yang seakan tidak senang duduk itu memandang ke arah Syiraz dengan reaksi yang sukar dijangka dan hal itu membuatkan aku tak sengaja pandang.

Timbul rasa hairan dihatiku. Kenapa dengan reaksi Emiliano yang seakan orang yang baru kantoi membuat kesalahan.

Aku memandang ke arah Syiraz. Ingin melihat tindakbalasnya. Namun sayangnya, Syiraz hanya tenang saja.

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now