Chapter 34

537 32 1
                                    

          

          Kereta yang dipandu oleh Emiliano kini menapak di perkarangan Hotel L'ius. Syiraz keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah bonet kereta tersebut. Dikeluarkannya kerusi roda kemudian dia membuka pintu belakang penumpang. Terpampang wajah ceria Aira Inaya. Syiraz hanya mengelengkan kepala melihat gelagat isterinya itu.

Dia baru tahu sisi isterinya yang satu itu.

Hairan kan, kenapa aku boleh ada dekat situ?

Ada ke patut semasa kereta yang dipandu oleh Emiliano sudah meninggalkan perkarangan rumah mama, aku terasa berat hati nak berjauhan dengan Syiraz.

Astaghfirullahal'ahzim. Mengadanya kau Aira Inaya...

Tanpa membuang masa, telefon canggih dikeluar, nombor telefon Encik Suami dicari. Jangan tanya kenapa aku letak nama Encik Suami tu dekat Whatsapp.

'Awak patah balik. Ambil saya. Saya nak ikut.'

Seminit
Dua minit
Tiga minit

Terasa berdebar pula tunggu dia ne balas whatsapp aku. Takut pula kena marah nanti sebab Syiraz ada pesan sebelum pergi tadi dia suruh berehat-rehat je dekat rumah. Tapi masalahnya sekarang kenapa dia balas lambat sangat? Boleh tak benda ne jadi topik pergaduhan nanti? Gaduh sebab lambat tiga minit balas whatsapp.

'Otw.'

Masuk sahaja mesej dari Encik Suami, berbunga-bunga pula rasa dihati. Cepat je hilang mood nak merajuk tu. Terasa dihargai  walaupun Syiraz hanya balas sepatah. Tapi kira baguslah tu daripada dia tinggalkan dua garis biru saja. Haru kite.

Sepuluh minit kemudian, kereta muncul dihadapan perkarangan rumah mama. Syiraz keluar dari kereta lalu memapah aku masuk ke dalam perut kereta.

"Terima kasih." Senyuman paling ikhlas dilemparkan ke arahnya. Bersyukur sebab Syiraz bukan jenis yang banyak songeh.

"My pleasure Mia Bella. Anything for you." Syiraz mengusap lembut kepala aku yang berlapik tudung itu.

Mendengar saja ayat itu meluncur dibibirnya membuatkan wajahku berona merah. Bibir dikemam rapat. Haih lah perangai, baru sekejap je tadi status sudah bertukar jadi isteri dah timbul perangai mengada macam ne.

Emiliano yang menjadi orang ketiga terasa loya anak tekak melihat gelagat suami isteri yang tak bertauliah itu. Ada juga yang muntah hijau ne nanti. Tahulah dah halal tapi hormatlah sikit dekat orang single ne. Emiliano mengambil ear bud lalu dipasangkan pada kedua belah telinganya. Lagu Treat You Better by Shawn Mendes dibesarkan di peluput telinga.

Lebih baik layan perasaan daripada mendengar ayat yang bakal keluar dari mulut Syiraz selepas ini. Syiraz tu bukannya jenis yang dapat dijangka. Dia ingatkan sahabat baiknya itu, jenis malu-malu kucing. Rupanya, hampeh!

Dari mana entah, Syiraz belajar mengula-gulakan ayat tu? Bercinta pun tak pernah. Agak-agaknya mamat ne tertelan seguni gula semasa kecil gamaknya sebab tu dia banyak berdiam diri kononnya nak nampak dingin tapi sebenarnya dia takut rahsianya yang satu itu pecah.

Mengenangkan hal itu membuatkan Emiliano ketawa. Akal jahatnya bermaharajalela. Stock untuk membahan Syiraz sedang bertimbun. Empat biji mata yang memandangnya dibelakang tidak dihiraukannya.
















Para penyambut tetamu serta pekerjanya yang lain berbondong-bondong menyambut pemilik hotel itu dengan ramah. Siapa sangka pemilik hotel itu akan mendedahkan identitinya selama bertahun-tahun tidak keluar dari 'tempat persembunyiannya'.

Dia diibaratkan seperti bayang-bayang yang tidak dikenalpasti siapa pemiliknya.

Dan hal yang lebih mengejutkan mereka ialah pemilik hotel itu merupakan seorang pemuda yang berasal dari Italy, mereka ingatkan pemiliknya selama ini berasal dari warganegara Malaysia sendiri. Rupanya sangkaan mereka meleset. Tak hanya kedatangannya saja yang mengejut, akan tetapi berita tentang perkahwinan pemuda itu kini sudah menjadi buah mulut orang.

His Remedy of Life [OG]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt