Diam antara mereka. Telefon di tangan sudah tidak menarik minat Waseem lagi. Letak tepi. kepala menoleh pandang Wareesa.

Cantik dan manis sahaja isterinya. Ayu pula tu. Dalam rumah pun masih bertudung sarung. Makin dia pandang, makin manis pula si isteri. Ambil kerlipan mata baharu, Wareesa jadi makin menarik lagi. 

Dari meniarap, Waseem ubah duduk. Mata pandang tangan Wareesa yang tak henti lakukan kerja. Tak kekok. Kemudian, naik matanya memandang wajah Wareesa pula. Bila Wareesa menoleh sama, Waseem senyum.

"Kenapa?" Soal Wareesa. Berkerut dahi, namun bibir senyum. 

"Reesayang cantik." Pujian yang tiba-tiba daripada Waseem itu buat Wareesa gigit bibir bawahnya. Jelas malu. 

"Sekarang, Reesayang seksi." 

Laju tangan Wareesa naik memukul peha Waseem. Pap jelas bunyinya. Pedih! Tapi Waseem boleh bantai gelak bahagia. Pasrah Wareesa jadinya.

"Tak betul ke? Orang pukul, dia boleh gelak pula." Menggeleng Wareesa.

"Alah. Kalau Wareesa Jameela puncanya, memang tak betul tu jadi perkara biasa." Pick-up line satu. Lancar! Smooth!

Sembunyi senyum, Wareesa geleng malu. Tutup malu.

"Sweet talker." 

Waseem merapat. Mahu berbisa.

"Only with you." Dan lancar tangan Waseem melurutkan tudung dari kepala Wareesa. Tak peduli dengan jerit terkejut Wareesa. Lagi dia tambah gelak bahagia ada lah.

"Ish! Awak ni! Jangan lah!" Tangan Wareesa merampas tudung dari tangan Waseem. Merah wajahnya. Malu sungguh dia! Waseem pun selamba aje. Dah berdua ni, makin liar ya si Waseem Ahda ini. Liar buat rama-rama terbang dalam perutnya.

"Apa awak-awak ni? Hmm?" 

Mahu gugur jantung Wareesa dengar suara dalam Waseem. Tambah lagi, lelaki itu makin merapat dan selamba mengucup bahunya lembut berkali-kali. Eee! Sungguh lah Wareesa lemah dengan Waseem Ahda. Seram pula bila fikir dia perlu lalui perangai Waseem yang satu ini hari-hari nanti.

Wareesa nak menjauh, namun Waseem lebih cepat mengunci pergerakan Wareesa. Elok dia merangkul pinggang Wareesa.

"Jangan lah. Reesa nak buat kerja ni." Tangan Waseem di pinggangnya cuba dirungkaikan namun gagal. Macam biasa! Gagal sampai dia lelah nak cuba lagi. Hanya mampu pasrah. 

Dagu direhatkan di bahu Wareesa. Tak peduli dengan wajah Wareesa yang makin memerah. Memang itu yang dia mahu lihat pun. Dan memang itu punca dia jatuh setiap kali bersama Wareesa. 

Pipi merah. Hidung merah. Bibir merah. Siapa tak jatuh tertawan kalau begitu?

"Haih." Berat keluhan Wareesa. Makin berat bila Waseem menepuk perlahan perut kempisnya. 

Ya tuhan! Lelaki ini makin mengkucar-kacirkan rasa rama-ram dalam perut. Sumpah Wareesa seperti digeletek di skala empat!

"Waseem Ahda!" Wareesa siku Waseem.

"Wareesa Jameela." Waseem eratkan pelukan.

Wareesa pejam mata.

"Penat lah dengan rasa ni. Rasa nak pengsan ni, Seem." Adu Wareesa jujur. Berharap Waseem faham dia tak betah dan minta dilepaskan. Izinkan dia rasa normal semula boleh tak?

Waseem senyum. Berdebar jantung dengar pengakuan Wareesa. Yes! Isterinya tidak beku! Isterinya nak pengsan dek bahagia kerananya. Yes!

"Ayang pengsan..." Suara makin dalam. Bicara makin lembut.

Wareesa telan liur. Meremang bulu roma.

"Abang sambutkan." Pelukan makin erat.

Dan sumpah. Wareesa memang betul-betul pengsan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now