TENGKU DANISH memandang ke arah Uwaiz, Zein dan Zayn yang sibuk melayan anak-anak yatim di situ. Dia hanya duduk di bangku. Tak ada rasa mahu bercampur dengan mereka. Melihat anak-anak kecil di situ, teringat pula pada si kembar. Apa lah budak dua ketul itu sedang lakukan sekarang ini.

"Abang" Satu suara lembut dari arah tepi menyentakkan dia. Kepala dipusingkan menghadap susuk tubuh yang berdiri di tepi bangku tempat duduknya itu. Kening dijongket tinggi.

"Jom ikut Aaira sekejap" pinta Aaira perlahan. Tangan Tengku Danish ditarik.

"Nak pergi mana pula?" Tanya Tengku Danish hairan. Namun, dia turutkan saja ajakan itu. Dibiarkan tangannya ditarik Aaira.

"Ikut saja" balas Aaira perlahan.

Sampai di bilik tetamu, Aaira terus pusing dan mendepakan tangannya ke arah Tengku Danish. Spontan kaki lelaki itu melangkah setapak ke belakang apabila Aaira mendekat.

Aaira yang geram terus merapat. Tubuh tinggi itu dipeluk kuat seraya menepekkan pipi kirinya pada dada bidang Tengku Danish.

Tengku Danish terdiam tak berkata apa-apa. Tetapi tangannya masih bergerak membalas pelukan tersebut. Belaian lembut diberi. Belakang Aaira diusap tatkala telinganya mendengar esakan kecil.

"Abangg" panggil Aaira kecil. Tengku Danish hanya diam. Menunggu isterinya menyambung.

"Terima kasih tauu.. sebab bawak Aaira jumpa diorang semua. Abang baik gila! Tak tipuu.. Semua abang buat untuk Aaira. Aaira is terharuu" tutur Aaira bersama wajah cembeng. Bibir tercebik-cebik sedih.

Tengku Danish tersenyum nipis.

"Hmm.." Hanya itu dibalasnya. Tangan kecil Aaira naik memukul belakang tubuh Tengku Danish. Geram mendengar balasan pendek itu. Bibir makin dicebikkan.

"Ishh.. abangg. Aaira cakap terima kasih kann" Rengek Aaira lagi. Kaki dihentak geram membuatkan lelaki itu terlepas tawa kecilnya.

Ditahan tubuh Aaira yang bergerak-gerak. Kemudian barulah dia pandang wajah mulus si isteri. Tangan dibawa mengusap kepala yang dilitupi tudung itu.

"Kasih Aaira, sentiasa abang terima" ucap Tengku Danish lembut bersama senyuman manis. Bergetar iman Aaira melihat senyuman itu. Bukan selalu lelaki ini mahu senyum.

Tanpa sedar jari jemari halusnya naik menyentuh tepi bibir itu.

"Abang handsome" ucap Aaira perlahan dengan wajah kagumnya. Mata hanya terpaku pada bibir itu. Tengku Danish tergelak lagi sebelum perlahan-lahan merapatkan wajah mereka. Melekap rapat bibirnya pada bibir kecil Aaira. Dicium penuh perasaan.

Aaira agak kekok. Dia masih tak biasa lagi. Dibalas saja sikit-sikit. Mata terpejam rapat dengan kedua kening berkerut sedikit.

Kaki Aaira terjengket. Manakala kepala Tengku Danish makin menunduk ke bawah. Semakin mendalamkan ciuman mereka.

Tak lama kemudian, belakang suaminya ditepuk. Dia sudah kehilangan nafas.

Tengku Danish terus menjarakkan wajah mereka. Wajah merah Aaira dipandang. Dengan pipi merah, yang masih ada kesan air mata.

Subhanallah, bidadari dia ke ni?

Gigi terketap kuat. Aaira yang sedang mengatur nafasnya semula dipandang geram sebelum telapak tangan memegang sisi kepala Aaira. Didongakkan kepala itu sedikit lalu dicium segenap wajah mulus itu. Tepukan pada dadanya dibiar saja.

"Ab–bang"

Sempat digigit hidung kecil merah itu sebelum kepala Aaira dilepaskan. Aaira terkelip-kelip malu melihat wajah senang Tengku Danish. Bibir itu menyenget seksi.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now