Tengku Danish mengusap belakang Aaira lembut.

"Aaira mengidam? Nak makan apa?" Soalnya lembut. Aaira muncungkan bibir sambil jari telunjuk melukis bulatan kecil pada dada lelaki itu.

"Aaira teringin nak makan nasi dagang" Pintanya kecil. Hujung baju t-shirt yang dipakai Tengku Danish dibuat main dengan jari.

Diam.

Aaira masih menunggu balasan daripada suaminya itu. Tengku Danish meraup wajahnya dengan sebelah tangan menepuk peha Aaira lembut. Tanpa suara dia menyuruh gadis itu turun daripada ribanya. Aaira terpinga-pinga menurut. Namun, matanya langsung tak lari daripada menatap wajah si suami.

Terbit rasa kasihan apabila menangkap garisan penat pada wajah itu. Entah pukul berapa Tengku Danish tidur tadi. Sewaktu dia mahu melelapkan mata, lelaki itu masih sibuk menghadap komputer riba. Meskipun sudah berada di atas katil, sudah diajak Aaira untuk tidur bersama. Lelaki itu tetap mahu menyiapkan kerjanya terlebih dahulu.

Aaira hanya diam saja selepas itu. Nak merajuk pun tak boleh, sebab Tengku Danish tolong dodoikan dia juga sampailah dia masuk ke alam mimpi.

Bibir dikemam rapat. Tengku Danish yang mahu turun daripada birai katil ditahan.

Tengku Danish menaikkan sebelah keningnya tinggi. Dalam samar-samar lampu tidur mereka, dia masih boleh nampak buah reaksi yang terhasil di wajah itu.

"Erm.. Tak apa lah abang. Dah malam sangat ni. Abang mesti penat kan? Sudahlah abang tidur lewat, lepastu kena layan Aaira lagi. Aaira tak nak menyusahkan abang. Aaira tak teringin sangat pun sekarang. Siang-siang esok abang boleh belikan. Hah! Kalau abang sibuk esok, Aaira boleh keluar pergi beli sen-- Auchh!"

Permukaan dahi yang sakit ditekup dengan tapak tangan seraya memandang ke wajah Tengku Danish yang dekat dengan wajahnya. Tengku Danish memandang isterinya dengan wajah selenge.

"Pandailah nak keluar sorang esok. Kena culik dengan orang gila nanti padan muka. Sekali dengan anak abang terjebak sekali nanti" Kepala digeleng kecil. Mahu saja dipicit hidung isterinya itu.

Aaira mula cembengkan muka.

"Aaira boleh pergi dengan Zayn ke, dengan Waiz ke atau Zein" Tutur Aaira perlahan. Dia mula merapatkan dirinya dengan Tengku Danish. Saja mahu menggedik. Lagipun suaminya ini jenis yang melayan bini.

Siapa bini dia?

Aaira Hessa lah! Hew hew hew..

Tengku Danish menghela nafas panjang sebelum kembali memandang tepat ke wajah si isteri. Mata bening itu direnung.

"Suami Aaira siapa sekarang ni? Zayn?" Suara tegasnya mula menggelongsor keluar daripada bibir. Aaira terkaku buat seketika. Kemudian, dia menundukkan kepala. Memandang jari jemari halusnya sendiri.

"Jawab sayang. Zayn ke suami Aaira? Ke Waiz?" Soalnya sekali lagi. Kali ini, dikeraskan sedikit suaranya. Aaira pantas menggeleng sebagai jawapan.

"Habistu siapa? Zein?" Tanya Tengku Danish lagi. Aaira menggeleng. Kepala masih tertunduk ke bawah. Tengku Danish pandang gadis itu tajam.

"Suara mana? Angkat muka tu. Pandang abang. Abang tanya tadi, suami sayang siapa? Geleng-geleng tu abang tak faham" Mendengar lagi suara tegas itu, mata Aaira mula memanas.

"Abang suami Aaira" Jawab Aaira perlahan. Bibir melengkung sedih. Tengku Danish diam membalas tatapan mata bening itu. Bibir ditahan supaya tidak mengoyak senyum.

Terasa lucu melihat muka cembeng itu.

Wajah dikekalkan serius. Entah sejak bila dia ada mood nak mengusik isteri kecilnya ini.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now