Kemam bibir Wareesa dibuatnya. Rasa nak menjerit tapi kena sabar.

"Kita dating nak tak?" Pertanyaan Waseem buat Wareesa menoleh sekilas.

Diam, Wareesa fikir sekejap.

Sejak kes Cik Puan Tihani menghalaunya keluar seminggu yang lalu, sumpah Wareesa rasa dah tak seronok pulang ke rumah. Kalau ada Waseem bersama, dia akan okey. Jika tidak, memang dia akan murung sendiri.

"Berambus cepat sikit lah. Semak mata aku tengok kau dengan laki kau menumpang rumah aku ni."

Itu kata-kata yang Cik Puan Tihani lemparkan bila mereka terserempak di mana-mana kawasan banglo tiga tingkat itu.

"Tak cukup bawa sial, nak kikis pula harta orang. Dasar penyondol."

Tahan rasa Wareesa sekali lagi. Namun setiap satu ayat cacian itu disimpan kemas buat diri sendiri. Hanya Tuhan dan Cik Zee menjadi tempat luahan hati.

"Sayang?"

Tersentak Wareesa. Melayang terus kata-kata kejian Cik Puan Tihani dari ruang ingatan.

Pandang Waseem, Wareesa ukirkan senyum nipis. Tanpa kata kemudiannya Wareesa merapat kepada Waseem. Lengan Waseem dipeluk longgar sambil kepala elok jatuh di bahu lelaki itu.

Tidak kaget, Waseem hanya senyum. Walaupun baru berkongsi hidup dengan Wareesa, dia faham akan satu perkara. Wareesa akan jadi manja apabila ada sesuatu yang mengganggu perasaan gadis itu.

Tanpa kata, diam-diam Wareesa akan bermanja begini sampai lah gadis itu sendiri rasa tenang.

Seperti tempoh seminggu yang lalu. Wareesa tidak kata apa. Hanya datang dan diam-diam bersandar kepadanya.

"You want to share?"

Dan pasti setiap kali itu jawapan kepada soalan yang Waseem tuju hanya lah gelengan kecil daripada Wareesa.

Mengerti, Waseem akan angguk dan biarkan Wareesa.

"I will always be here, honey."

Dan itu kata pujukannya setiap kali Wareesa begitu.

"Nak balik ke nak dating?" Soal Waseem. Ibu jari lembut mengelus belakang tangan Wareesa. Cara memujuknya yang tersendiri.

"Nak dating." Pendek balasan Wareesa namun itu sudah pun berjaya buat bibir Waseem tersenyum lebar.

"Hold tight, pumpkin." Dan pedal minyak ditekan.

*💐 ੈ♡

KEKENYANGAN, Wareesa bersandar di kerusi. McFlurry Oreo yang masih berbaki separuh diserahkan laju kepada Waseem yang baru sahaja bolos masuk ke dalam kereta.

Pandang Wareesa tiga saat, Waseem menggeleng kecil. Bekas McFlurry Oreo bertukar tangan. Tersengih Wareesa bila Waseem menyambut.

"Seem kata dah jangan seronok sangat order. Tak mahu dengar." Bebel Waseem kecil. Enjin dihidupkan dan kereta dibiar panas beberapa ketika.

Tak ambil port, Wareesa senyum sahaja. Waseem yang elok menghabiskan saki baki makanannya ditatap tanpa lepas.

"Seem." Panggil Wareesa. Tiba-tiba ada soalan muncul dalam benak fikirannya.

Waseem angkat kening sekilas.

"Lama dah kan Seem tak buat live." Ujar Wareesa. Curious. Sepanjang duduk bersama dengan Waseem, tak pernah lagi dia lihat lelaki itu berborak sambil pandang skrin telefon lama-lama.

"Hah?"

"Live. Instagram Live."

Waseem diam.

"Ayang nak Seem live ke?" Soalan pula dibalas Waseem.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang