Sel itu hampir mati kata doktor Aisyah tetapi jangan terlalu yakin. Teruskan berdoa dan usaha. Itu yang dia buat sehingga kini. Ahli keluarganya sudah tahu tetapi mereka menerima dia seadanya. Bahkan makcik Ratna mummynya sanggup berulang-alik ke hospital menjaga dia.

Dalam kondisi dia seperti itu, Syara sahabatnya berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang undang-undang. Tipu kalau tiada sekelumit perasaan cemburu tetapi harus apa dia?

Eil dan Irsyad selalu juga melawatnya bahkan kedua lelaki itu berjaya menggapai cita-cita mereka. Eil yang membuka syarikat penerbitan buku manakala Irsyad menjadi tenaga pengajar di sekolah menengah bersama dengan Hadi.

Arsyad dan Faim lebih selesa mengurus business keluarga mereka. Dia? Dia masih dengan dunia puisi. Bahkan ada juga dia menerbitkan buku puisi di bawah penerbitan Eil tetapi tiada siapa yang tahu itu adalah dia.

Bahu yang terasa disentuh membuatkan Hana memusing belakang.

"Kakak long!" Arissa dan Alissa terus memeluk tubuh Hana.

"Arissa, Alissa." Pelukan dibalas.

"Akak! Gila gojes sekarang. Mesti tunggu abang long kan?" Usik Alissa sebelum bahu dipukul oleh Arissa.

"Lissa!"

Mati senyuman Alissa. Sedar akan ayatnya yang mungkin tidak kena tempat.

"Tak adalah. Arissa dan Alissa lagi cantik! Mesti dah ada boyprend ni," usik Hana pula. Cuba menutup suasana kekok mereka.

"Eh itu Hatta ke?" Soal Hana sambil menunjuk jari ke arah budak remaja lelaki yang sedang bersandar di penjuru dewan.

"Haah. Hatta tinggi sangat akak! Hampir sama tinggi dengan abang long padahal baru darjah enam." Balas Alissa. Sekali lagi Arissa menolak bahu Alissa sambil membesarkan mata.

"Jangan cakap pasal abang long depan kakak long lah." Bisik Arissa.

"Eish mana lah aku ingat."

Hana yang mendengar bisikan itu hanya tersenyum.

***

SEMUA tetamu yang hadir dijamu dengan sajian mewah. Hana tidak lepaskan peluang dengan melahap sebanyak yang boleh. Peduli apa dia dengan sekeliling. Asalkan perut kenyang, hati senang.

Baru sahaja tangan mahu mencapai gelas berisi jus oren, ada tangan lain yang pantas mengambil gelas tersebut. Kurang asam punya perangai! Hana mendengus lalu mendongak memandang gerangan itu.

"Hana." Suara garau itu membuatkan Hana terkaku.

Sempat mata mereka bertemu sebelum Hana terus melarikan diri. Apa lah bala dia jumpa lelaki tu pula.

"Hana! Hey Hana!" Hadi terus meletak semula gelas berisi air oren lalu langkah Hana dikejar.

"Hana!"

Hana masih menyelit diantara lautan manusia itu dengan harapan Hadi tidak dapat menangkapnya. Entah kenapa suasana dewan yang sejuk ini terasa panas.

Terus sahaja Hana ambil keputusan untuk keluar dari dewan itu. Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Hana tersenyum sendirian. Tak sangka Hadi sekarang makin tinggi dan sasa. Lelaki itu masih memakai kaca mata. Wajah Hadi sekarang sudah ada jambang nipis. Makin berumur makin terserlah aura pangerannya!

"Hana..." Aduh suara itu memanggil namanya.

"Hadi nak apa?" Dingin Hana membalas. Bukan niat dia mahu berkasar tapi dia tidak mahu ada apa-apa lagi dengan Hadi. Jadi sebolehnya Hana akan lawan godaan Hadi Ehsan!

"Hadi minta maaf."

"Tak perlu. Yang salahnya Hana bukan Hadi."

Hadi tersenyum kelat. Dinginnya suara Hana kini. Suasana sepi membuatkan Hadi hilang idea untuk mencari topik.

"Er.. Hana dah makan?"

"Dah."

"Ouh, minum?"

Hana menoleh memandang Hadi dengan pandangan tajam.

"Nak apa sebenarnya?"

"Nak minta maaf untuk semua kata-kata yang pernah Hadi ucapkan dulu." Mata memandang Hana dengan penuh harapan.

"K." Itu sahaja balasan Hana sebelum melangkah pergi.

Hadi hanya menghantar pandangan kelibat Hana yang semakin menjauh. Kalau sebelum ini mereka dipertemukan pada waktu yang salah tetapi Hadi yakin, waktu yang sekarang ini adalah waktu yang tepat.

Kalau Hana berlari. Dia akan kejar. Kalau Hana hilangkan diri. Dia akan cari sehingga jumpa. Kalau Hana menolaknya. Dia akan cuba sehingga Hana menerimanya semula.

Itu tekad Hadi Ehsan.

***


Biar saya terangkan dulu. Kalau ikut idea asal Hadi&Hana hanya ada 20 episod alam remaja dan selebihnya alam dewasa tetapi disebabkan saya menulis tak ingat dunia dah terlebih dari target.

Jadi ya dah ending untuk S1 alam remaja dan saya akan sambung mereka ke alam dewasa. Minta maaf ya! InsyaAllah alam dewasa ni tak banyak mana pun. Doakan ya 🤍

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now