OY || BAB 37

Beginne am Anfang
                                    

"Otakmu.. Tuduh-tuduh orang pulak"

"Diam" Spontan kedua-dua tertunduk takut. Baru saja mahu bercakaran, sudah disuruh diam. Aaira menekup mulut dengan kedua tangan. Lucu melihat mereka berdua.

Baru saja Zayn mahu menyambung ceramah, pintu wad tiba-tiba dibuka daripada luar. Semua mata terus beralih pada figura yang baru tiba. Mata Aaira terus bercahaya.

"Abangg" Tengku Danish senyum nipis sebelum beralih memandang bodyguard isterinya. Sebelah kening terangkat tinggi.

"Yang dua orang tu dah kenapa?" Soalnya sambil menapak mendekati si isteri. Aaira tak sabar mencapai tangan kasar Tengku Danish lalu dicium berkali-kali.

Melihatkan itu, terus dijentik dahi Aaira sedikit kuat.

"Auchh.. sakitlah!"

Tengku Danish tersenyum senget melihat dahi merah itu. Kuat sangat ke dia jentik? Kesian melihat wajah berkerut itu, dirapatkan bibirnya ke dahi Aaira. Tepat di kawasan yang dijentiknya tadi.

Aaira yang cemberut sakit terus berubah suka.  Tersengih-sengih dia melihat suaminya.

"Ehehe.. tak sakit dah" ujar Aaira sambil tersengih. Tengku Danisb menggelengkan kepala.

Uwaiz dan Zein yang melihat terus buat muka sadis. Tangisan palsu dibuat-buat. Apalah nasib yang single ini. Hanya mampu melihat saja. Zayn sudah buat muka jijiknya.

Rasa nak pijak je..

"Dah, jom balik" ajak Tengku Danish sebelum membantu Aaira turun daripada katil. Katil dikemas sedikit sebelum bodyguard yang lain mengambil beg pakaian Aaira.

DAHI Aaira berkerut tatkala perasan jalan yang dilalui mereka bukan jalan ke rumah mertuanya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

DAHI Aaira berkerut tatkala perasan jalan yang dilalui mereka bukan jalan ke rumah mertuanya. Aaira terus toleh ke sebelah. Ke arah Tengku Danish yang leka menilik tab nipis di tangan.

Tanpa sebarang kata, dia merapatkan tubuh mereka. Skrin tab itu dilihat.

Tak faham. Graf apa tu? Wajah suaminya dikerling.

"Abang" Panggil Aaira perlahan.

"Hmm?"

"Kita nak pergi mana ni? Ni bukan jalan ke rumah ummi dengan abah" Aaira bertanya terus. Tengku Danish jeling wajah Aaira yang rapat dengan wajahnya itu. Zayn yang sedang memandu di hadapan dipandang sekilas.

Zein dan Uwaiz naik kereta lain. Mengikut mereka daripada belakang.

"Adalah" balasnya pendek. Aaira terus tarik muka. Zayn dihadapan di pandang pula. Nak tanya lelaki itu, bukannya dia jawab pun nanti. Sama saja dengan suaminya.

Aaira memandang jauh ke luar. Tak tahu nak buat apa lagi. Telefonnya sudah kehabisan bateri. Nak kacau Tengku Danish pula, nampak lelaki itu seperti sibuk saja. Tak kan dia nak ganggu Zayn. Lelaki itu sedang fokus memandu.

Apa lah yang Uwaiz dengan Zein buat sekarang.

Sementara di dalam kereta yang dinaiki oleh Uwaiz dan Zein. Bunyi radio kuat memenuhi ruang kereta. Suara kedua orang manusia juga tak kalah hebatnya.

"Aiya susanti.. perempuan banyak muda. Ana banyak susah, jalan tutup mata"

"Uang dan ringgit. Ana tarak heran. Ente tutup mata, ana tak tentu jalan" nyanyi Zein kuat sambil memandu.

"Sambung Waiz!"

"Marilah Mei Mei, oi mari sayang. Ikutlah ana Mei Mei jangan bimbang"

"Marilah jalan, ente cepatlah cepat. Awas hei longkang oi kaki melompat" sambung Uwaiz pula.

"Mei Mei jaga depan ada long–"

"Weh ada lubang!" Jerit Uwaiz kuat apabila melihat kereta yang dipandu Zayn mengelak satu lubang yang agak dalam. Menggelabah Zein mengelak daripada melanggar lubang tersebut. Kedua-dua menjerit kuat.

Zayn terkelip-kelip melihat kereta belakang melalui cermin sisi. Dah kenapa bawak kereta macam orang gila?

"Arghh!!!"

"Bawak kereta elok-elok lah shibal!!" Stereng dipegang kuat sebelum dipusing ke kiri. Zein pula kemudiannya memusing ke kanan. Sudahnya kereta jadi tak betul.

Aaira pusing ke belakang. Membuntang matanya melihat kereta itu. Laju ditepuk bahu suaminya perlahan.

"Aaira.. duduk diam-diam" Tengku Danish masih menatap skrin tab nipis di tangan. Langsung tak dipandang wajah isterinya itu. Aaira tetap menepuk bahu tegap itu sebelum terasa pinggangnya ditarik kuat daripada tepi.

Aaira terjerit kecil dengan tindakan mengejut itu. Terasa pinggangnya dipeluk dengan erat. Aaira menampar dada Tengku Danish. Buat terkejut saja.

Tengku Danish hanya tayang wajah kosong.

"Abangg.. tengoklah kereta Zein dengan Waiz tuu" Rengek Aaira sambil menggoyangkan tubuhnya di atas riba Tengku Danish.

Tengku Danish mengetap rahang. Ditahan tubuh kecil itu daripada terus bergerak.

Cari pasal betul budak kecik ni.

"Duduk diam-diam Aaira sebelum benda lain yang jadi nanti" ugut Tengku Danish senada. Terdiam Aaira mendengarnya. Perlahan-lahan disandarkan belakang tubuh ke dada si suami. Diam tak bergerak.

Lantak lah dua orang dekat belakang tu.

– Wafa Ariffin –ෆ Do vote and comment ෆ

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

– Wafa Ariffin –
ෆ Do vote and comment ෆ

Korang sebut nama Zayn macam mana?

Yang sebenarnya cara sebut dia macam ni..

Zayn = Zayen
Zein = Zen

Jangan tertukar pula nanti <3

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt