"Sorry" ucapnya perlahan lalu menjatuhkan ciuman ringkas di dahi Aaira. Perlahan-lahan bibir itu tersungging manis.

Sukalah tu kena cium.

"Jom turun. Aku buatkan spaghetti untuk kau" Aaira yang mendengarnya terus menarik senyum lebar. Tangan bergerak menepuk tangan. Teruja! Tengku Danish tergelak kecil. Dilayan saja karenah si isteri.

Semasa melintasi ruang tamu, ummi yang melayan drama di kaca tv bersama Tengku Farid terus menegur.

"Aaira lapar" kata Tengku Danish sebelum sempat Tengku Seri bertanya. Mengagak soalan apa yang keluar daripada mulut umminya itu.

Tengku Seri ouhh lalu mengangguk kecil. Kemudian dia memeluk lengan suaminya semula seraya menumpukan perhatiannya semula pada drama tadi.

Sampai saja di dapur, Tengku Danish terus mengarahkan Aaira duduk di kerusi yang ada di tengah dapur. Tak mahu isterinya itu melakukan apa-apa kerja. Tubuh gadis itu masih lemah lagi.

Bahan-bahan terus disediakan. Memulakan kerjanya sambil diperhatikan Aaira. Daripada tadi lagi Tersenyum-senyum memandangnya. Entah apa yang dia tengok.

Sibuk memerhatikan suaminya, satu bunyi dentingan daripada gajet nipis di atas meja menyentakkan Aaira. Laju tangannya mencapai gajet tersebut sebelum dibuka icon whatsapp. Wajahnya berubah sedikit tatkala melihat mesej daripada nombor tak dikenali. Terus dibuka mesej tersebut.

Gambar Rumah Clarkia?

Siapa pula yang hantar ni?

Jarinya laju menyentuh skrin telefon bimbitnya. Menaip laju.

+ Siapa ni?

Unknown number
- Erm.. you punya malaikat maut.

Membuntang biji mata Aaira. Jantung yang berdegup normal mula berubah rentak. Mesej yang diterimanya itu dibaca berulang kali sebelum perlahan-lahan dia menarik senyum kecil.

"Salah nombor kut" ucap Aaira perlahan. Mesej itu dibiar tak berbalas. Sedaya upaya dibuang segala fikiran negatif yang bertandang di kepalanya. Kepala digeleng kecil. Tengku Danish yang ternampak tingkah si isteri terus meletakkan pisau di tangan di atas papan pemotong. Kerusi kosong di sebelah Aaira diduduk.

Bibir yang tersenyum manis itu ditatap buat sesaat sebelum memandang tepat ke mata bening itu.

"Kau okey?" Soalnya tanpa nada. Aaira menggeleng sebagi balasan. Terjungkit kening Tengku Danish mendengarnya.

"Serious? Kalau ada sakit apa-apa bagitau aku. Jangan diam je" Tuturnya lagi. Tetapi Aaira mengangguk lagi. Tiada sepatah perakataan pun keluar dari mulutnya. Buat masa ini dia tak berani mahu bersuara. Risau nadanya akan buat Tengku Danish mengesyaki sesuatu.

Tengku Danish memandang Aaira lama. Terteguk liur gadis itu dibuatnya. Tacoddd...

Ummi.. tolong Aaira ummi!!

Setelah lama mereka senyap menatap antara satu dengan lain. Barulah Tengku Danish menganggukkan kepalanya kecil. Nafas lega terus dihela perlahan. Mujurlah..

Kepala Aaira diusap kasar sebelum bangun untuk menyambung kerja memasaknya tadi. Aaira mencebik tak suka. Tudung yang senget dibetulkan sebelum memandang telefon bimbitnya lama. Nafas berat dilepaskan.

FARISYA menolak pintu kaca cafe sebelum dibawa tubuhnya masuk ke dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FARISYA menolak pintu kaca cafe sebelum dibawa tubuhnya masuk ke dalam. Keadaan di dalam cafe sedikit bising memandangkan hari itu merupakan hari minggu. Jadi pelanggan akan lebih ramai dari hari biasa.

Kaki melangkah perlahan bersama kedua mata memerhatikan sekeliling sebelum berhenti pada seseorang yang duduk membelakanginya di satu meja kecil di hujung cafe. Sebelah keningnya terangkat tinggi. Bibir menyeget sinis. Kemudian, dia terus menapak menghampiri orang itu.

Dia berhenti sedikit jauh di belakang. Buku di atas meja dipandang.

Cinta Yang Berdarah?

Tak mahu berdiri lebih lama di situ, dia terus bergerak berhadapan dengan orang tersebut. Dia menarik senyum sinis tatkala menangkap seraut wajah terkejut itu. Geezz..

Tanjat gugirl here.

"Hyee!! Enjoy with reading?" Sapa Farisya teruja. Orang itu menunjuk riak beku. Mungkin tak suka dengan kehadirannya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal orang itu mendatar. Farisya menjongket kedua bahunya.

"Kau fikir cafe ni untuk kau sorang?" Perli Farisya selamba. Memerah wajah dihadapannya itu. Marah mungkin.

Dalam diam Farisya menyimpan satu tujuan. Jantung yang agak berdegup tak normal cuba ditahan dengan nafas yang dihela perlahan. Bola roma yang menegak ketika berhadapan dengan orang dihadapannya ini diendahkan saja.

Alright, let's settle now.

- Wafa Ariffin -

ෆ Do vote and comment ෆ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ෆ Do vote and comment

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now