Bab 99 Sebenarnya Cinta

18 2 17
                                    

Semua orang berkumpul di sebuah lapangan yang luas. Di sana ada satu pentas besar yang diduduki oleh petinggi istana Daye dan keluarga Rin. Badar juga ada di situ kerana di minta oleh bekas Raja Darul.

Ketika itu, Raja Darul memberi ucapan kepada mereka semua. Kemudian dia memanggil Dayendra untuk menerima tahta menjadi Raja Baru di negeri Frexe. Pedang di tangan Raja Darul dan Dayendra melutut hormat akan pemberian pedang itu. Secara tak rasmi Dayendra menjadi Raja!

Seluruh lapangan itu di isi dengan tepukan dari warga tempatan di sana. Kini giliran Raja Dayendra untuk berucap.

Dayendra : .........

Dia mengambil nafas panjang.

Dayendra : sudah lama kita berseteru antara satu sama lain. Dan akhirnya kita mencapai satu kemerdekaan dari perang yang tak bermakna. Sebagai Raja baru negeri ini, saya umumkan tiada lagi kelompok atau perkauman Rin dan Daye. Kita semua sama!

Bersorak-sorai orang-orang yang ada di sana. Ada yang menjerit kegembiraan.

Dayendra : terima kasih atas sokongan kamu semua. Kita akan bina negeri ini dengan cara yang baru. Saya juga mahu berterima kasih dengan kelompok Badarien. Untuk ini, kita akan berpakat dengan Bunyamin Badar. Kita akan membantu mereka dalam masalah suatu hari nanti jika di perlukan.

Semua orang tekun mendengar ucapan Raja Dayendra.

Dayendra : bagi mengakhiri ucapan ini, saya mahu membuat satu permulaan untuk meraikan kejayaan kita. Dan juga untuk membuktikan kita boleh hidup bersama. Saya memberi restu kepada adik saya iaitu Dahlia untuk berkahwin dengan Delirin.

"Apa?!"

Kebanyakan orang yang terkejut itu adalah orang-orang dari Daye. Dahlia yang cantik itu milik orang lain.

Dayendra : jangan sedih.. bunga bukan sekuntum. Hahaha..

Seseorang mengangkat tangan lalu berteriak untuk bertanya.

"Apa nama kota baru kita nanti?"

Dayendra : ya lah. Tak terfikir pula.

Badar : bagi je nama apa-apa.

Dayendra : baiklah. Nama kota baru kita nanti bernama Kota .... Errr

"Eh apa dia?"

"Cakaplah"

Dayendra : hmm saya rasa nak bagi Badar yang namakan kota baru kita.

Badar : ehhhhh??

"Setuju"

Orang-orang setuju dengan pendapat Badar.

Delirin : haa Badar. Bangun lah..

Badar pun bangun menuju ke arah Dayendra berucap.
Semua orang tertunggu-tunggu akan jawapan Badar. Nama apakah yang akan di beri?

Dayendra : aku serahkan kepada kau Badar...

Badar termenung sebentar... Kemudian..

The New KingWhere stories live. Discover now