Bab 17 Maze Book

22 2 27
                                    

Badar dan pengikutnya telah masuk ke suatu tempat mistik yang di beri nama Maze Book. Apa itu Maze Book? Tiada seorang yang tahu kerana belum ada catatan dari seseorang yang telah keluar dari sana. Pengembaraan Badar semakin menarik di Desa Bahtera. Di negeri Hainc ini masih banyak lagi tempat-tempat yang lain belum di kunjungi oleh Badar. Mereka belum berjalan pergi dari Negeri Hainc ini kerana masih dalam perjalanan mencari pengikut.

Di dalam ruangan tangga itu masih gelap sehingga mereka berhati-hati ketika melangkah. Kini hanya mereka bertiga iaitu Badar, Zafar dan Tama. Setelah berjalan menuruni tangga, mereka melihat cahaya dari jauh.

Badar : kita dah sampai lah!
Zafar : eh teruja pula kau.. tadi kecewa..
Badar : pengembaraan ini sentiasa buat aku teruja..

Tama hanya bercakap bila perlu jadi Tama agak pendiam. Akhirnya mereka sampai ke Maze Book. Tempat itu di penuhi banyak buku dan terang dengan cahaya putih,biru dan ungu. Jadi ini lah maksudnya fatamorgana. Kerana tidak kelihatan dinding atas malah ini lebih kepada langit yang bercahaya. Mereka rasa seolah-olah dalam dunia mimpi.

Badar : cantik sungguh permandangan ini walau hanya ada buku.
Zafar : badar tengok ni, ada tanga lagi la.

Tangga itu menuju ke ruangan bawah. Tangga itu berbentuk lingkaran berputar sehingga bawah.

Badar : tak apa ke kita turun?
Zafar : kenapa?
Badar : tangga ni pusing-pusing je. Tak ke pening?
Zafar : kita kan berjalan! Haish..

Di tingkat pertama tadi tak ada orang.. mereka pun pergi ke tingkat bawah iaitu tingkat dua. Di tingkat kedua penuh dengan buku dengan kulit berwarna biru tua. Ya, dengan rak sekali.

Badar : apa maksud warna ni?
Tama : tadi warna Jingga.. sekarang biru?
Zafar : mungkin tanda sebagai ini khas untuk sesuatu jenis buku.

Zafar mengambil salah satu buku.

Zafar : oh jadi mungkin buku-buku disini isinya tentang lautan, sungai, dan spesis air yang kita tak ketahui.
Badar : aku tahu ikan bawal je.
Zafar : tengok ni.. ikan megalodon. Ikan prasejarah yang lebih besar dari kapal persiaran! Wah..
Badar : mak ai.. kalau makan 3 hari tak habis ni.

Zafar menutup buku itu.

Zafar :.kau ni tahu makan je. Dah jom turun cari orang. Sini tak ada orang.
Tama : mana kau tau sini tak ada orang. Tempat ni besar. Boleh jadi orang tu tengah baca sambil baring atau duduk?
Badar : ya betul. Kalau tempat aku perpustakaan nya ada meja peribadi. Memang khas untuk kau je.
Zafar : oh ok.. maklum lah kat tempat aku cuma di bilik Ayah aku.
Badar : eh eh marah ke?
Zafar : tak adalah. Kalau macam tu.. ADA ORANG TAK KAT SINI????!!!

Zafar berteriak kuat sehingga bergema satu perpustakaan tingkat dua itu.

Zafar : tak ada yang jawab?
Badar : ok jom tingkat seterusnya

Mereka pun turun.. kemudian mereka terdengar seseorang bermain ukelele dan bernyanyi... Suara itu suara perempuan...

Aku dah lama di sini, berpindah-randah tempat yg lain mencari yang baru

Semua nya telah terlunas,
Tetapi aku terperangkap di sini,
Tak tahu jalan keluar

Tiba masa aku keluar,
Mungkin di luar sana,
Ada yang belum ku temui

Kini masa aku mencari
Jalan keluar dari sini
Kini waktu aku bsrsedia,
Ku harap ada orang yang membawa ku dari sini!!!!

Mereka takjub akan suara wanita itu. Sungguh comel mendengarnya. Lagunya juga bagus.

*Padahal lagu den yang saja2 buat biar panjang😆

The New KingWhere stories live. Discover now