Bab 81 Udang disebalik Batu

14 2 20
                                    

Tengah malam itu, para tukang masak dihebohkan dengan suatu kejadian di mana masakan untuk pesta makan telah di racuni. Ada seseorang yang cuba untuk menggagalkan pesta makan bersama rakyat.

Setiap chef di beri tugas secara berkumpulan. Ada kumpulan A, B dan seterusnya. Kebetulan Badar dan pengikutnya berada di situ selepas sesi urut badan dan berbekam untuk menolong para chef sedikit sebanyak.

Zafar : kenapa ni?

Tanya Zafar kepada salah satu chef yang lalu.

Chef 87 : makanan yang di masak itu di racun!

Terpana lah kelompok Badar.

Badar : wah.. aku boleh tunjukkan kehebatan aku dalam penyiasatan. hahaha ketawa jahat!
Chef 55 : oh kau polis ke? Cepat tangkap pelakunya.

Orang-orang yang berada di situ terus percaya akan Badar. Padahal dia hanya bergurau.

Ozen : betul ke kau..?
Badar : aku gurau je. Dia orang percaya pula.

Kelompok Badarien pun menepuk dahi mereka.

Crisa : bergurau tak bertepat...

Para chef itu mendekati Badar seolah-olah menunggu tindakan.

Chef 32 : apa yang kita kena buat sekarang?
Chef 12 : apakah kita harus melaporkan kepada Raja Badik?
Chef 1 : jangan! Itu akan membuat marah sang raja.
Badar : betul. Mungkin dia sedang beradu sekarang ...
Man : kita kena cari siapa orang tu...
Badar : tunggu.. buat masa ni. Kamu teruskan memasak... Makanan yang kena racun tadi.. buang je.. ganti yang baru...

Perintah Badar kepada para chef. Mereka tidak banyak tanya dan langsung buat seperti yang di suruh.

Zafar : siapa yang buat benda ni semua?
Badar : entah lah. Kita kena cari orang yang paling dekat dengan makanan tadi tu.
Werza : betul.. kita berpecah dan tanya seorang demi seorang.
Heigo : aku setuju.

Mereka pun berpecah dan menemukan 4 orang yang mungkin bertanggungjawab atas kejadian tadi. Sekarang waktu 4.40 pagi.

Shaky : kenapa aku kena panggil?
Chef 1 : ya bagi kami penjelasan!
Chef 44 : huh.. mesti main tuduh je ni.
Chef 66 : tadi dia kata , dia penyiasat.

Badar melihat wajah mereka dan menyebut nama mereka satu persatu..

Badar : Shaky, Ray, Mai dan Nam ... Kamu berempat di syaki ada kena mengena dengan kejadian tadi .
Ray : kenapa? A..pa yang buat kami di syaki?
Zafar : sebab kamu semua berada dekat dengan makanan itu. Crisa, jelaskan.

Crisa pun datang...

Crisa : makanan yang di racun itu adalah masakan yang bernama ikan tuna gergasi masak masam manis lemon.
Badar : wah pelik nama nya.
Nam : tapi sedap..
Badar : nanti nak rasa...
Zafar : sekarang bukan cerita sedap atau tidak. Crisa, sambung..
Crisa : yang masak masakan tadi itu ialah Ray.. namun kamu bertiga juga ada datang untuk mengambil bahan-bahan masakan di kawasan itu.
Ray : ohh sebab tu la..
Mai : tak kan sebab tu je?
Shaky : haish.. aku nak masak tau.. memang lah kena lalu situ. Kalau tak , macam mana nak siap ayam masak merah kau tu.
Badar : ye. Jangan letak racun tahu..
Shaky : apa? Cara kau cakap macam aku yang buat!

Shaky cuba untuk menyerang Badar namun dia tahan oleh Ray dan Nam ..

Nam : sabar..
Zafar : jadi macam mana sekarang? Ada di antara kamu mahu mengaku?
Shaky : tak!
Mai : sama la.
Ray : saya tak buat. Setiap tahun saya datang.. untuk apa racun makanan.
Nam : ya kami tukang masak. Bukan pembunuh.
Zafar : tentu kamu semua .....

Belum habis cakap, Badar melepaskan mereka.

Badar : ya lah. Pergi sambung masak.
Zafar : eh kenapa?
Badar : bukan mereka.

The New KingWhere stories live. Discover now