Aaira pula sudah tersenyum lebar. Diselesakan sedikit kedudukannya menghadap Tengku Danish. Kemudian barulah dipeluk leher suaminya itu.

Ehehe..

Tengku Danish tayang wajah pasrah. Apa-apa je lah Aaira.

Sempat dicium dahi isterinya sekilas sebelum menyambung kerja yang tergendala tadi. Namun ada satu tangan kecil menahan tangannya yang baru saja mahu menyelak helaian kertas di atas meja. Tengku Danish toleh ke sebelah. Tepat ke wajah monyok isterinya.

Apa lagi ni?

Tanpa sebarang kata, Aaira menarik semula tangan kasar suaminya. Diletak ke pinggang kecilnya.

"Kenapa Aaira?" Tengku Danish menyoal perlahan. Tangan menarik tubuh Aaira merapat. Kang jatuh ke bawah, naya je.

Aaira memuncung sedikit.

"Awak janganlah sambung buat kerja tu. Sekarang kan waktu lunch. Layanlah saya" rungut Aaira. Pada waktu itu, barulah Tengku Danish sedar dengan waktu sekarang. Laju dia melirik jam di pergelangan tangannya.

Memang dah masuk waktu lunch. Dia kusyuk sangat ke buat kerja tadi. Bukan buat apa sangat pun. Semak fail dengan e-mail yang Hairy bagi dekat dia saja.

Maklumlah, jadual dia harini tak berapa nak padat.

Hmm..

"Dalam beg tu apa?" Soalnya sambil menjeling sekilas ke arah beg sederhana besar di atas meja kerjanya.

Aaira turut pusingkan kepala memandang ke arah beg tersebut.

Lupa pula dia.

Wajah suaminya dipandang semula.

"Saya bawak bekal untuk kita. Lauk kegemaran awak" Terjongket sebelah kening Tengku Danish mendengarnya. Dibiarkan saja Aaira bangun mengambil beg itu. Bekas-bekas yang Aaira bawa keluar diperhati satu satu. Sempat dikemaskan kertas-kertas dan fail kerja suaminya ke tepi meja.

"Mana kau tau pasal makanan kegemaran aku tu?" Tanya Tengku Danish perlahan. Aaira memandang wajah suaminya sekilas bersama senyuman manis yang tak lekang di bibir.

"Saya tanya ummi. Lepastu saya terus masak" balas Aaira. Tangan masih bergerak membuka semua penutup bekas yang dia bawa. Pinggan turut dikeluarkan dari dalam beg beserta dengan botol air.

Kang syok syok makan, takut tercekik pulak. Boleh mampus nanti kalau tak jumpa air. Dah lah anak pun tak ada lagi.

"Awak pergi basuh tangan dulu" suruh Aaira seraya meletak nasi ke atas pinggan. Tengku Danish di tepi masin diam tak beranjak.

Hanya diam memerhati pergerakan tangan isterinya itu hingga selesai. Kemudian, lekas-lekas dia bangun lalu menarik lengan Aaira agar mengikutnya ke tandas. Terpinga-pinga Aaira dibuatnya.

"Nak kau suapkan aku" ujar Tengku Danish tanpa nada. Aaira sudah mengecilkan matanya.

Mengada!

Mengada!

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now